Ke Asapkoyan2u

23 Oktober 2012

ABIN BIRA MENDALANGI PENAN MURUM BUAT HALANGAN JALAN!!?

Abin Bira Di Tahan Polis
BERI KATA DUA: Bakar (kanan) bercakap dengan aktivitis NGO SCANE, Abin Bira semasa melakukan rondaan di lokasi halangan jalan di Sungai Suping, Murum, Belaga pagi semalam.

Aktivis SCANE bekal makanan kepada kaum Penan Murum adakan halangan jalan 

BELAGA: Ketua Polis Daerah Belaga DSP Bakar Sebau mengesahkan perbuatan seorang aktivitis yang membekal makanan kepada kaum Penan Murum yang mengadakan halangan jalan di hadapan Sungai Suping Murum, Belaga sejak 26 September lepas.

Menurut Bakar perbuatan ter-sebut berjaya dikesan oleh pihak-nya apabila mereka terserempak dengan seorang lelaki dengan pembantunya memunggah bahan makanan kepada sekumpulan lebih kurang 10 orang kaum Penan yang masih berada di lokasi halangan pada jam 9.57 pagi semalam.

“Apabila ditanya untuk mendapatkan butir-butir peribadi dan kad pengenalan, lelaki berkenaan telah mengelak dan berkeras dan tidak mahu membenarkan kad penge-nalannya diperiksa,” katanya.

Katanya, lelaki itu bertegas bahawa tempat pemeriksaan tersebut bukan tempat awam tetapi di hutan.
Bagaimanapun, setelah dijelas-kan dengan peruntukan pengertian undang-undang yang membenarkan pegawai polis memeriksa orang awam di tempat bebas, lelaki berkenaan akur dan menunjukkan kad pengenalannya walaupun sekali sekala menutup bahagian hadapan kad pengenalannya.

Berdasarkan kad pengenalannya kata Bakar, lelaki tersebut dikenali sebagai Abin Bira (640913-13-XXXX) berbangsa Kenyah, ber-alamat di Long Menjawah, Belaga serta merupakan seorang ahli pertubuhan bukan kerajaan (NGO) SCANE.


Bakar memberitahu bahawa lelaki tersebut bukan penduduk tempatan Murum tetapi tinggal di sebelah hilir Empangan Hidroelektrik Bakun.

Bakar turut menjelaskan kepada lelaki itu bahawa menghantar bahan makanan kepada kaum Penan tidak salah asalkan ia bukan untuk kepentingan peribadi dan adalah lebih baik jika ia dihantar kepada penduduk Penan di rumah panjang bukan sebaliknya dihantar untuk menampung bekalan makanan supaya kaum Penan dapat me-neruskan halangan jalan.

Beliau juga memberitahu lelaki berkenaan bahawa membuat halangan di tempat awam bukan jalan penyelesaian terbaik kerana meja perundingan sentiasa terbuka.
Justeru katanya, pihak kaum Penan dinasihati agar tidak meng-ambil tindakan di tangan sendiri hanya kerana hasutan individu- individu yang berkepentingan.

Menurut Bakar, kes halangan jalan berkenaan sedang disiasat di bawah Seksyen 341 Kanun Keseksaan.
“Kami akan melaksanakan tangkapan dan pendakwaan terhadap mereka yang terbabit termasuk mereka yang mempunyai niat bersama jika bukti kukuh sudah dikumpul sepenuhnya,” tambah Bakar.

Ditanya mengenai apakah tindakan lain yang boleh diambil terhadap mereka yang menganggotai sekatan tersebut, Bakar menerangkan bahawa ia bergantung kepada keadaan di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan jika peserta halangan jalan tersebut melakukan rusuhan pada hari itu nanti,” jelas Bakar.

Sehubungan itu, Bakar menyeru kepada kaum Penan yang terbabit supaya menghentikan halangan mereka dengan serta-merta dan tidak menjadi alat kepada orang yang mengejar kekayaan dan      kuasa dunia.

“Saya berani bertaruh dengan anda bahawa apabila semua di-tangkap dan didakwa di mahkamah nescaya orang yang menghasut anda selama ini akan menghilangkan diri dan tidak akan bertanggungjawab,” nasihat Bakar. -UTUSAN BORNEO

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ulasan anda

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...