Ke Asapkoyan2u

10 Oktober 2012

PENAN MURUM BERSETUJU MEMBUKA BLOCKADE KEPADA TAIB MAHMUD DENGAN SYARAT!!??

SETELAH MENDENGAR SEGALA PERMOHONAN DAN MASALAH PENAN MURUM SEPANJANG MESYUARAT, PIHAK KERAJAAN NEGERI PIMPINAN TAIB YANG DIWAKILI OLEH DATO OSE  TERUS MEMBUAT  BEBERAPA KEPUTUSAN YANG AMAT DRASTIK!!!

PENJELASAN DATO OSE

Menurut penjelasan Dato Ose, Kerajaan Negeri setakat ini telah meluluskan beberapa permintaan dan sedang dilaksanakan oleh pihak kerajaan. 

1. Tanah seluas 15 hektar sekeluarga telahpun diluluskan untuk tujuan pertanian Kaum Penan. Sementara itu, Kawasan Hutan Simpan seluas kira-kira 19500 Hektar telahpun dikenal pasti dan diluluskan untuk kaum Penan yang masih bergantung dengan Hutan bagi aktiviti "Semi-Nomadic"

2. Rumah di Penempatan Semula Penduduk Penan juga sedang dilaksanakan dan semua kos pembinaannya tidak akan di kenakan kepada penduduk. Ianya adalah "PERCUMA".

3. Rancangan pertanian sedang giat dijalankan oleh Jabatan Pertanian di kawasan Penempatan baru Penan buat masa sekarang. Sebanyak RM4.1 Juta telah diperuntukan bagi tanaman segera atau tanaman yang boleh menampung keperluan Penan sementara menunggu tanaman Komersial (sawit/getah) mendatangkan hasil.

RESPON SEBELUM INI


4. Tanaman Komersial (Sawit/Getah) akan ditanam oleh pihak kerajaan dan segala kosnya akan ditanggung oleh kerajaan sehinggalah Penan memetik hasilnya kelak.

5. PAMPASAN PEMALI KUBUR yang hangat diminta oleh sepanjang mesyuarat akan dibayar secara SERTA MERTA dalam masa 2 minggu ini!!!! Pihak kerajaan cuba mencadangkan agar penerima membuka Akaun Bank seperti ASB namun Wakil Penan berkeras untuk menerima WANG TUNAI dan akan dihantar ke kampung.

6. Pengangkutan untuk membawa pelajar sekolah dan Penduduk Penan Murum ke sekolah dan Klinik di Sg. Asap akan disediakan setiap 2 minggu.

7. Respon terhadap tuntutan PAMPASAN RM500 ribu sekeluarga akan diberi keputusan selepas 2 minggu. Namun wakil Penan Murum faham dan mereka boleh tawar-menawar dengan Kerajaan asalakan permintaan dan permohonan mereka diambil perhatian segera!!!

8. Peruntukan dana untuk menubuhkan Jawatankuasa Penan Murum (MPDC) akan ditanggung oleh pihak kerajaan.

9. Kerajaan akan pertimbangkan Lantikan Pegawai Perhubungan setiap kampung Penan sehingga MPDC menghantar senarai nama-nama kelak.

Semua tindakan tersebut adalah antara tindakan yang telah dan akan diambil oleh Pihak Kerajaan Negeri. Sementara itu banyak cadangan lain yang telah dikemukan oleh Pegawai Daerah, serta YB Liwan Lagang untuk terus di pertimbangkan.
BUKTI TAIB PRIHATIN

Sebenarnya Taib Mahmud sentiasa membuka pintu rundingan. Buktinya beliau telah dengan segera ingin mengetahui semua maklumat berkaitan melalui "Murum Working Committee " yang telah ditubuhkan oleh beliau sebelum ini.

Namun yang AK2u agak pelik.....kenapa Wakil Rakyat Belaga YB Liwan Lagang tidak termasuk dalam Jawatankuasa ini????

Dengan semua JANJI YANG DITEPATI dalam masa 2 minggu ini....MAKA PENAN MURUM TELAH BERSETUJU UNTUK MEMBUKA HALANGAN DI TAPAK PEMBINAAN MURUM SEMALAM!!!!!


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ulasan anda

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...