Ke Asapkoyan2u

11 Januari 2012

KARPAL: BADAN KEHAKIMAN BEBAS MEMBUAT KEPUTUSAN!


Anwar dimalukan oleh peguambelanya sendiri,Karpal membidas dan memperlekehkan kenyataan Anwar yang meremehkan minda rakyat kononnya badan kehakiman dan kerajaan mendapat tekanan dari dunia luar.

Karpal tetap konsisten bahawa perlakuan liwat suka sama suka tetap berlaku,malah Hakim turut berkata kredibiliti Saiful sebagai saksi amat konsisten ,cuba sabitan terhadap Anwar tidak dapat dilakukan hanya mahkamah tidak dapat bergantung kepada DNA semata mata.

Apabila Karpal meremehkan kenyataan Anwar,di sini kita dapat lihat bagaimana pemimpin DAP ini memandang rendah terhadap Anwar,Karpal juga sebelum ini berkata Anwar harus bertaubat dan Karpal juga orang yang pertama mendesak kerajaan menyiasat Anwar mengenai kes liwat pada 1997 dahulu.

Singh is King,segala bukti dan perlakuan liwat ada ditangan Karpal dan terutamanya DAP.Anwar tidak mendapat sebarang bentuk penghormatan daripada DAP,dia hanya dijadikan budak suruhan yang suatu hari nanti hanya akan menurut segala kata DAP.
"KUALA LUMPUR 10 Jan. - Peguam bela Datuk Seri Anwar Ibrahim, Karpal Singh menyangkal dakwaan anak guamnya yang menyifatkan keputusan Mahkamah Tinggi semalam ada kaitan dengan kebimbangan kerajaan terhadap imej buruk di mata dunia.

Sebaliknya Pengerusi DAP itu menegaskan, ia adalah keputusan badan kehakiman berdasarkan bukti serta kandungan perbicaraan sepenuhnya.

"Tidak, ia (keputusan) tiada sebarang kaitan dengan kebimbangan kerajaan seperti yang didakwa oleh Anwar," katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di sini hari ini.

Anwar dalam satu temuramah dengan agensi berita asing AFP mengaitkan keputusan mahkamah itu ekoran kebimbangan kerajaan terhadap imej buruk di mata dunia sekiranya beliau didapati bersalah.

Mahkamah Tinggi di sini semalam membebaskan Anwar daripada pertuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan kerana tidak cukup bukti.Karpal berkata, keputusan badan kehakiman dan kebimbangan kerajaan adalah dua perkara berbeza.

SUMBER: PISAU.NET

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ulasan anda

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...