Ke Asapkoyan2u

11 Mac 2011

KEBODOHAN SARAWAK REPORT MENIPU RAKYAT

TERBONGKAR SUDAH!!! asapkoyan2u masih lagi ingin meyebarkan kebodohan Sarawak Report ingin menipu seluruh Rakyat khasnya penduduk Sarawak termasuk kita di Belaga. Nampaknya secanggih teknologi yang mereka guna pun takan bertahan lama bila penipuan mereka terbongkar.

Alangkah besarnya kemaluan, bila maklumat yang selama ini dikagumi dan diharap menjadi modal politik untuk Baru Bian, sebaliknya dijadikan bahan ketawa. Mungkin hanya lawyer seperti Baru Bian atau orang yang bergelar Doktor seperti John Brian saja yang mampu berjaja pembohongan Sarawak report.

Siapakah yang berfikiran waras mampu percaya bahawa agensi perisikan FBI (Federal Bureau of Investigations) di Amerika berada dalam pengaruh Taib Mahmud? Apakah Amerika terlalu bodoh dan miskin, sehingga terpaksa menyewa bangunan dari Taib Mahmud untuk menempatkan agensi rahsia berprofil tinggi seperti FBI?

Inilah dakwaan tidak bermoral oleh mereka yang berpendidikan serta kemaruk ingin jadi ketua menteri Sarawak. Mereka sengaja mengutip dan edit apa saja maklumat demi memfitnah ketua menteri dan keluarga.

Dengan kecanggihan teknologi yang ada hari ini, apakah terlalu sukar dan hebat untuk mengubah suatu dokumen seperti yang dilakukan Sarawak report dan PKR Sarawak?

Apakah anda percaya, jika tiba-tiba saya siarkan gambar Baru Bian sedang berbogel? Seperti juga penyata dibawah ini, bukankah cukup mudah untuk create atau edit nama siapa saja yang perlu difitnah!

Penyata dibawah ini membuktikan betapa terdesaknya sarawak report untuk memfitnah ketua menteri dan keluarga. Penama yang dikatakan adik perempuan Taib Mahmud, bukan saja menunjukkan nama yang salah, ZALEHA BIN BUJANG. Malah 4 digit terakhir (5103) pada nombor IC juga dengan jelas penama tersebut adalah seorang lelaki.

PENIPUAN YANG TOLOL


Oleh itu, mari kita rakyat Belaga janganlah percaya lagi dengan fakta2 dan propaganda yang cuba dibuat di alam cyber ini. Mari kita fokus dengan terus menyokong agenda kerajaan yang sesungguhnya telah dipilih oleh kita rakyat sendiri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ulasan anda

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...