Ke Asapkoyan2u

09 Julai 2012

CALON PKR HULU REJANG DILEMA!?

calon PKR
PKR Sarawak telah memotretkan gambar dan mengedarkan poster/kalender 6 orang calon mereka yang akan bertanding di 6 kawasan parlimen (Sarawak) iaitu di.

Parlimen Limbang (Baru Bian), Baram (Roland Engan), Kanowit (Thomas Laja), Sri Aman (Nicholas Mujah), Selanggau (Joshua Jabeng) dan di Parlimen Lubok Antu(Nicholas Bawin). Maklumat dalaman PKR Sarawak juga menyebut bahawa mereka akan mengumumkan baki beberapa orang calon lagi dalam waktu terdekat.

Nampak gayanya pergerakkan Pakatan Rakyat di Sarawak keseluruhannya agak tersusun dan berstrategi. Bagimanapun Pakatan Rakyat Sarawak  (Parti PKR) masih lagi berhadapan kesukaran dalam menentukan beberapa calon di kawasan Parlimen Julau, Hulu Rajang,Kapit dan Saratok. petikan-belagakini.

SIAPA CALON PKR HULU REJANG YANG LAYAK? atau mungkin belum adakah yang layak?

Abun PKR Hulu Rejang??
 Setelah kecewa tidak dicalonkan pada Pilihan Raya Negeri sebagai Calon di DUN N.57 Belaga lepas, Calon muda Abun Sui terus berusaha keras untuk melobi sebagai calon PKR pada PRU 13 akan datang. 

Adakah pisang akan berbuah 2 kali terhadap usaha Abun Sui??? Dengar khabar angin mengatakan bahawa PKR cabang Hulu Rejang juga ada menamakan calon-calon lain selain Abun Sui. Perkara inilah yang menyebabkan nama calon PKR bagi H.Rejang belum dapat diumumkan sehingga hari ini.

PKR di H.Rejang juga nampak risau bila Datuk Sng menubuhkan parti SWP (Sarawak Woker Party) yang bercita-cita besar untuk menawan H.Rejang pada PRU13 nanti. Calon SWP yang Sng war-warkan di H.Rejang adalah YB George Lagong, ADUN Pelagus.

Nampaknya Hulu Rejang kali ini akan lebih menarik dan dijangka sengit apabila semakin ramai calon menawarkankan diri.

Datuk Sng
 Dijangkakan Parti SNAP juga tidak akan melepaskan peluang untuk turut turun gelanggang pada PRU13 kali ini di H.Rejang. 

Kini terpulang kepada Rakyat H.Rejang untuk menentukan siapa Calon dan Parti pilihan mereka?? Hak semuanya terletak dihujung jari Rakyat Hulu Rejang.

Asapkoyan2u meramalkan bahawa Parti Barisan Nasional tetap akan menjadi pilihan Rakyat Hulu Rejang kerana apabila melihat kepada semua Parti yang akan menentang ini, mereka hanyalah berjuang bila masa hendak dekat Pilihan Raya sahaja.

Apapun selamat berjuang untuk semua!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ulasan anda

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...