Ke Asapkoyan2u

24 Mei 2011

FITNAH!!!!: BIASA BAGI PR??


Jeff Ooi sudah kena saman fitnah... RM150,000.00 itu bukan satu jumlah yang sikit. Dominic Ng dulu pun kena saman 100 ribu oleh Chong Siew Chiang sebab didapati bersalah memfitnahnya. Akhirnya dia jadi lingkup oleh pakatan sendiri.

Hari ini bekas ketua wanita PKR negeri, buat laporan polis terhadap Harakah pula. Inilah Harakah dalam rupa sebenar di sebalik outsat-oustat di belakang mereka. Siapa kata Harakah tidak buat berita fitnah? Jika diperhatikan, hampir 95% isinya politiking saja.

Sebab itulah kita sebut laman pembangkang semuanya lidah syaitan..

GEORGETOWN: Bekas ketua wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) negeri, Aminah Abdullah, hari ini membuat laporan polis berhubung laporan akhbar Harakah yang didakwa menyiarkan kenyataan fitnah kononnya beliau diumpan kebendaan oleh UMNO untuk mengkritik dan mendedahkan kelemahan kepimpinan PKR.

Katanya, laporan berita yang dikeluarkan pada Jumaat hingga Ahad lalu dibuat menerusi kenyataan Ketua Wanita PKR negeri, Norhayati Jaafar; Timbalan Ketua cabang PKR Bukit Mertajam, Jab Samad dan Setiausaha PKR cabang Jelutong, Anuar Kamarudin di Galeri Pejuang Cheruk Tok Kun baru-baru ini.

"Tujuan saya membuat laporan ini kerana tidak berpuas hati dengan kenyataan Norhayati di Galeri Pejuang Cheruk Tok Kun, Bukit Mertajam, dia memfitnah dan menyatakan saya diumpan kebendaan oleh UMNO dan menuduh saya bersama dengan golongan yang zalim, menyeleweng serta rasuah", katanya selepas membuat laporan polis di Balai Polis Jalan Patani di sini.

Aminah berkata, beliau akan mengambil tindakan undang-undang dan memberi tempoh seminggu kepada akhbar itu dan mereka yang terbabit membuat kenyataan itu untuk memohon maaf mulai hari ini. - BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Komen

ulasan anda

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...