Ke Asapkoyan2u

23 Mei 2011

DAYAK PERLU BERSATU!!!




DAYAK di Sarawak memang sudah lama bersatu dan sentiasa mengikut aliran perkembangan di dalam Negara. Namun hari ini, penyatuan diantara Dayak Sarawak amat perlu dipadukan lagi agar menjadi satu kaum yang lebih kukuh dan mampu bersaing dengan kaum lain yang lebih maju supaya "berdiri sama tinggi duduk sama rendah".

Tidak dinafikan bahawa sudah ada kaum Dayak yang sudah maju dan mendapat jawatan tinggi sehingga ke peringkat tertinggi dalam organisasi kerajaan mahupun swasta. Namun ruang dan jurang dari segi arus pembangunan masih amat perlu diseimbangkan bagi kaum dayak khasnya dikawasan pedalaman Sarawak.

Kerajaan memang sudah merancang pelbagai program dan usaha untuk terus memajukan Kaum ini dan terus membuka peluang dalam semua bidang, namun iannya tidak akan berjaya sekiranya Dayak sendiri tidak bertindak dan terlibat lansung dalam rancangan-rancangan ini.

Apabila bercakap tentang DAYAK, seolah-olah kita nak bangkitkan isu PERKAUMAN. Tetapi dalam Negara yang mengamalkan Demokrasi, mungkin DAYAK perlu sedar kekuatan dan peluang mereka untuk menjadi kaum lebih maju di Sarawak Khasnya. KUASA MAJORITI!!! dalam mana-mana negara yang amalkan Politik Demokrasi, maka kuasa inilah yang akan memerintah kerajaan.

Adakah DAYAK Majoriti ataupun Minoriti di Sarawak??? Dari pandangan mata kasar kita, jelas kaum Dayak adalah pupulasi terbesar di Negeri Sarawak. Namun sebaliknya dalam Politik kemanakah kaum Dayak??? Mungkin kita masing-masing sudah ada jawapannya.

Oleh itu, hari ini Dayak perlu fikirkan dan terus ciptakan satu FORMULA bagi menyatupadukan dayak semula agar kelebihan majoriti ini lebih bermakna. Apapun cara, bagaimanapun bentuk formula tersebut nanti, yang penting ia berlandaskan demokrasi dan akhirnya Dayak lebih kukuh dan bersatu dengan kaum lain di Sarawak dan Malaysia.

Sekali lagi, kenyataan ini bukan untuk bangkitkan isu berbaur perkauman namun untuk menyedarkan kaum dayak yang masih berpecah belah agar kembali bersatu. Apabila melihat realiti politik Sarawak hari ini, ia agak sukar kerana dayak telah terbahagi dalam pelbagai Parti Politik seperti PBB,PRS,SPDP,SNAP,PKR, dan macam-macam lagi parti. Tetapi ianya tidak mustahil akan berlaku sekiranya kaum dayak semakin sedar akan keadaan ini.

Pemimpin-pemimpin Dayak serta diri kita sendiri perlu mulakan usaha ini dengan segera. Bagamaina hendak mulakannya?? ada juga yang cadangankan mengadakan forum, dialog, seminar dan konferen.

Mungkin anda ada formula dan candangan yang lebih hebat? Anda boleh hantarkan komen dan cadangan anda.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ulasan anda

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...