Ke Asapkoyan2u

05 Oktober 2011

EMPANGAN BAKUN MULAI MENGALIR!

SPILLWAY DIBUKA 04.10.11
SEMALAM 04.10.11-  Paras air di Empangan Bakun sudah melepasi paras yang telah di tunggu-tunggu. Sepanjang 10 bulan yang lepas air di hulu empangan ditakungkan.

Sepanjang 10 bulan yang lepas juga kita penduduk Belaga telah mendengar pelbagai isu berkaitan dengan Empangan Bakun. Penduduk di hilir Bakun juga telah menerima kesan langsung daripada kerja penakungan air di empangan ini.

Pelbagai penderitaan akibat paras sungai di Batang Rejang menurun mendadak serta bermacam-macam masalah yang dikemukakan oleh penduduk Belaga. Selain itu, penyakit Melioidosis juga dikaitkan dengan Projek Empangan Bakun seperti yang kita baca dalam beberapa media sebelum ini.

Di hulu empangan pula, Isu pembalakan haram, Ikan mati, pemburu haram dilaporkan. Namun yang menjadi satu bualan hangat dikalangan penduduk Hulu Bakun adalah mengenai tenggelamnya Tanah mereka yang tidak disukat dan diberi pampasan.

Kita berharap isu-isu berbangkit ini akan diambil perhatian serius oleh kerajaan pada masa terdekat ini. Walaubagaimanapun, Empangan Bakun yang gah dengan konkritnya tetap berdiri teguh dan seolah tidak mempedulikan kesengsaraan rakyat Belaga.

Semalam Spillway telah mengalirkan air dan membentuk sebuah air terjun buatan manusia yang semacam ganas. Apabila mengalirnya air dari spillway ini, kita penduduk Belaga berharap agar keadaan dihilir bakun kembali pulih seperti sediakala. 

Dengan mengalirnya air dari spillway ini juga makan secara langsung mengalirlah juga faedahnya kepada Sarawak Hidro dan Kerajaan Negeri Sarawak. Namun sebaliknya apa yang akan mengalir kepada Penduduk Belaga?
Kita berharap agar kerajaan membuat perancangan dan pelan yang lebih jelas untuk terus membangunkan Belaga demi membalas pengorbanan dan kesengsaraan yang telah ditanggung oleh penduduknya. Penduduk Belaga Layak untuk menerima faedah daripada hasil Projek Mega Empangan Bakun ini.

Ditambah lagi dengan pembinaan Projek Empangan Murum juga di dalam kawasan Belaga. Marilah kita penduduk Belaga terus berjuang untuk menyuarakan hak kita demi melihat pembangunan yang berterusan Belaga. Mari kita mencari jalan dan penyelesaian yang lebih jelas dan realistik. Maju Belaga!!!



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ulasan anda

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...