Ke Asapkoyan2u

06 Julai 2012

AKTIVITI PEMBALAKAN MASIH AKTIF DI KAWASAN TADAHAN EMPANGAN BAKUN

Tongkang Pembalak
Empangan Bakun- Sehingga hari ini kawasan tadahan empangan Bakun menjadi lubuk duit kepada Pembalak yang nampaknya semakin rakus dan tidak memikirkan kesan langsungnya kepada alam sekitar mahupun kesan kepada masyarakat tempatan.

Hutan Bakun
Setelah Sarawak hidro mengumumkan penakungan air di Kawasan Tadahan Bakun pada 2010 lepas yang menenggelamkan lebih 80 ribu hektar kawasan menyamai pulau Singapura, sejak itulah bermacam-macam syarikat pembalak keluar masuk di kawasan ini.

Mesin Pembalak
Dilaporkan bahawa pelbagai spesis tumbuhan dan binatang lindungan dalam keadaan terancam dikawasan ini. Keadaan yang tidak terkawal ini menampakkan bahawa badan bertanggungjawap masih gagal dalam memantau pengurusan kawasan tadahan ini.

Lembaga Alam Sekitar dan Sumber Semulajadi Sarawak (NREB) seharusnya tampil untuk memantau keadaan yang semakin hari semakin menjadi di Lembagan Tasik Bakun ini. Sekiranya keadaan ini berterusan mungkin rancangan kerajaan untuk menjadikan Tasik Bakun menjadi kawasan baru Pelancongan hanya tinggal rancangan.

Boat Pembalak
Disamping itu, aktiviti pembalakan di kawasan sekitar tasik amat menjejaskan tahap kebersihan air sungai sehingga terdapat banyak jenis ikan dan hidupan dalam air dipercayai terjejas. Ini sekaligus akan memberi kesan jangka panjang kepada penduduk tempatan yang masih bergantung kepada sumber hutan dan sungai dikawasan Lembangan ini.

 Oleh itu AK2U percaya seluruh masyarakat tempatan ingin mendesak Kerajaan Negeri sarawak untuk menghentikan segala aktiviti Penebangan dan aktiviti yang merosakkan kawasan hutan dan sungai di Kawasan tadahan Bakun.

NREB atau badan berkuasa berkaitan dengan bidang kuasa serta kuasa rundingan yang ada seharusnya mengambil tindakan keras dengan segera terhadap pemaju atau pembalak haram di dalam kawasan takungan. Janganlah menunggu sehingga kawasan ini menjadi padang jarak padang tekukur baharulah hendak bertindak.

Keadaan ini harus segera dikawal dan dipantau. Ibarat kata pepatah " Bagai Emas Berpeti, Lembu Berkadang".


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ulasan anda

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...