Ke Asapkoyan2u

17 Januari 2013

SARAWAK NO.1 DI MALAYSIA: NEGERI BERPENDAPATAN TINGGI!!


Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (Score), merupakan sebuah kawasan pembangunan wilayah di Sarawak yang terletak dari Similajau di Bintulu hingga ke Tanjung Manis di Mukah, kapit dijangka menjadi kawasan paling progresif membangun. Impak daripada pembangunan SCORE itu kemudiannya akan dinikmati secara berterusan oleh penduduk di negeri ini apabila keseluruhan RM330 billion dilaburkan sepenuhnya menjelang 2030. Wawasan yang direncakan ini adalah inisiatif penting kerajaan menjadikan Sarawak negeri maju dan berpendapatan tinggi.


Bagi tempoh tiga tahun pertama SCORE dilancarkan, ia berjaya menarik pelaburan berjumlah RM20.3 bilion membabitkan 11 projek dengan lapan daripadanya bagi Taman Perindustrian Samalaju, manakala dua lagi di Hab Halal Tanjung Manis.

Di dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) sembilan projek diluluskan dengan peruntukan RM1.5 bilion bagi pembinaan enam jalan raya baru ke kawasan sumber tenaga, satu projek bekalan air ke Samalaju, satu taman perindustrian di Samalaju dan satu projek lapangan terbang di Mukah. Mukah yang dirancang sebagai bandar pintar menerima pelaburan RM600 juta bagi industri berat, selain daripada itu Mukah yang terletak di tengah kawasan liputan SCORE,  dirancang sebagai pusat pentadbiran koridor dengan pejabat syarikat pelaburan luar dicadang dibina di kawasan berkenaan.
Manakala untuk Rancangan Malaysia Kesepuluh pula (RMK-10) SCORE menerima peruntukan RM300 juta bagi melaksanakan sembilan projek yang kini di peringkat pelaksanaan, termasuk Taman Perindustrian Samalaju.Setakat ini, Taman Perindustrian Samalaju menerima lapan pelaburan dengan nilai RM17 bilion terdiri daripada industri berat yang memerlukan banyak tenaga, manakala dua pelaburan di Hab Halal Tanjung Manis bernilai RM2 bilion membabitkan projek akuakultur.

SCORE yang berpontensi menjana tenaga boleh diperbaharui dikatakan mencatatkan kejayaan di dalam pengeluaran produk berasaskan pertanian dan pengeluaran sehingga mampu menjadi hab makanan halal. Menurut Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud Ketua Menteri Sarawak, ”Kita dikurniakan dengan kawasan tanah yang luas dan air yang banyak. Kita kini mempunyai jumlah sumber tenaga yang diperlukan.

“Kita juga sebuah negara Islam dan sekaligus sangat menarik kepada para pelabur Arab yang kaya minyak. Kita juga boleh mengeksploit pasaran makanan halal dunia, yang sangat besar,”. Ini kerana, pelaburan awal yang datang RM200 juta adalah daripada pengeluaran makanan dengan mengguna pakai teknologi moden. Tambah beliau lagi, ”Mereka juga mempunyai program untuk melabur RM4 bilion di dalam tempoh lima tahun dari sekarang,”

Oleh disebabkan itu, kerajaan akan memastikan kawasan Tanjung Manis sebagai hab halal itu bebas daripada pencemaran, dan langkah yang diambil ialah dengan mengurangkan jumlah kenderaan untuk memasuki kawasan itu. Perancangan jangka masa panjang itu sangat jelas kerajaan gigih berusaha memajukan negeri ini setanding negara maju. Menurut kenyataan Pengarah Unit Perancang Negeri Sarawak, Datuk Ismawi Ismuni, berkata ketika ini Sarawak ada 977,000 tenaga kerja dengan penduduknya berjumlah 2.5 juta.

“Melalui SCORE, peluang pekerjaan yang bakal diwujudkan menjelang 2030 adalah 2.5 juta.
“Ini akan memberi peluang kepada rakyat Malaysia dan Sarawak untuk merebut pelbagai peluang pekerjaan yang bakal wujud, terutamanya di kalangan generasi muda yang terlatih dan mempunyai kelulusan,” sumber Berita Harian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ulasan anda

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...