Ke Asapkoyan2u

28 Ogos 2009

IDRIS JALA MENTERI KPI 2

Ketua Pegawai Eksekutif Penerbangan Malaysia (MAS), Datuk Idris Jala telah dilantik sebagai menteri di Jabatan Perdana Menteri.
Beliau ditugaskan menyelia pelaksanaan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) dan akan melaporkan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon.
Idris juga dilantik sebagai ketua pegawai eksekutif Unit Penyampaian dan Prestasi Pengurusan (PEMANDU).Pelantikan Idris diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak selepas diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin.
Dr Koh akan meneruskan tugas merangka dan melaksanakan keseluruhan dasar dan strategi berhubung pengurusan prestasi dan pembaharuan organisasi dengan fokus khusus kepada N-KRA. Beliau juga akan mempengerusikan lembaga PEMANDU yang turut dianggotai Ketua Setiausaha Negara dan pegawai-pegawai kanan kerajaan.Idris pula akan berkongsi kepakaran dan pengalamannya ketika berkhidmat di Shell dan MAS dan merangsang pelaksanaan pengurusan prestasi di peringkat kerajaan persekutuan.Beliau juga akan memegang jawatan timbalan pengerusi lembaga PEMANDU.
Idris dilantik sebagai pengarah urusan dan CEO MAS pada Disember 2005 selepas syarikat penerbangan itu mengalami kerugian terbesar dalam sejarah korporatnya.Sebelum menerajui MAS, Idris berkhidmat selama 23 tahun di Shell. Antara tahun 2002-2005, Idris memegang jawatan Pengarah Urusan Shell MDS (Malaysia) dan Naib Presiden Shell Malaysia GAS& Power (Malaysia).Idris juga pernah berkhidmat dengan Shell International di London dan Shell Sri Lanka.
Idris merupakan lulusan Universiti Sains Malaysia (USM) dan ijazah sarjana dari Universiti Warwick, United Kingdom.

Sumber: Malaysiakini.com

Tiada ulasan:

Catat Komen

ulasan anda

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...