Ke Asapkoyan2u

08 Februari 2011

BENARKAH ORANG ASAP MENGEMIS???

Satu lagi tomahan dan tuduhan yang amat berat sekali oleh pihak yang cuba kelirukan pemikiran lebih 10,000 orang penduduk Sungai Asap. Mereka mebuar-baurkan cerita kepada dunia bahawa penduduk Sungai Asap sudah hidup menderita, merana, kebuluran, bertambah penyakit sehingga di tuduh menjadi pengemis. Benarkah perkara ini berlaku???

Asapkoyan2u ingin menyingkap sedikit kisah sedekat kehidupan Penduduk Asap di Penempatan semula Sungai Asap. Sehingga hari ini belum pernah kita melihat pengemis di Asap seperti yang dituduh oleh mereka ini. Malah di sungai asap penduduknya bersyukur menikmati kemudahan yang tersediada dan serba-serbi lengkap berbanding kehidupan yang perit di kampung lama dahulu.

Melihat dari segi Infrastruktur, asap jauh lebih baik dari kampung lama malah lebih baik dari daerah-daerah terpencil yang ada di Sarawak ini. Kemudahan Sekolahnya, Klinik, Pejabat Daerah, Pertanian, Tenaga Buruh, Mini Pos, Jalanraya yang mengakses ke seluruh negeri, komunikasinya dan hampir semuanya sudah ada. Adakah kemudahan lengkap ini ada di kampung lama dulu??

Pencapaian dalam pendidikan pula, sebelum perpindahan ke Sungai Asap 1998 hanya kurang dari 30 orang pelajar dari SMK Belaga mampu melanjutkan pelajaran mereka setahun. Setelah di Sungai Asap lebih 200 orang pelajar melanjutkan pelajaran mereka setiap tahun. Mengikut statistik sehingga hari ini lebih 2000 graduan dari Belaga dan sudah berjaya dan sudah bekerja.

Dalam bidang Pertanian, hasil pertanian dari sungai asap jauh lebih lumayan dari pendapatan di kampung lama dahulu. Walaupun tanah yang sah diberikan kepada penduduk seluas 3 ekar, pelbagai skim bantuan termasuk benih, baja, ternkan di sediakan kepada penduduk asap. Sejak tahun 2003 lembaga lada Bintulu melaporkan bahawa hasil lada dari asap adalah tertinggi. Selain memiliki 3 ekar penduduk asap juga menjalankan penanaman padi huma di tanah state land di sekitar asap seperti yang diamalkan di kampung lama.

Ringkasnya tuduhan meluluh yang di lontarkan kepada penduduk Asap selama ini seolah satu penghinaan dan semuanya tidak benar. Memang adakalanya kita tidak mendapat semua yang sempurna dan harus kita sedar kita sudah jauh lebih baik dari kawasan lain. Namun asapkoyan2u tidak terkejut kerana tuduhan ini dibuat oleh orang luar yang cemburu dan mereka bukannya diam di Sungai Asap. Pembangunan di Sg. Asap bukan setakat hari ini sahaja, rancangan dan penambahbaikan terus di rancang dan di laksanakan dari masa-kesemasa oleh kerajaan.

3 ulasan:

  1. Nampaknya Asapkoyan2u adalah blogger BN yang asyik mempertahankan tindakan BN tanpa prihatin terhadap hak rakayat. BN telah lama menyalahgunakan kuasa di Sarawak. Ahli politik yang tamak dan angkuh telah menyalahgunakan kuasa untuk merampas tanah and hak rakyat. Tanah yang dirampas pula diberikan kepada saudara-mara, kroni atau dijual dengan keuntungan berjuta ringgit. Mengapa rakyat Sarawak yang miskin perlu ke mahkamah (“mengemis”) untuk mendapat hak mereka dan mendapatkan balik tanah mereka yang dirampas oleh kerajaan. Bukankah itu tanggungjawab kerajaan untuk melindungi rakyat.

    Manakala di Asap, mengapakah hanya mahu mentarkan jalan sebelum pilihanraya. Adakah ini gula-gula manis untuk memancing undi. Peruntukan yang digunakan adalah wang rakyat dan bukannya wang ahli politik. Mengapakan rakyat Sarawak perlu “mengemis” untuk air bersih, bekalan electrik, tanah (itu pun dirampas) dan jalan yang baik. Sekiranya tiada perubahan dalam pemimpin politik, dalam beberapa tahun lagi rakyat Sarawak akan terpaksa “mengemis” dari ahli politik yang korup (dan kaya dengan duit rompakan rakyat) untuk segala-segalanya. Demokrasi akan hilang – mereka telahpun menjadikan pembangunan sebagai tebusan untuk orang mengundi. Tidakkah duit yang digunakan itu duit rakyat.

    Penduduk Asap telah mengorbankan tanah adat untuk 3 ekar tanah yang “disedekahkan" oleh kerajaan Sarawak tetapi mengapakah sehingga kini tiada hak milik untuk penduduk. Mengapa susah untuk memberi hak milik bila saudara dan kroni ahli politik BN boleh dapat beratus ribu hektar tanah dengan harga durian runtuh. Adakah maknanya penduduk Asap-Koyan adalah penghuni setinggan di tanah kerajaan.
    Saya harap Asapkoyan2u akan melawat rumah Ukit dan Penan dan melihat mereka tidak mampu bayar bil elektrik mereka dan bukan hanya melihat kemakmuran keluarga sendiri.

    Bukan sahaja di Asap, saya harap Asapkoyan2u akan keluar dari tempurung untuk seketika dan melihat kesengsaraan orang yang tanah mereka dirampas yang terpaksa mempertahankan tanah mereka dari polis dengan kekuatan mereka sendiri. Mengapa kerajaan ini membuat kita “megemis” untuk mendapat hak sebagai seorang warganegara. Adakah maknanya, jika seorang itu miskin, dia boleh ditindas. Adakah Asapkoyan2u pernah bertindak untuk memelihara hak rakyat miskin. Dengarlah pepatah ini “Siapa menutup telinganya bagi jeritan orang lemah/miskin, tidak akan menerima jawaban, kalau ia sendiri berseru-seru” Amsal 21:13.

    Sekiranya, tiada perubahan, tindakan kerajaan ini untuk menjadikan rakyat Sarawak “mengemis” untuk pembangunan asas akan digunakan sebagai strategi pilihanraya untuk terus memerintah dan merompak Negeri Sarawak akan berjaya. Inilah masa untuk berubah. Kalau saya terus mengundi BN maknaya saya menyokong sekumpulan pencuri termasuk Taib, Masing, dll. Saya berharap dan berdoa seorang yang takut kepada Tuhan dan berintegriti akan menjadi Ketua Menteri Sarawak.
    "Terpujilah nama Allah dari selama-lamanya sampai selama-lamanya, sebab dari pada Dialah hikmat dan kekuatan! Dia mengubah saat dan waktu, Dia memecat raja dan mengangkat raja, Dia memberi hikmat kepada orang bijaksana dan pengetahuan kepada orang yang berpengertian; Dialah yang menyingkapkan hal-hal yang tidak terduga dan yang tersembunyi, Dia tahu apa yang ada di dalam gelap, dan terang ada pada-Nya. Danial 2:20-22

    BalasPadam
  2. Bua anda sudah terpesong dan taksub dengan kata manis pembangkang. Kamu cuba menggunakan ayat-ayat dalam alkitab...jangan jadi nabi palsu...bahaya. TUHAN tidak mengajar kita saling nak menjatuhkan antara satu dengan yang lain. Kita harus berdoa utk pemimpin Tuhan akan tunjukan jalannya.

    Kamu sudah menuduh dan memfitnah serta hakimi orang mencuri, merompak merogol dan sebagainya. huhu...tidak kah itu keterlaluan sebagai seorang hamba Tuhan???

    TUHAN ada rencana baik utk kita. Jangan kamu kuatir. Di Asap jauh lebih bagus dari tempat lain. Jangan hina kami orang asap. tq

    BalasPadam
  3. Bua, tindakan anda menuduh & memfitnah tanpa asas yg kukuh satu kesalahan dari segi undang2 dan juga dari segi ajaran agama. Anda menggunakan ayat2 alkitab, tetapi dari luahan hati anda, tidak menggambarkan yg anda seorang yg berpegang kepada ajaran alkitab. Apakah yang telah dilakukan oleh pembangkang untuk orang Asap??? Apa yang ada dan apa yang akan ada selepas ini semuanya atas usaha Yang Berhormat kita. Bua perlu bersyukur dan berterima kasih, sepertimana yang di ajar oleh firman Tuhan.

    BalasPadam

ulasan anda

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...