Ke Asapkoyan2u

02 Ogos 2011

EMPANGAN BAKUN: PENGORBANAN RAKYAT BELAGA

PEMBINAAN HIDRO ELEKTRIK BAKUN(HEP)

BAKUN - Projek Empangan Bakun hari ini sudah mula beroperasi dan akan terus beroperasi secara berperingkat-peringkat mengikut permintan industri pada masa akan datang. Empangan Bakun akan menjadi penggerak utama kepada rancangan SCORE dalam membekal kepada keperluan tenaga elektrik yang mencukupi dan mungkin lebih murah.

Pada asalnya sejak tahun 80-an, Penduduk Belaga yang terkesan lansung dengan Projek ini tidaklah begitu senang dengan pembinaaannya kerana mengganggap projek ini akan menenggelam semua hak terutamanya tanah asal mereka.


Penduduk Belaga pernah membuat saman melalui (Kajing Tubek, Tahu Lujah dan Saran Imu) kepada Kontraktor utama (EKRAN BERHAD) dan Kerajaan Negeri Sarawak pada tahun1995 di Makamah Tinggi Malaya Kuala Lumpur dengan Saman Pemula( No. S5-21-60).

Saman ini sedikit sebanyak telah memperlahankan pembinaan Empangan Bakun disamping kesan ekonomi dunia meleset. Namun sehingga tahun1996, satu rayuan ke atas Saman Penduduk Belaga telah dibuat oleh Ekran Berhad, Kerajaan Negeri Sarawak termasuk Ketua Masyarakat Belaga. RAYUAN SIVIL NO. W-02-341 TAHUN 1996 di Makamah Rayuan Malaya.

Rayuan terhadap saman ini dipercayai dimainkan oleh pihak Kontraktor dan orang yang berkepentingan dalam melobi projek tersebut. Dokumen rayuan telah di atur dengan teliti dan sangat lancar. Ianya seolah-olah semua Ketua masyarakat dan Penduduk Belaga telah bersetuju dengan pembinaan Hidro Elektrik Bakun pada masa itu. Melihat kepada rayuan ini,dengan serta-merta saman oleh 3 individu yang mewakili Penduduk Belaga pada masa itu terbatal.

Adakah penduduk kampung tahu cerita saman-menyaman ini? sekiranya mereka tahu apa yang sedang berlaku pada masa itu, mungkin HEP Bakun masih lagi tergendala. Walau bagaimanapun, cerita lama biar kita tinggalkan, mungkin lebih baik anak-anak Belaga kini memikirkan apakah menfaat yang kita boleh kecapi dik belegarnya satu mega projek didepan mata?


PENGORBANAN RAKYAT BELAGA
Mungkin lebih sesuai kita anggap penduduk Belaga berkorban demi melihat Negeri SARAWAK mencapai negeri maju. Kalau dipetik PERKARA 4. dalam Dokumen Rayuan 1996 itu nyatakan;


"4. Kami menyambut baik Projek Empangan Bakun dan Pembangunan yang dibawanya ke kawasan kami memandangkan ianya akan menguntungkan masa depan kami serta juga masa depan anak-anak kami. Kami menyedari sepenuhnya bahawa kami terpaksa menanggung ketidak selesaan dan kepayahan-kepayahan untuk menempatkan semula rumah rumah serta punca-punca pendapatan kami. Kami bersedia melakukan pengorbanan ini demi kemajuan masa depan masyarakat kami serta negara secara menyeluruh."

Ayat di atas dengan jelas telah menunjukkan rakyat Belaga telah bersedia menerima kesan lansung daripada pembinaan HEP Bakun. Tanpa pengorbanan ini mana mungkin HEP Bakun dan Sarawak akan memiliki sebuah Empangan yang tebesar di Malaysia.
Kita juga percaya Rakyat Belaga telah bersedia menerima kemajuan yang akan dilaksanakan di Belaga hasil daripada HEP ini. Kerajaan harus melihat dan menghargai Pergorbanan Rakyat Belaga ini.

Apakah menfaat yang akan diterima hasil pengorbanan ini???

Akan bersambung pada siri akan datang.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ulasan anda

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...