Ke Asapkoyan2u

20 April 2013

DATUK BILLY ABIT TURUT MENGIRING UGAK KE PENAMAAN CALON HARI INI!!

Tan Sri James, Wilson, Billy, Liwan
HULU REJANG- JUMAAT,  Bandar kecil Kapit telah awal dikerumuni oleh rakyat Hulu Rejang dari segenap kampung untuk menyaksikan Proses penamaan Calon Parti masing-masing pada hari ini.

Jelas kelihatan barisan pemimpin-pemimpin Barisan Nasional daripada Parti Rakyat Sarawak Hulu Rejang termasuk Presiden Parti Tan Sri James Jemut Masing dan YB Liwan Lagang.

Apa yang sangat dibanggakan adalah bila melihat Penyandang Parlimen Hulu Rejang Datuk Billy Abit Joo sendiri bersama ketua-ketua masyarakat lain turut memberi sokongan kepada calon Hulu Rejang Encik Wilson Ugak.

Ini menunjukkan betapa profesionalnya pemimpin Barisan Nasional dan sentiasa bersatu padu demi melihat perubahan dan pembangunan di Hulu rejang.

Persepi dikalangan rakyat dan cuba diapi-apikan oleh pihak musuh sebelum ini ternyata meleset. Selama ini Datuk Billy telah bekerja keras dalam tugasnya demi rakyat dan kini akan terus membantu calon baru agar kemajuan tidak terhenti di Hulu Rejang.

Perubahan di Hulu Rejang dalam 4 tahun lalu menyaksikan pembangunan yang sangat argresif hasil daripada pimpinan yang prihatin oleh Perdana Menteri Malaysia.

Rakyat HR dinasihati agar jangan sekali terbujuk lalu dengan bahasa sekadar janji yang dilaungkan oleh Pakatan. Manifesto Bukan Janji Mereka amat jelas tidak akan mereka dapat gapai.

Mari kita sama-sama terus berganding untuk menyokong Parti Rakyat Sarawak dan Barisan Nasional!! UNDILAH BN!!

4 ulasan:

  1. Tahniah..calon P216 hulu Rajang...kami pemuda2 BN akan terus menyokong parti demi masa depan semua pihak...

    BalasPadam
  2. Sah bahawa Ugak Kumbong bertanding di parlimen Hulu Rejang dibawah bendera BN.Sah bahawa bekas ahli parlimen HR iaitu Billy Abit telah menyatakan sokongannya terhadap pencalonan partinya.Sikap Billy Abit amat terpuji.Maafkan kami yg mungkin menguris hati Billy selama ini.

    Ugak Kumbong membawa harapan baru kpd perjuangan PRS/BN di HR.Dari pemerhatian saya beliau jujur nak membawa pembangunan n kemajuan di kwsan sebesar Pahang tu.Tetapi segala impian n agenda murni beliau tak akan tercapai sekiranya pengundi2 Belaga n Balleh sendiri memilih utk tidak bersama BN.

    Pemilih2 di Belaga n Balleh perlu bijak memilih wakil mereka.

    Undi anda penting.Tersalah undi membawa padah kpd rakyat Hulu Rejang.Memilih Ugak bererti memilih wakil kerajaan BN yg telah terjamin n terbukti membawa kemajuan selama 50/55 tahun.Parti2 pembangkang SWP n PKR tidak ada track record di HR...bersambung

    BalasPadam
  3. ..sambung

    SWP tak ada agenda pembangunan utk Belaga n Balleh.Lihat saja apa yg terjadi di kawasan DUN Pelagus sejak dimenangi ADUNnya George Lagong (pemimpin tertinggi SWP,bukan calang2 jawatannya).Tak ada bukti nyata SWP boleh memberi pembangunan di DUN pelagus.Contohnya,pekan Kapit.Semua kemajuan infrastruktur,spt jln2 berturap tar ke Sg Yong,adalah hasil komitmen Dtk Alexander (PBB/BN) selama ini.Bukan dibawa George Lagong.Nak bawa kemajuan di Hulu Rejang?Beliau hanya bermimpi.Tanpa sokongan padu kerajaan negeri n persekutuan mustahil SWP dpt menunaikan janji nak majukan Belaga n Balleh.Ingat HR luasnya sebesar Pahang;Pelagus hanya sebesar Melaka?

    Jangan termakan janji SWP.Jangan juga termakan dgn dakyah n janji kosong PKR.Abun dgn labu2nya.Setakat bercakap dgn hujah atas angin semua org boleh buat.Soalannya: Bolehkah direalisasikan tanpa ada kerajaan yg berkesan spt BN pimpinan DS Najib?

    Pelan Transformasi yg dibawa DS Najib dah terbukti berjaya.It's proven.Buka mata,lihatlah kemajuan n perubahan di sekeliling kita.Adakah jalanraya boleh ujud begitu saja?BR1M - dituduh bantuan merasuah rakyat oleh Pakatan - sangat2 dihargai rakyat berpendatan rendah.Seorg peguam spt Abun tak dpt menghargainya kerana dia mampu hidup tanpa bantuan kerajaan.

    Jgn disebabkan mengejar cita2 menjadi YB,George n Abun tidak melihat di keliling mereka adalah manifestasi keikhlasan BN.(tb cont..)

    BalasPadam
  4. Dengar berita bahawa pembinaan sebatang jambatan menghubungi seberang Sg Mujong ke tanah sebelah Kapit telah diluluskan kerajaan BN pusat.

    Pembinaan jambatan tersebut akan menelan belanja kira2 RM64 juta,dan akan dibina tak lama lagi.Moga pembinaannya kelak dapat membantu menjana ekonomi tempatan.Mudah2an jambatan tersebut dimenafaatkan dgn optima oleh rakyat tempat.

    Terima kasih BN.

    BalasPadam

ulasan anda

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...