KUCHING: Tindakan masyarakat Penan yang terlibat dengan sekatan di
Empangan Murum dipercayai disebabkan mereka terpedaya dengan hasutan
pihak tertentu, kata Menteri Perancangan Sumber dan Alam Sekitar Kedua
Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.
Jejaka Penan Murum |
Beliau berkata, tiada alasan
kukuh untuk masyarakat Penan membantah projek tersebut kerana kerajaan
sudah menyediakan penempatan kepada penduduk terjejas.
“Mereka mendakwa tidak dibawa berunding mengenai tapak penempatan, ini sebenarnya tidak betul.
“Kita
ada berjumpa mereka dan mengadakan dialog dengan mereka. Kita memilik
tapak berdasarkan kehendak mereka,” katanya kepada pemberita di sini
semalam.
Awang Tengah yang juga Menteri Kemudahan Awam dan Menteri
Pembangunan Perindustrian menjelaskan, pihak berkuasa mengadakan banyak
dialog bersama masyarakat Penan sebelum meluluskan tapak penempatan.
“Untuk mengatakan mereka tidak dibawa berunding adalah tidak benar,” ujarnya.
Menurutnya, kadangkala masyarakat dipergunakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tempatan atau antarabangsa.
“Projek Empangan Murum sudah diumumkan beberapa tahun lepas dan kenapa sekarang baharu mereka hendak menyekat?
“Ini jelas menunjukkan mereka dipergunakan NGO yang tidak bertanggungjawab,” jelasnya. -UTUSAN BORNEO.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
ulasan anda