Ke Asapkoyan2u

26 September 2011

HUDUD: PAS VS DAP!!

Jangan hairan kalau selepas ini kita akan melihat drama Datuk Nik Aziz Nik Mat berpeluk Arab dengan Karpal Singh.

Siapa tahu PAS sekali lagi terpaksa angkat bendera putih kepada DAP seperti sebelum ini apabila Pengerusi DAP itu bagi kata dua langkah mayatnya dulu kalau PAS nak meneruskan hajatnya menubuhkan sebuah negara Islam di Malaysia.

PAS sebagai sebuah parti cukup arif dengan reliti ia akan kehilangan DAP sebagai sahabat dan undi bukan Melayu jika terus main sentimen negara Islam.

Sebab itu Muktamar PAS Jun lalu meluluskan konsep ‘Negara Kebajikan’ untuk memenuhi selera DAP dan PKR.

Mana Singa DAP itu tidak angin satu badan bila Nik Aziz kata PAS sedia ucap bye-bye pada DAP jika ia tidak setuju dengan perlaksanaan undang-undang hudud.

Kalau Nik Aziz belasah DAP secara terbuka begitu maka Menteri Besar Kelantan itu kenalah telan Karpal Singh gelar beliau orang tua yang merengek cari perhatian.

Kenyataan seperti itu memang berat dibuat antara dua buah parti sahabat sekalipun satu dunia tahu mereka selama ini hanya tidor sebantal tapi mimpi lain-lain.

Itu yang dikatakan oleh Karpal Singh pada Nik Aziz semasa beliau bercakap pada wartawan di Air Hitam,Pulau Pinang Sabtu.

Rasa kecewa Karpal Singh pada Nik Aziz memang tidak dapat dibendung lagi.

"Saya berpendapat isu berhubung negara Islam telah pun diketepikan dengan resolusi yang diterima pakai pada muktamar Pas yang diadakan tahun ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Karpal menyebut resolusi Pas bahawa parti itu tidak akan meneruskan matlamatnya untuk mewujudkan sebuah negara Islam di Malaysia sebaliknya berusaha ke arah penubuhan negara kebajikan.

"Adalah sukar untuk memahami kenapa Nik Aziz dalam tempoh yang singkat telah lupa berhubung resolusi itu,” katanya.

DAP telah meminta Pakatan Rakyat supaya mengadakan mesyuarat tergempar bagi membincangkan dan menyelesaikan pendirian parti PAS untuk melaksanakan hukum Hudud dan penubuhan negara Islam.

Serentak dengan itu beliau mahu sekretariat pakatan pembangkang mengatur mesyuarat tergempar mengenai rancangan parti PAS itu.
 
sumber: melanau blog

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ulasan anda

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...