Ke Asapkoyan2u

23 Jun 2011

UCAPAN YB LIWAN DI PERSIDANGAN KE-17 DUN SARAWAK HARI INI

Terima kasih, Dato Sri Speaker kerana memberi peluang kepada saya untuk menyokong usul merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri atas Ucapan Pembukaan Persidangan Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri Sarawak Yang Ketujuh Belas di Dewan yang mulia ini, Isnin 21 Jun yang lalu.

Dato Sri Speaker,

Ucapan perasmian Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri, telah menyentuh pelbagai isu kehidupan, kesusilaan, ekonomi, modal insan dan pembangunan. TYT juga menasihati betapa pentingnya tanggungjawab kita sebagai Wakil Rakyat senantiasa mendampingi rakyat. Kita juga diingatkan agar menjaga tatasusila, kesopanan dan tatatertib perilaku semasa berhujah di Dewan yang mulia ini. Teguran dan kritikan hendaklah berasas kerana kritikan yang melulu, saya ulangi kritikan yang melulu tanpa asas dan bukti hanya membuka dan

mencermin akan perilaku serta keadaban kita sendiri yang sepatutnya menjadi tauladan sesuai dengan gelaran Yang Berhormat. Sekadar ucapan dan perbahasan yang baik di Dewan sahaja tidak bererti jika tanpa membawa pembangunan dan perubahan kepada kawasan kita.

Dato Sri Speaker,

Izinkan saya sampaikan ucapan tahniah kepada semua Ahli Yang Berhormat di Dewan yang mulia ini atas kemenangan pada pilihan raya umum ke 10 yang lalu khasnya kepada YAB Pehin Sri Ketua Menteri kerana memimpin Barisan Nasional menang dengan majoriti yang besar dan cemerlang, ia mencerminkan keyakinan rakyat kepada kepimpinan Kerajaan Barisan Nasional yang telah membawa kesejahteraan dan pembangunan yang pesat kepada Negeri Sarawak. Tidak juga lupa akan rakyat Kawasan N57 Belaga yang yang telah memberi mandat kepada Barisan Nasional dengan isyarat yang amat kukuh. Inilah hasrat rakyat yang dijelma melalui proses demokrasi yang amat jelas sekali, amah rakyat jangan pula dikhianati. Dato Sri Speaker, sebelum pilihanraya yang lalu,

Ahli YB bagi Ba’ Kelalan selalu juga datang berkempen di Kawasan Belaga dan diperkenalkan dengan gelaran bakal Ketua Menteri Sarawak yang pertama dari suku kaum kita Orang Ulu. Wah, ramailah diantara orang kita yang teruja, manakan tidak bakal KM dan disokong pula oleh rakan mereka dari DAP dengan pengumuman sokongan mereka di Bintulu sebulan sebelum itu, meskipun kita tahu ia merupakan gimik politik semata-mata dan telah amat masak benar dengan telatah pihak DAP yang bersendiwara umpama hero cerita opera. Well kita akan lihat,….. dan kebenaran tabiat tidak menghormati janji dan tidak mengotakan kata mereka terbuki benar bila saya terbaca pembentukan cabinet bayangan mereka. Aduh! Ahli Yang Berhormat bagi Ba’ Kelalan langsung tiada tempat malah langsung tidak dihubungi dan dirundingi mengikut kenyataannya dalam akhbar… pakatan apa yang dicanangkan begini? Inikan pakatan? pertuduhan pula yang menjelma…. Itulah janji pembakang, janji yang tidak ditepati, kata yang bersalutkan dusta. PKR hanya diperlakukan sebagai keldai tunggangan sahaja bagi mereka meraih sokongan. Ingatlah, kalau lembu dipegang pada

talinya, manusia pula pada janjinya, renung-renung dan banding-bandingkanlah.

Dato Sri Speaker,

Setelah dua tahun konsep 1Malaysia diperkenalkan oleh YAB Perdana Menteri, ia telah membawa pelbagai pembaharuan dan transformasi yang mendapat tempat di hati segenap lapisan masyarakat, mengukuhkan perpaduan dan membawa harapan bagi golongan yang tertinggal dan kekurangan prasarana terutamanya di kawasan pendalaman, termasuklah Kawasan Belaga. Kami amat bersyukur dan berterima kasih kepada Kerajaan Barisan Nasional yang perhatin sesuai dengan slogan “Rakyat didahulukan Pencapaian Diutamakan” kerana telah menunaikan kata-kata ini. Terima kasih YAB Perdana Menteri dan YAB Pehin Sri Ketua Menteri dengan lawatan mereka berdua ke Belaga Januari yang lalu telah membawa sinar kegembiraan kepada rakyat Belaga dengan mengumumkan bahawa rumah-rumah penduduk BRS Sungai Asap/Koyan bernilai (RM 85 juta) dimana 50% dibiayai oleh Kerajaan Barisan Nasional Negeri Sarawak dan 50% lagi oleh Kerajaan Barisan Nasional Pusat. Kerajaan Barisan Nasional juga sedang membina Jalan Bakun / Belaga (RM 61.2 juta), Jambatan Sungai Linau (RM2.62 juta ), Talian grid bagi menyalurkan tenaga eletrik dari Bakun ke BRS Sg Asap/Koyan (lebih 20 juta RM), pengumuman dan pelaksanaan ini telah menyangkalkan tuduhan pihak pembakang bahawa Kerajaan tidak sensitif dengan keperluan penduduk yang terlibat dengan HEP Bakun. Namun Dato Sri Speaker, kita masih memerlukan jalan bagi menghubungi Pekan Belaga ke Long Bah yang hanya 68 kilometer dan harap ianya dipertimbangan dengan sewajarnya.

Modal Insan

Dato Sri Speaker,

Untuk mencapai matlamat Wawasan 2020 (Negara Maju) modal insan yang memiliki ilmu pengetahuan akademik dan kemahiran tenikal selain memiliki keluhuran moral dan kekuatan jasmani amat diperlukan untuk persaingan cabaran masa depan dan sesuai dengan tuntutan keperluan tenaga kerja bila SCORE dilaksanakan dengan sepenuhnya. Ini memandangkan bahawa tuntutan dan keperluan tenaga yang berkemahiran tenikal semakin meningkat.

Untuk menyediakan modal insan yang diperlukan oleh SCORE, institusi pendidikan hendaklah memberi penekanan kepada kemahiran tenikal setaraf dengan kelulusan akademik dan untuk itu kemudahan dan prasarana bagi keperluan pengajaran dan latihan tenikal hendaklah dinaiktaraf. Rancangan Kementerian Pelajaran untuk menaik taraf kemudahan prasarana pendidikan di Sarawak merupakan khabar yang amat dialu-alukan, kita harap agar perancangan ini diutamakan dan disegerakan supaya pencapaian sekolah-sekolah kita di Sarawak dapat ditingkatkan terutamanya sekolah di pendalaman.

Dato Sri Speaker,

Izinkan saya mengutarakan keperluan keperluan di kawasan saya N57 Belaga di BRS Sg Asap/Koyan. Saya amat merasa terkilan dan terharu bila semasa lawatan kerja ke SMK Belaga . Pelajar-pelajar asrama terlalu sesak dan ada yang tidur di atas lantai sahaja, keadaan yang begini amat tidak sesuai dan kondusif. Sekali lagi saya merayu agar pembinaan asrama baru SMK Belaga yang tergendala disegera.

Dato Sri Speaker,

Genap 13 belas tahun penduduk Balui telah dipindahkan ke BRS Sg Asap Koyan, satu masa bagi kita mensesuaikan diri dengan alam kehidupan yang baru, akan tetapi banyak lagi perkara yang harus dipertimbangkan.

a. Mohon pertimbangan bagi pembinaan jalan-jalan lot pertanian bagi membolehkan penduduk mengusahakan lot tanah yang diagihkan kepada mereka.

b. Dalam jangka 13 tahun ini tadi pertambahan penduduk sudah berlaku namun lot rumah dan lot pertanian bagi mereka belum lagi disediakan.

c. Selain itu kita pohon agar sebuah Balai Bomba dibina memandangkan telah berlaku 6 kali kebakaran melibatkan 6 buah rumah panjang yang juga memusnahkan 128 buah bilik dan kerugian yang amat besar kepada mangsa.

d. Penduduk BRS Sg Asap/Koyan juga memerlukan perkhidmatan pos dan bank bagi memudahkan pembayaran bil dan urusan kewangan, besarlah harapan kita kiranya perkara ini dipertimbangkan.

e. Kita juga mohon KPSU mempertimbangkan untuk membiayai semula Pesta Sungai Asap dengan mengambil kira gabungan pesta dengan pelancongan ke Tasek Bakun/Balui.

f. Ekoran takungan HEP Bakun, maka terbentuklah sebuah tasik buatan manusia yang terbesar di Malaysia yang indah dengan panorama serta alam flora yang semulajadi. Oleh yang demikian kita pohon agar perancangan sector pelancongan dengan mengambila kira gabungan BRS Sg Asap/Koyan dan Tasik Balui/Bakun dibangunkan sesuai dengan saranan YAB Pehin Sri Ketua Menteri semasa merasmikan pembukaan seminar Ketua Masayarakat di Bintulu April lalu disegerakan dengan penglibatan penduduk tempatan diberi keutamaan. The management and socio-economic development of the “Bakun Lake” must be planned now to benefit the former Balui Valley people.

g. Sebuah badan/agensi hendaklah dibentuk bagi menyelaras dan tadbir urus segala aktiviti yang dijalankan di Tasik Balui/Bakun dengan mengambilkira pengelibatan ataupun wakil penduduk tempatan.

h. Kita juga pohon agar pertambahan lot pertanian seperti yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri di Uma Belor, Sg Asap pada 15 Januari yang lalu diberi perhatian.

i. Pemasangan lampu jalan juga amat diperlukan di kawasanBRS Sg Asap, terutamanya simpang-simpang ke rumah panjang.

Inilah serba sedikit kesulitan dan rintangan yang kami lalui di BRS Sg Asap Koyan.

Dato Sri Speaker,

Bagi keperluan Uma Sambop, Klinik dan sekolah kita pohon kiranya jalan dari Jambatan Sungai Belaga ke Uma Sambop 4 kilometer dinaiktaraf (diturap) selain dibekalkan dengan skim belkalan eletrik luarbandar.

Dato Sri Speaker,

Resettlement Unit

I have voiced this in the previous sitting, namun saya masih mahu mengutarakan isu ini memandangkan keperluan yang terdapat.

Sarawak is experiencing massive infrastructure and land development. Many of these projects require the affected population to be resettled to make way for developments. Currently there is no specific agency responsible for resettlement programs . With the implementation of SCORE the challenges will not get easier and hence the proposal to establish a Resettlement Unit either in the State Planning Unit (SPU) or the Natural Resources and Environment Board (NREB). The proposed Resettlement Unit will be tasked to formulate a comprehensive Resettlement Guidelines which should be

in line with the international standard. These guidelines will ensure fairness and win-win situation to all stakeholders. It also permits continuity and professionalism in dealing with these critical and sensitive issues.

Resettlement Ordinance

Dato Sri Speaker,

There is indeed a legal vacuum for dealing with Resettlement issue. In many countries, especially the developed ones, there is proper

enactment to deal with Resettlement matters. I humbly suggests that a Resettlement Ordinance be enacted the soonest to overcome the problems of Resettlement in Sarawak

Dato Sri Speaker,

Jalan Jayong ke Bakun Highway merupakan satu-satunya jalan keluar dari Pekan Belaga ketika ini, namun keadaan jalan Bakun Highway di sekitar Tubau amat daif dan rosak teruk ekoran penggunaan oleh lori pembalakkan bahkan amat merbahaya kepada pengguna-pengguna kenderaan kecil. Kita pohon kiranya jalan tersebut diselanggara dan dibaiki dengan sempurna demi keselamatan pengguna.

Dato Sri Speaker,

Kita juga memohon agar keperluan Klinik Desa bagi Kawasan Long Busang dan Long Urun dipertimbangkan kerana kawasan tersebut jauh dan tiada dihubungi oleh jalanraya.

Dato Sri Speaker,

Dalam keghairahan kita merancang pembangunan, nasihat TYT agar aspek pengurusan alam sekitar patut diberi penekanan yang tinggi dan memenuhi piawaian antarabangsa. Kita tidak mahu generasi yang akan datang mewarasi dan menanggung kos yang tinggi dalam memulihkan kerosakan alam sekitar. Oleh yang demikian kita syorkan agar pembalakkan di kawasan takungan HEP Bakun dan Murum dikawal dan dipantau dengan rapi.

Dato Sri Speaker,

Masih ramai lagi anak-anak saudara kita kaum penan yang tercecir dari alam persekolahan ekoran penempatan mereka yang jauh dari sekolah dan pengangkutan yang amat sukar dan mahal kosnya. Jika ini berterusan agak sukar bagi keluar dari cengkaman kemiskinan.

Oleh yang demikia satu plan pembangunan yang mengambil kira usul budaya dan cara hidup mereka hendaklah digubar secara khusus termasuk sukatan pelajaran anjal atau kelas bergerak bagi mereka supaya secara beransur-ansur mereka didik dan di bawa bercucuk tanam dan bertani cara moden. Saya syor stesen Pertanian di

Lusong Laku dibuka semula dan stesen pertanian baru diwujud di Long Urun dan Kawasan Murum untuk membimbing mereka bercucuk. Lebih banyak lagi program harus dikendalikan untuk mereka termasuk pendaftaran e-kasih dan kempen pendaftaran dokumen kerakyatan untuk mereka hendaklah secara berteruskan. Kita cadangkan jika mungkin dapat Yayasan Sarawak membantu dengan mengambil SK Lusong Laku dan SK Long Urun sebagai sekolah angkat.

Dato Sri Speaker,

Saya juga ingin mengucapkan syabas, tahniah dan terima kasih kepada Dato Sri Speaker atas kebijaksanaan lagi cemerlang dalam mengendalikan persidangan pada kali ini. Sekali lagi saya ingin merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih dan menyokong usul Penghargaan Atas Ucapan Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri pada Perasmian di Persidangan Dewan Undangan Negeri Sarawak Yang Ketujuh Belas pada 21 Mei yang lalu.

Terima Kasih.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ulasan anda

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...