Ke Asapkoyan2u

15 November 2011

GENDANG PRU-13 KEDENGARAN!!


Bilakah tarikh PRU 13..?? Pelbagai andaian dan congakan bijaksana dari pemimpin teratas mahupun rakyat biasa jalanan dengan pelbagai teori dan andaian melalui analisa semasa yang dibuat..

Sejak beberapa bulan ini, ada yang mengatakan jika PM tidak mengumumkan sesuatu tentang PRU 13 pada pertengahan September lepas ini bakal memperlihatkan kerajaan BN jatuh sepenuhnya...Wah..ini sudah hebat sekali kenyataan yang dibuat...

Ada pula yang dengan yakinnya mengatakan PRU 13 akan diadakah pada OKTOBER dan NOVEMBER nanti seperti cakap cakap pemimpin tua LIM KIT SIANG DAP. Ada juga yang meramalkan PRU 13 hanya akan dilaksanakan pada pertengahan tahun hadapan dengan mengambil pelbagai faktor persekitaran seperti musim haji musim perayaan dan cuti sekolah.

Apa pun andaian dan jangkaan yang dibuat..hakikat sebenarnya mengenai tarikh sebenar pilihanraya masih tiada sesiapa yang mengetahuinya termasuklah PM sendiri. Apa yang dikhabarkan hanyalah spekulasi semata mata dan mengikut congakan dan kepandaian masing masing dalam meramal tarikh sebenar pilihanraya.

Hakikatnya kesemua rakyat Malaysia menantikan PRU 13 dengan seribu pengharapan..terutama bagi negeri negeri yang kalah dan berada dibawah kesengsaraan Pakatan Rakyat. Jika PRU 13 memperlihatkan kemenangan kerajaan BN...Maka pemulihan negeri bekas jajahan pimpinan PR perlukan rawatan dan terapi yang menyeluruh untuk kembali ke pangkal jalan.

Tidak ketinggalan desus angin PRU-13 kini makin mebidik seolah deruan bunyi Sape Urau Lake Asang  ke telinga penduduk AsapKoyan dan Belaga yang dibawah Parlimen Hulu Rajang (P.216).

Banyak juga spekulasi yang dicanangkan oleh rakyat yang semacam tidak sabar menantikan pembukaan gelanggang PRU-13. Ini ada menampakan rakyat Hulu Rejang semakin terbuka dalam Arena Politik serta semakin mengetahui hak serta peranan masing-masing bagi menentukan masa depan politik di Hulu Rejang.

Apapun spekulasi politik yang keluar samada menggunakan bahasa yang agak emosi dan ektrimis, kita berharap ianya hanya setakat di gelanggang politik semata. Semoga rakyat Belaga terus bersatu teguh dengan semangat persaudaraan yang telah lama bersemarak di Belaga. Maju Belaga!!

2 ulasan:

ulasan anda

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...