Ke Asapkoyan2u

07 Februari 2011

RAKYAT BELAGA TAK KELIRU

Ada cakap-cakap yang cuba hendak memutar belitkan pemikiran rakyat Belaga. Mereka cuba hendak menjatuhkan wakil rakyat belaga yang ada. Tetapi ternyata mereka tiada modal dan kehabisan sengat untuk terus berbicara buruk mengenai wakil rakyat Belaga. Ini adalah kerana wakil rakyat Belaga YBLL adalah seorang wakli rakyat yang benar-benar komited serta prihatin terdahap segala isu permasalahan di Belaga.

Dalam sepenggal YBLL menjadi wakil rakyat belaga, hampir kesemua isu berbangkit dan tertunggak di Belaga dapat diselesaikan. Justeru pembangkang seolah-olah cacing kepanasan cuba mencari apajua isu yang dapat menutup kebaikan YBLL. Namun YBLL terus seperti lut pada tomahan-tomahan tersebut kerana beliau terus melakukan kerja dengan ikhlas.

Oleh yang demikian, kini mereka menjual nama bos-bosnya untuk menjatuhkan beliau. Ianya seperti "Kerana marahkan nyamuk, kelabu di Bakar" malah rumah sekali mau dibakar. Mereka memfitnah dan menuduh bahawa wakil rakyat ini takut akan bosnya. Mereka sengaja nak memainkan isu ini kerana melihat daya kepimpinan YBLL setakat ini tidak muncul calon mereka seperti YBLL. Mereka mahu supaya siapa saja wakil mereka tidak kira ayam pondan sekalipun sanggup disokong.

Bagi asapkoyan2u, sikap seperti ini amatlah mementingkan diri sendiri. sampai bila Belaga hendak maju jika rakyat belaga menanam sifat seperti ini. Pemimpin yang benar2 bekerja dan sangat ternyata prihatin ini sanggup mau dijatuhkan. Pemimpin seperti mana lagi yang mereka mahukan?

Tomahan mereka "Takut Bos" ternyata tidak wujud apabila terbukti YBLL bersuara lantang di DUN untuk rakyat Belaga. Kejayaan membawa PM ke DUN N57 Belaga pada 15 Januari 2011 juga melihat bahawa usaha dan kerja adalah bergantung dengan inisiatif wakil rakyat tersebut dan bukan tergantung dengan bos seperti yang diamalkan mereka yang membuat tomahan tersebut.

Asapkoyan2u menasihatkan supaya kita sebagai rakyat belaga tidak keliru lagi dengan tomahan kosong ini. Sekiranya mereka marah dengan Bos atau individu tertentu, senang saja, lawanlah dia bermati-matian di kawasannya. Tunjuk apa yang mereka boleh lakukan. Tapi jangan nyesal hilang wang deposit. Bagi Belaga teruskan momentum kepimpinan yang telus dan berjiwa rakyat dan bukan setakat omongan dan angan kosong.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ulasan anda

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...