Ke Asapkoyan2u

16 Jun 2011

Taktik kotor serta isu sensitif antara faktor kekalahan SPDP: Mawan


SIBU: Kekalahan Parti Progresif Demokratik Sarawak (SPDP) mempertahankan dua kerusi di Krian dan Ba’Kalalan pada Pilihan Raya Negeri lepas, disebabkan pelbagai faktor dan elemen yang mempengaruhi keputusan pengundi di kawasan berkenaan.

Presidennya, Tan Sri William Mawan Ikom berkata, antaranya faktor kewujudan budaya yang tidak sihat, strategi dan taktik kotor parti pembangkang, isu sensitif serta serangan peribadi.

“Faktor kekalahan parti di Ba’Kalalan boleh dilihat atas faktor taktik kotor pembangkang dengan memutarbelitkan fakta, yang bertujuan menimbulkan kekeliruan rakyat,” jelasnya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi SPDP, petang semalam.

Ketika ditanya sama ada kekalahan parti di Ba’Kalalan adalah disebabkan fator kesilapan parti memilih calon yang bertanding, Mawan berkata, “Kesilapan memilih calon yang sesuai”.

Katanya lagi, mesyuarat diadakan untuk membincangkan idea baru termasuk strategi dan taktik bagi menjawab balik sebarang kemungkinan yang akan dibangkit oleh parti pembangkang dengan kemunculan pengundi baru.

“Parti akan mendekati pengundi baru dan muda, menjalinkan hubungan rapat di peringkat akar umbi, selain menghadapi isu-isu sensitif berkaitan dengan masyarakat berbilang kaum,” ujar Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pakan.

Mawan memberitahu, pespektif negatif yang diutarakan oleh parti pembangkang hanya mampu dinikmati sementara dan jawapan sebenar ada dengan kerajaan BN.

“Bila mereka (pembangkang) sudah menang, meraka kata dapat buat itu dan ini untuk menyelesaikan masalah rakyat. Saya percaya rakyat tahu penyelesaian dengan siapa,” katanya lagi.

Tambah beliau, keputusan post mortem Pilihan Raya Negeri akan diserahkan kepada Ibu Pejabat BN Negeri dan Pusat dalam masa satu hingga dua minggu akan datang.

“Kita akan berjumpa dengan Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak,” jelas Mawan.

Mesyuarat Majlis Tertinggi SPDP diadakan bertujuan membincangkan persiapan parti untuk menghadapi Pilihan Raya Umum.

Sumber: BorneoPost 16.06.11

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ulasan anda

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...