Ke Asapkoyan2u

23 Mei 2013

300 ORANG DIGUNAKAN OLEH NGO UNTUK BERDEMO HALANG EMPANGAN!!!

 lead1


 KUCHING: Kira-kira 300 orang yang menentang pembinaan empangan di Sarawak mengadakan demonstrasi aman di pekarangan Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), semalam.
 
Mereka yang terdiri daripada komuniti Penan, Kenyah, Kayan dan Iban mengambil kesempatan ketika Kongres Dunia Persatuan Kuasa Hidro Antarabangsa (IHA) yang mula bersidang di sini semalam.
 
Kumpulan diketuai Setiausaha Save Rivers Sarawak Mark Bujang merupakan mereka yang terjejas dalam pembinaan Empangan-empangan Bengoh, Murum, Bakun serta empangan dalam pembinaan di Limbang dan Baram.
 
Demonstrasi yang dikawal oleh polis, berlangsung kira-kira 30 minit, turut menyerahkan deklarasi Save Rivers kepada IHA.
 
Mark menyerahkan deklarasi itu kepada Pengarah Eksekutif IHA, Richard M Taylor di luar BCCK.
Pengerusi Save Rivers Sarawak Peter Kallang turut menyertai kongres yang pertama kali diadakan di Asia.
 
Peter memberitahu, ketika sesi pertama kongres berakhir, Save Rivers akan mengadakan persidangan berasingan pada hari ini di Hotel Riverside Majestic di sini.
 
Save Rivers Sarawak meminta agar Sarawak Energy Bhd (SEB) dan kerajaan negeri menghentikan pembinaan dan perancangan empangan mega di Sarawak.
 
Mereka juga menghendaki pihak terbabit menghormati hak adat Bumiputera selaras dengan Deklarasi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) sekali gus suara orang ramai wajar diambil perhatian dalam pelaksanaan projek.-Utusan Borneo

Dalam perkembangan berkaitan Kerajaan akan melihat segala keperlua 353 keluarga yang menerima kesan langsung pembinaan Projek Empangan Murum di Belaga.

Kerajaan akan mengemukakan salinan Pelan Tindakan yang dinamakan Resettlement Action Plan (RAP) untuk tatapan umum agar semuanya berjalan telus dan lancar.

Selain memberi tanah pertanian 14 hektar kepada keluarga terbabit, bantuan sementara berbentuk makanan dan tunai serta mengikut keperluan mereka akan disediakan sepanjang 5 tahun ini.

Kerajaan merancang untuk membina Pusat Perkhidmatan untuk penempatan semula penduduk di Kawasan Tegulang. Dalam pusat tersebut akan disediakan Pusat Kesihatan, Stesen Pertanian dan Sekolah Menengah.

Walaubagaimanapun ramai pihak luar terutamanya NGO tidak rasa senang jika Penan menerima tawaran daripada pihak kerajaan. Mereka amat risau jika Penan hari ini semakin sedar bahawa mereka NGO ini hanya pergunakan Penan untuk mendapat tajaan dan sumbangan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ulasan anda

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...