Ke Asapkoyan2u

07 Februari 2011

Wakil Rakyat BN Sarawak Bertemu Najib


Sumber: Borneopost

Hari ini 07 Februari 2011, Pertemuan Perdana Menteri dengan wakil-wakil rakyat BN di Miri Sarawak sempena lawatannya ke Sambutan Tahun Baru Cina mungkin satu petanda besar bahawa pilihan raya negeri tidak lama lagi.

Namun menurut Perdana Menteri ianya satu pertemuan yang biasa dilakukan untuk mempastikan wakil-wakil rakyat BN tidak duduk bersilang kali. Beliau ingin seorang wakil rakyat yang benar2 komited dengan kerjayanya sebagai seorang wakil rakyat yang ikhlas untuk membantu rakyat khasnya dikawasannya.

Hasil dari beberapa pertemuan ini juga beliau menyatakan ada diantara wakil rakyat yang mengumumkan hasrat untuk mengundur diri bagi memberi laluan kepada generasi muda. Namun beliau tidak mahu menyatakan siapa wakil rakyat tersebut.

Bagi asapkoyan2u, wakil rakyat BN harus mengambil peluang ini untuk menyatakan pencapaian dan masalah yang sedang berlaku di kawasan mereka. Rakyat Sarawak amnya rakyat Belaga juga harus sudah faham dan bersedia untuk turun mengundi dalam sedikit masa lagi.

Kita patut sudah membuat penilaian terhadap wakil rakyat kita yang ada sekarang. Apakah mereka sudah melaksanakan tanggungjawab mereka dengan penuh usaha dan komited selama peluang diberikan sebelum ini? Siapa yang benar melakukan kerja membantu selesaikan isu-isu berbangkit di Belaga?? Anda sudah ada jawapannya. Kepada Wakil Rakyat Belaga, teruskan kerja keras dengan bersungguh-sungguh. Pasti Rakyat akan terus menyokong kepimpinan yang ikhlas.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ulasan anda

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...