Ke Asapkoyan2u

27 Jun 2011

DALANG PERHIMPUNAN HARAM BERSIH MULAI DIBERSIH!!!


Sejak akhir-akhir ini PDRM telah aktif menangkap puak-puak penyokong BERSIH yang sedang sibuk berkempen mengajak rakyat . Nampaknya polis sudah bertindak seperti apa yang rakyat mahukan dalam lebih 1000 laporan polis di seluruh negara.

Baru semalam KDN berkata kemungkinan akan guna ISA jika keadaan memerlukan . Ingat lah kepada semua anggota POLIS , kami serahkan tanggungjawab menjaga keamanan & ketenteraman awam kepada anda .


Kalau pihak ATM juga mahu turut serta bagi membantu pihak polis mengawal keadaan semasa 9 Julai itu , kami rakyat amat mengalu-alukan !

Tangkap saja puak-puak yang hendak menghuru-harakan negara ini!

"Polis menahan lapan individu yang dipercayai penyokong perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) setelah berarak untuk meraih sokongan orang ramai supaya menyertai perhimpunan tersebut di Jalan Ampang dekat sini, hari ini.

Ketika ditahan kira-kira pukul 12 tengah hari, mereka yang berusia dalam lingkungan 20 hingga 40-an itu memakai baju T berwarna kuning berlambangkan logo Bersih dan berarak menaiki motosikal sambil memegang bendera perhimpunan tersebut.


Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin ketika dihubungi oleh Utusan Malaysia hari ini mengesahkan penahanan kesemua individu terbabit dan ia disiasat di bawah Akta polis 27(5) kerana mengadakan perhimpunan tanpa permit

Di KLANG, polis menahan lima individu memakai baju T berwarna kuning dipercayai untuk meraih sokongan orang ramai menyertai perhimpunan haram Bersih di pusat beli-belah Klang Parade, semalam.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Supritendan Mohamad Shukor Sulong berkata, lima individu berusia 20-an hingga 30-an ditahan pada pukul 4.30 petang itu telah dibawa ke balai untuk diambil keterangan sebelum dibebaskan setelah dijamin.Katanya, kes terbabit disiasat di bawah Seksyen 105 Kanun Keseksaan."


SUMBER: generasipejuangbangsa blog

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ulasan anda

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...