Ke Asapkoyan2u

28 Februari 2011

PENDUDUK HILIR BAKUN DIBERI PERHATIAN

YB Liwan & YB Datuk Billy (SK SEGAHAM:04/08/2010)


BELAGA- Kerajaan terus memberi perhatian kepada nasib penduduk hilir Bakun dan Belaga. Ini berkat usaha kerjasama Wakil Rakyat dan penduduk setempat. Baru-baru ini pembangkang cuba memainkan isu kepada penduduk hilir Bakun bahawa kerajaan tidak memperdulikan nasib mereka.

Isu ini tidak timbul apabila terbukti Wakil Rakyat Belaga terus membela dan terus menyuarakan suara penduduk Hilir Bakun kepada kerajaan. Ternyata Kerajaan usaha ini tidak sia-sia apabila pelbagai peruntukkan telah disalaurkan kepada mereka. Antaranya adalah pembekalan air bersih kepada rumah panjang sepanjang sungai Balui-Rejang yang telah dilancarkan di SK Segaham.

YB Liwan juga telah lantang berucap di DUN dengan memohon pelbagai projek pembangunan di Hilir Bakun. Hasilnya Jalan BAKUN-BELAGA telah diluluskan manakala jalan BELAGA-BA terus dalam perundingan. sementara itu YB Datuk Billy di Parlimen juga memohon supaya perutukan Jeti2 kepada kampung hilir Bakun-Belaga di berikan.

Selain itu, peruntukan untuk membaiki rumah panjang juga telah diluluskan. Usaha masih teruskan supaya mereka terus terbela. Ini membuktikan kerajaan tidak pernah meminggirkan sesiapapun di Belaga. Teruslah menyokong mereka!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ulasan anda

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...