Ke Asapkoyan2u

Memaparkan catatan dengan label Belaga. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Belaga. Papar semua catatan

28 Februari 2013

DALAM BANYAK2 JANJI MANIS #MANIFESTOBUKANJANJI TIADA SATU MANISNYA BAGI PENDUDUK HULU REJANG!!!

Abun Bersama Rafizi- Foto Paul Bian
 Konvensyen Kali-4  25 Februari lalu masih lagi hangat di bualkan. Manifesto yang seolah meniru atau boleh dikata ditokok tambah daripada Manifesto yang ternyata realistik oleh Kerajaan BN sebelumnya. 

Manifesto PR- Foto Abun Sui
Namun tokok tambah sup Manifesto ini memang tepat digelar #MANIFESTOBUKANJANJI kerana sangat jelas rekod Pakatan Rakyat yang tidak dapat menunaikan biar sekalipun janji-janji mereka yang terdahulu.

Ketika membentangkan Manifesto ini.Anwar telah mengarahkan Rafizi Ramli untuk menyampaikannya. Jelas Anwar tidak yakin dengan diri sendiri dan takut akan dibayangi soalan-soalan berkaitan Janji-janji BULAK Pakatan di negeri-negeri pimpinan mereka sekarang.

Bagi Penduduk Sabah & Sarawak pula, Manifesto ini sekedar Manifesto diatas kertas dan sangat UMUM dan boleh dilakarkan oleh semua orang yang bukan pakar ekonomi dan pakar polisi sekalipun.

Seorang Wakil dari Penduduk Hulu Rejang juga meluahkan rasa kekecewaan beliau terhadap manifesto Pakatan ini.

Beliau sebelum ini sangat aktif bersama-sama Calon PKR Hulu Rejang untuk berkempen sebelum ini mengambil keputusan untuk tidak menyertai pasukan itu lagi.

"Saya berasa amat kecewa dengan Manifesto ini kerana saya lihat tiada yang lebih baik untuk kita di Hulu Rejang. Manifesto ini lebih kepada MALAYA seperti kepada penduduk FELDA dan sebagainya." Anyie (Bukan Nama Sebenar)

Beliau menambah." Dari mulanya saya kecewa pada Pilihan Raya Negeri Sarawak yang lepas, Kami dalam pakatan telah sebulat suara untuk mencalonkan wakil kami, Namu bila Ketua PKR Negeri menunjukkan Calon lain intuk bertanding...kami rasa kecewa. Sepertinya tiada DEMOKRASI dalam Parti ini. Dimanakah KEADILAN???".

Satu Perkara yang nampak BODOH dikeluarkan/dikempen oleh PKR Hulu Rejang adalah. JIKA Pakatan Menang, mereka akan menghentikan Operasi Empangan Bakun.

Hentikan Operasi Bakun kalau boleh runtuhkan sekali, Demi mengembalikan Tanah Asal yang sudah diteggelami Air. Inilah perancangan pembangunan yang akan dibawah oleh Pakatan Rakyat???

Kalau beginilah caranya, PAKATAN SENDIRILAH AKAN TENGGELAM DI TASIK BAKUN. BOLEH DIKATAKAN PEMBANGUNAN KE BELAKANG!!!!

FIkirlah cara untuk lebih maju dan membangun Hulu rejang dan penduduknya, bukan membawa mereka hidup ke zaman batu lagi.........

25 Januari 2013

PRU-13: TOLAK PARTI LUAR KE SARAWAK!!!

Rakyat Sarawak diingat agar sentiasa berwaspada dengan janji-janji kosong yang cuba ditaburkan oleh Parti-Parti luar dari Bumi Kenyalang yang tengah meliur untuk menguasai Sarawak ini.

Sarawak untuk Sarawak!!! Kita sendiri mampu untuk mentadbir negeri ini dengan acuan kita sendiri, buat apa nak serahkan kuasa itu kepada Parti Politik Luar.

Jika dilihat, pelbagai muslihat sedang di catur oleh kuasa-kuasa luar untuk mendakapi Negeri Sarawak. Namun kecekapan dan kepintaran serta kesatuan rakyat anak Sarawak masih lagi mampu mengatasi segalanya.

Pada PRU-13, taktik utama Parti Luar adalah JANJI kepada pihak tertentu disarawak untuk berkuasa!!

Senang cerita, JIKA PAKATAN MENANG DI SARAWAK BARU BIAN AKAN MENJADI KETUA MENTERI ORANG ULU PERTAMA!!!???

Dengan janji ini maka Orang Ulu dan Orang Dayak cuba bekerja keras untuk mendapatkan cita-cita itu tanpa memikirkan kesan jangka panjangnya kepada Negeri ini. 

Sebaliknya kita harus sedar, dengan MENANGnya PAKATAN DI SARAWAK, Makan pemerintahan semuanya akan balik ke Malaya kerana semua Parti ini berpangkalan di Malaya. Maka tiada lagi Parti Politik tempatan yang ditubuhkan oleh anak jati Bumi Kenyalang seperti hari ini.

Jika Pakatan Rakyat benar Ikhlas dalam perkongsian Kuasa Politik, mereka sepatunya mempunyai Parti Politik Sarawak yang di pimpin oleh anak Sarawak sendiri.

INGAT!!! Jangan gadaikan Negeri ini kepada Politik Luar!!! Sokonglah Parti-Parti yang ada disarawak Samada anda penyokong Kerajaan dan Pembankang.
 
Janga kerana nak gilaka Kuasa dan Harta, Bangsa tergadai!!!

Ingat!!   JANGAN HENDAK MEMELUK GUNUNG JIKA TANGAN TAK SAMPAI, JANGAN CUBA LAUT DALAM JIKA KAIL PANJANG SEJENGKAL!!!

22 Januari 2013

MISTERI!!! JEJAKA BHUKET YANG TERJATUH KE TASIK BAKUN TIDAK DITEMUI!!!

Tasik Bakun
TASIK BAKUN- Gempar dan mistik, itulah yang boleh dikatakan bila dikenang kehilangan seorang Lelaki kaum Bhuket(Ukit) sehingga hari ini ketika mencari rezeki di tasik Bakun itu.

Tasik Buatan Manusia terbesar di Malaysia yang sama luasnya dengan tanah Singapura itu menjadi tumpuan penduduk Asal disini untuk mencari rezeki seperti menangkap ikan, menebang balak dan lain-lain.

Namun Tasik Bakun ini menjadi Misteri apabila pada awal bulan disember lepas sepasang suami isteri dari kampung Uma Ukit Sungai Asap dipercayai pergi memancing di tasik tersebut. Menurut sumber, Insiden berlaku apabila si isteri yang memandu bot yang berkuasa kuda 15 itu tiba-tiba terpulas lengan enjin sangkutnya.

Dalam keadaan yang tidak bersedia lalu keduanya terjatuh ke dalam air tasik. Perahu yang masih lagi dengan enjin yang hidup itu berjalan dan berpusing-pusing tanpa pemandunya,

Dengan keadaan yang panik Si Suami tai cuba untuk mengejar perahu tersebut. Manakala Si Isteri berenang ke tepi tasik untuk menyelamatkan diri. Tanpa diduga oleh si isterinya, Si Suami lalu hilang dan tenggelam. Nasib baik tidak lama pada masa itu ada orang kampung lain melalui kawasan kejadian. Mereka melihat Si Isteri yang separuh bogel ditebingan tasik dan membawa dia ke jelatong( rumah terapung mereka).

Mendengar cerita daripada si isterinya, semua orang kampung dikerah untuk mencari si Lelaki yang telah tenggelam dan hilang itu. Operasi mencari telah pun dijalan siang dan malam selama 2 minggu berturut. Namun Lelaki itu belum ditemui dan diketahui kemana hilangnya dia.

Operasi pencarian terpaksa dihentikan setelah usaha mereka gagal. Semua Orang kampung Ukit tidak dapat membongkar MISTERI KEHILANGAN LELAKI itu sehingga hari ini.

Oleh itu, berhati-hatilah ketika bersiar atau mencari rezeki ditasik ini. Kepada keluarga mangsa bersabarlah dalam menghadapi dugaan ini.

21 Januari 2013

APAPUN KAEDAH: RAKYAT BELAGA, HULU REJANG NAK PERTIMBANGAN!


 HULU REJANG: Sepertinya Rakyat Kelantan, Sarawak dan Sabah atau negeri-negeri yang mempunyai sumber minyak gas asli memohon ROYALTI daripada kerajaan yang memerintah, begitula juganya RAKYAT BELAGA, Hulu Rejang ingin memohon Pertimbangan dan jasa bakti budi Kerajaan untuk pertimbangan permohonan ini.

Permohonan-permohonan rakyat Belaga yang telah menerima kesan langsung daripada pembinaan Projek Empangan Bakun sebelum ini memang selalu diperhatikan oleh Kerajaan Pimpinan BARISAN NASIONAL.

Antara isu-isu yang sudah diperhatikan; Isu Pampasan tanaman, tanah, rumah, pemali kubur sudah nampaknya selesai. Manakala Penambahan Dana kepada Tabung Amanah Bakun, Langsai Hutang Bil Air Penduduk Asap Koyan, Jalan tar kawasan rumah panjang, jalan ke lot-lot kebun juga selesai.

Menjelang PRU13 ini, ramailah parti-parti politik yang cuba memberi janji atau manifesto mereka kepada rakyat di Hulu Rejang. Sudah jelas kelihatan Hulu Rejang pada masa ini dan akan datang akan menjadi lubuk penjana ekonomi negeri dan negara.

Empangan Bakun yang berkapasiti 2400MW sudah cukup untuk menjana keuntungan jangka panjang. Namun adakah kenuntungan ini juga menjamin pembangunan berterusan kepada rakyat yang berkorban. Pembangunan yang lebih terjamin dan menyeluruh perlu dirangka dan dijelaskan kepada Rakyat Hulu Rejang.

Hari ini ramai yang masih persoalkan peluang penduduk tempatan dalam Projek Mega ini. Samada Peluang Pekerjaan mahupun ekonomi.

Oleh itu, Rakyat Belaga Hulu Rejang ingin memohon 1-10% Royalti daripada RM150Juta/setahun daripada pendatapan yang diperolehi daripada AIR yang dibayar kepada kerajaan Negeri oleh Kerajaan PERSEKUTUAN.

Ini belum lagi memohon Royalti daripada janakuasa yang dihasilkan oleh Empangan Bakun!!!

Royalti tersebut adalah untuk disalurkan kepada pembangunan Pendidikan Anak Belaga, Ekonomi, Rohani Jati Diri dan lain-lain yang berfaedah serta terjamin kepada Anak Belaga.

Banyak lagi sumber pendapatan kerajaan pada masa akan datang, antaranya; Empangan Murum (80% Siap), Empangan Belepeh, Empangan Linau.... Biarlah pembangunan yang dirancang ini juga memberi hasil dan menfaat kepada Rakyat tempatan.

Salam Perjuangan!!!!!


18 Januari 2013

RAKYAT PATUT TAHU: JENAYAH SEMAKIN MENINGKAT BILA LAWYER BURUK MASUK POLITIK??!!



TERKEJUT SUNGGUH!!! Bila satu kenyataan dikeluarkan bahawa antara punca atau faktor peningkatan berlakunya jenayah di Sarawak adalah disebabkan ramai lawyer atau peguam-peguam menjadikan politik menjadi punca periuk nasi mereka.

Semenjak lawyer-lawyer buruk ini bergiat aktif dalam Politik Negeri ini, pelbagai jenayah seperti demostrasi jalanan, rusuhan, serangan pergaduhan, fitnah, provokasi dan macam-macam lagi terjadi??

Bagaimana Lawyer2 buruk ini menjadikan POLITIK sebagai PERIUK NASI atau LUBANG DUIT Masuk????

1. MENGHASUT- apabila mereka menyertai politik yang menentang kerajaan, mereka bergerak kesana-kesini untuk menghasut atau menabur pelbagai fitnah bahawa kerajaan sangat kejam dan rakyat perlu menentang. 

Bila mereka mampu mengelirukan dan meloyar buruk rakyat maka berlakula kes seperti demostarsi haram atau meroskan harta benda awam.

2. MEMPROVOKASI- Loyar2 ini seringkali membuat provokasi agar berlakunya masalah antar rakyat dan kerajaan. Dengan cara ini maka mereka berpeluang untuk mengambil kes tersebut untuk dibawah ke MAHKAMAH...nah disinilah duit masuk ke kocek mereka!!!

3. MENIPU-  Secara halus mereka ini sangat pintar untuk membuat penipuan. Mereka menipu rakyat dan NGO Asing yang menajaa pergerakan mereka di Malaysia.  Bagaimana mereka menipu!!!!??? Nahhh...kita harus tahu bagaimana mereka mendapatkan sumber dana yang banyak untuk bergerak kesana-sini.

Dengan menyatakan bahawa mereka adalah AKTIVIS MASYARAKAT, AKTIVIS HUTAN, BINATANG, ALAM SEKITAR dan sebagainya......mereka membuat dan menghantar laporan kepada NGO ASING yang menyatakan bukti mereka menyelamatkan alam sekitar. INI jelas terlihat disetiap sepanduk-sepanduk setiap kali berdemo. Contohnya:- "SAVE RIVER", "SELAMATKAN HUTAN", HENTIKAN LYNAS", BERSIH 1.0-3.0" dan lain2..Cuba anda sendiri lihat semula sepanduk2 mereka!!!

Secara halusnya mereka menipu untuk mendapat duit rakyat dan dana Asing. Jika laporan mereka memperjuangkan POLITIK PAKATAN!!! Sah!!....DANA asing tak masuk!!

Setiap KES adalah duit bagi mereka!!! Sebenarnya perjuang Politik  atau perjuang untuk rakyat tidak ADA dan TIDAK JELAS sama sekali.

AK2u nak berikan satu contoh yang senang bagaimana Si Loyar2 buruk hendak cari duit untuk poket sendiri dan ambil duit rakyat!!!

MENGUTIP WANG PROSES BAGI KES MENUNTUT BALIK PAMPASAN ATAU MENUNTUT FAEDAH PAMPASAN HARGA RUMAH DI SUNGAI ASAP, BELAGA.!!!!

Dengan jelas dan terangan ini adalah taktik untuk mengambil duit rakyat!!!! Jika si Loyar2 ini benar2 Ikhlas dan jujur untuk menolong rakyat, kenapa pula nak kutip dulu WANG KOCEK!!! Proses??

Sebelum ini Rakyat Belaga dan Wakil Rakyat Belaga YB Liwan Lagang telah menuntut dengan kerajaan untuk memberi Rumah Percuma dan menuntut agar Pampasan Rumah Di Balui di kembalikan tanpa mengutip satu sen atau membawa kes ini ke Makahmah pun!!!! Maka Rakyat berjaya mendapatkan tuntutan tersebut.

Banyak lagi pendedahan selepas ini akan dinyatakan KENAPA SI LOYAR2 ini beriya iya nak masuk POLITIK!!! 

Hmmmm...Logik juga kan...kalau nak TUNGGU KES LIWAT/ROGOL serta sivil yang lain...mungkin lambat duit masuk!!! FIKIR-FIKIRANLAH!!!

INGAT!!!!! UNDI PAKATAN RAKYAT= MEMBUKA PELUANG KEPADA ORANG LUAR MENGUASAI SARAWAK!!!


17 Januari 2013

SARAWAK HIDRO: KUASA LUAR DI HULU REJANG!!???



EMPANGAN BAKUN- kepada pihak SARAWAK HIDRO, AK2u ingin menyampaikan pesanan penduduk yang telah berkorban selama ini untuk membenarkan mega Projek Malaysia ini di bina di kawasan sungai Balui ini.

Setelah Sarawak Hidro Mengambil Alih Projek daripada Kontraktornya Malaysia-China Joint Venture (MCH) tahun 2010. Banyak perkara kemasyarakatan di sekitar Penempatan Penduduk Empangan Bakun tidak diteruskan oleh Sarawak Hidro.

Perkara yang ketara sekali adalah penajaan Piala Bola Sepak Berprestij, PIALA PUSINGAN MCH-JV.  Pada setiap tahun selepas ketiadaan penajaan dari pihak MCH makan pengajur kini amat sukar untuk mendapatkan penajaan.
Ahli2 Lembaga SH

Satu lagi perkara yang sering kedengaran adalah Peluang Pekerjaan di Sarawak Hidro Bakun. Setelah MCH-JV menyerahkan projek kepada Sarawak Hidro ramai pekerja-pekerja tempatan telah diberhentikan dan sehingga hari ini tiada pekerjaan.

Menurut laporan daripada penduduk tempatan, hanya segelintir sahaja penduduk tempatan Asap Koyan yang bekerja di Sarawak Hidro hari ini. Itupun bekerja sebagai staff sokongan atau kuli-kuli sahaja. Di peringkat eksekutif, pentadbiran atau pengurusan...tiada satu pun batang hidung Orang AsapKoyan.

Inikah sumbangan besar Projek Mega kepada Penduduk Tempatan yang berkorban demi melihat kemajuaan Negara???

Menurut cakap-cakap orang muda, mungkinkah Sarawak Hidro menunggu untuk mereka bangkit menghentikan pusing TURBIN Empangan Bakun??? Jangan sampai keadaan ini berlaku.

Mungkin ini juga satu pengajaran bagi Penduduk tempatan dan Anak Negeri Sarawak. Bila kita leka dan memberi kuasa politik kepada orang luar untuk mengurus negeri ini. Jika dilihat barisan pengurusan Sarawak Hidro, Bolehlah dikataka mereka semua ni ORANG LUAR SARAWAK.

Mungkin itulah mereka tidak begitu memahami kehendak dan keperluan tempatan. Jika merujuk kepada ORDINAN BURUH SARAWAK. Sesebuah syarikat luar yang beroperasi di Sarawak hendak memberi peluang minimum iaitu 30% untuk bekerja di syarikat tersebut. Cuba kita tanya Sarawak Hidro, berapa peratuskah penduduk tempatan Asap Koyan Belaga di dalam Sayarikat itu hari ini???

Oleh yang demikian AK2u sekali lagi menyatakan bahawa ini adalah pesanan RAKYAT BELAGA!! tolong ambil tindakan segera dan perbanyakan kerja-kerja sosial atau CSR di kawasan terkesan.

Rakyat Belaga Percaya tahu bahawa setiap pusingan turbin adalah keuntungan bagi Sarawak Hidro namun tidak setanding pengorbanan rakyat yang membenarkan projek ini berada di sini.

Ingat!!! Undi PAKATAN= MEMBENARKAN KUASA LUAR MENGUASAI SARAWAK

16 Januari 2013

SARAWAK AKAN KEGELAPAN 101 HARI SELEPAS!!!

Empangan Bakun
Hulu Rejang- Semakin kencang angin PRU-13 bertiup. Semua Rakyat Malaysia sudah merasakan hembusan angin itu. Tidak terkecauli Rakyat di Hulu Rejang yang berada di pelusuk Negeri Sarawak dan kepulauan Borneo ini.

Hulu Rejang sudah pasti kali ini menjadi target utama semua parti politik yang ingin memegang kerajaan selepas PRU13 kelak. Kawasan Parlimen Hulu Rejang merupakan kawasan Parlimen yang terbesar di Malaysia iaitu seluas Negeri Pahang.

Apa yang menjadi tarikan di Hulu Rejang ini adalah dengan adanya Projek- Projek Mega Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Negeri Sarawak iaitu Empangan Bakun dan Empangan Murum. selain itu kawasan hutan belantaranya yang luas amat kaya dengan kayu balak dan sumber hutan yang lain.

Namun apa yang ingin AK2u kongsikan kali ini adalah ramalan jikamana PAKATAN RAKYAT akan mengambil alih Parlimen Hulu Rejang. Jika diperhatikan semenjak dua menjak ini, Pakatan Rakyat amat bergerak aktif dikawasan HR ini. Biasalahkan nak dekat Pilihan Raya.

Menarik sekali bila Pakatan Rakyat berhujah di khalayak masyarakat HR dengan manifesto Buku JINGGAnya, RADIO FREEnya dan berjanji akan memberi hak dan kuasa balik kepada Rakyat untuk mendapatkan semua semua HAK mereka ke atas hutan-hutan dan tanah-tanah mereka.

WOW!!! sekali dengar memang hebat sekali Kerajaan Pakatan Rakyat ini. Mereka berjanji akan melaksana dan menunaikan semua manifesto tersebut dalam masa 100 hari selepas menang. Kemanisan janji dan angan Pakatan sperti ini memang logik dilaksanakan jika dalam mimpi dan bukan di dunia realiti.

JIKA melihat kepada Manifesto dan JANJI PAKATAN RAKYAT ini, sudah pasti Negeri Sarawak akan bergelap!!!!! Kenapa Sarawak akan Bergelap????

Mana tidaknya mereka terpaksa meruntuhkan balik Empangan Bakun yang telah menjana kuasa elektrik diseluruh Negeri Sarawak bagi mengembalikan hak tanah, hutan, serta sungai kepada masyarakat di HR. Logik ka tidak??? tapi itulah JANJI PR.

Pada masa ini banyak substesen elektrik di seluruh Sarawak sudah ditutup kerana telah menggunakan kuasa elektrik terus dari empangan bakun. Kalau PR menghentikan Empangan Bakun...SAH Sarawak Blackout!!

Tak Sanggup Kembali Hidup lama
Bagi Penduduk di Sungai Asap yang telah dipindahkan oleh pembinaan projek Empangan Bakun, adakah mereka akan setuju kembali ke Hulu Balui dan hidup semula seperti dahulu kala??

Selain itu, Jika PR menang maka semua tanah akan diberikan kepada rakyat. Yeahhhh!!! bunyinya agak baik dan menarik. Namun jika dipikirkan 2 kali ini merupakan manifesto popular dan pembangunan kebelakang.

Sebagai contoh; Ramai pekebun kecil di Sungai Asap kini bergantung penuh dengan jalan Syarikat ladang dan balak ini untuk ke ladang sawit mereka. Jika Syarikat ini di halau, maka pekebun kecil yang tidak mampu untuk membaiki jalan serta jambatan-jambatan yang terputus. Seperti yang berlaku kepada masyarakat Penan di Peliran sekarang, Bila SAMLING tutup operasinya di kawasan tersebut, kini Penan sangat sukar untuk bergeraka.

Oleh itu, Janji-janji seperti ini sudah pasti telah dinilai oleh pengundi HR yang bijak, Pembangaunan yang sedang dirancangan oleh kerajaan sekarang ini sedang dilaksanakan. Pembangunan juga semestikan realistik dan mengambil kira perbincangan dengan masayarakat setempat.

Akhirnya AK2u berpesan...Undilah dengan bijak dan pilihlah kerajaan yang realistik dan bukan atas emosi dan keghairahan semata-mata. Hidup Hulu Rejang.......


04 Disember 2012

PR CAWAT: ORANG DAYAK TAK AKAN LUPA PAK HADI DI PRU13!!?

 
ORANG SARAWAK KHASNYA DAYAK, JANGAN MUDAH LUPA dengan kata-kata President PAS bila parti pembangkang kalah di pilihanraya kecil Batang Ai tahun 2010. 
Ini kata-kata beliau…. “Semua pilihanraya kecil sebelum ini keputusannya memihak kepada kita. Cuma di Batang Ai sahaja kita kalah sebab mereka ini tidak reti undi, pakai cawat lagi. Saya bukan nak hina tetapi tempat yang pakai molek, undi PAS.”
  
Ini adalah komen dari seseorang yang dikatakan ahli ulamak dan ketua sebuah parti islam di Malaysia. 
Patutkah orang yang dikatakan “beriman” dan ketua sebuah parti membuat kenyataan seperti ini?
 
Memanggil kaum Dayak “pakai cawat lagi” menunjukkan bahawa beliau tidak sensitif dengan kaum-kaum pribumi di Sarawak.  Bukan sahaja dia secara sinis mengatakan bahawa kaum pribumi di Sarawak bodoh dan tidak berakal kerana tidak mengundi parti pembangkang, kenyataan tersebut juga mengena kepada penyokong-penyokong Pakatan Pembangkang sendiri di Sarawak terutama nya parti SNAP dan Parti Keadilan Rakyat yang sebilang besar nya dari kaum yang dimaksudkan President ini.
 
Persepsi seperti ini menunjukkan bahawa beliau atau parti pembangkang lain tidak layak menerajui negeri Sarawak yang merangkumi berbilang kaum yang selama ini hidup dengan aman damai, walaupun berlainan pendapat politik.
 
Kenyataan ini boleh memecahbelah dan menimbulkan sentimen perkauman dikalangan rakyat disini. 
 
Mungkin beliau ingat orang yang “pakai molek” atau pakai seluar dalam sahaja yang pandai memilih wakil.  Jangan lupa satu hari nanti mungkin dia sendiri perlu pakai cawat “pampers” sebab tak boleh kontrol apa yang keluar…
 
Parti PAS dan Parti Pembangkang lain mesti ditolak sebulat-bulatnya agar keharmonian dan kesejahteraan negeri Sarawak dapat dikekalkan.  Semua kaum pribumi Sarawak sama-sama tolak keangkuhan serta penindasan kaum mereka ini.  Mengundi mereka sama seperti menyokong tindakan mereka memperkecil dan menindas kaum-kaum di Sarawak.
 
Bangsa PriBumi Sarawak,  Ayuh bangun… lawan dan hancurkan perjuangan penderhaka bangsa ini.
 
blog semangatmerah

03 Disember 2012

TIADA PEMIMPIN IBAN DALAM PKR SARAWAK!!?? KENAPA!!??



Sebahagian besar masyarakat Iban di Sarawak semakin menolak Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan ini bukan saja baru berlaku malahan ianya sejak dulu lagi kaum Iban sebagai kumpulan terbesar di Bumi Kenyalang telah menolak kehadiran PKR di negeri ini.

Orang Iban lebih berminat kepada parti-parti tempatan sepeti PBB, SUPP, SNAP, PRS, SPDP dan SWP yang sederhana dan tidak melampau seperti PKR. Anda tentu tertanya-tanya kenapa PKR Sarawak tidak diterajui oleh orang Iban yang majoriti sebaliknya diketuai oleh Baruk Bian yang datang dari kaum paling minoriti di Sarawak yang tinggal jauh di sebelah utara negeri ini.

07 November 2012

WANG PAMPASAN MURUM BERTABURAN DI PEKAN ASAP DAN BINTULU!!?

Wang Bertaburan!!!
SUNGAI ASAP- Sepanjang seminggu lepas, pelbagai cerita dan kabar telah di saksikan di Murum dan Pekan Sungai Asap. Setelah Wang pampasan kira-kira RM4.1 Juta di beri kepada penduduk Penan Murum oleh Kerajaan untuk membayar Pampasan kubur suasana di Perkampungan Murum sangat meriah.

Kemeriahan juga turut dirasai oleh penduduk Asap Koyan dan taukey-taukey di Bandar Bintulu. Pihak yang paling mengaut keuntungan adalah pihak kenderaan sewa dari Simpang Aloi. Ada penumpang yang sanggup membayar tambang secara catar untuk pergi ke Pekan Sungai Asap dan Bintulu.

Peniaga-peniaga di Sungai Asap Koyan pula sangat sibuk menjual barangan runcit tanpa henti dan stok-stok baru terpaksa digeledah dan bawa dari luar pekan Asap.

$$$$$$$
Namun berita yang kurang enak didengar...ada pula yang berebut wang pampasan mereka di kalangan keluarga mereka sendiri. Namun suara-suara ini lantang keluar bila mana duduk di kedai kopi dan dapat dikawal.

Keadaan ini mengingatkan kembali kita cerita dan suasana Orang Asap Koyan pada lebih 10 tahun lepas semasa menerima pampasan daripada perpindahan Projek Bakun. Keaadan nya sama meriah dan tidak kurangnya riuh rendah.

Setiap hari ada saja kereta baru atau motorsikal baru yang diangkut dari bandar Bintulu.....Perabot dan barangan runcit di Kedai Bintang Meligai di Jambatan Sungai Koyan kehabisan dalam masa seminggu. Namun kini Kedai tersebut sepertinya sunyi sepi tanpa pembeli.

Apapun kita amat berharap agar Penan Murum telah belajar segalanya dari pengalaman Orang Asap Koyan bagimana untuk mengurus Wang pampasan dengan bijak. Kita berharap agar suasana ceria dan gembira ini agak kekal lama.

Gunalah wang dengan bijak!!!! Salam ceria Penan Murum!!!

31 Oktober 2012

5 HARI LAGI UNTUK PENAN MURUM!?

Lambaian Anak Muda Murum
Hari ini sudah hampir genaplah tempoh yang telah diberikan oleh wakil Penduduk Penan kepada pihak Kerajaan dan pemaju projek Empangan Murum. 

Keadaan kini sudah hampir semakin sejuk dan Penduduk Penan menanti dengan penuh harapan bagi melihat dan mendengar apakah tindakan segera ke atas permintaan mereka selama ini.

Adakah semuanya akan dapat dipenuhi atau memuaskan hati Masyarakat Penan Murum???  Itulah yang kita harap-harapkan. Semoga hasil daripada tindakan mereka menghalang jalan ke projek empangan Murum beberapa minggu yang lepas maka suara dan rintihan mereka didengar dan diambil perhatian.

Menanti Penuh Sabar
Apa yang diperhatikan kini...pihak yang terlibat dalam pelaksanaan projek amat sibuk dan berusaha keras bagi mengejar tempoh masa yang singkat untuk cuba penuhi kehendak Penan Murum.

Perbincangan demi perbincangan dilakukan dengan Penan dan ketua-ketua masyarakat mereka dan Penan Murum masih lagi membuka pintu rundingan yang luas bagi pihak kerajaan untuk terus melihat keperluan penduduk yang terlibat.

Walaubagaimanapun ada juga pihak yang tidak bertanggungjawap cuba terus menghasut Penduduk Penan agar menutup pintu rundingan dan kembali ke jalan untuk terus menghalang Projek Pembinaan Bakun. NGO ini sudah pasti dikenali dari dahulu lagi dan bergiat aktif dalam kerja-kerja begini.

Sebenarnya tidak dinafikan peranan NGO ini namun sikap suka melepaskan "Batuk di tangga" mereka boleh menyebabkan masyarakat akan menjadi mangsa.

Semoga anak-anak muda Penan Murum terus bijak dalam menyampaikan segala keperluan dan permasalahan mereka dan bijak tanpa terpengaruh oleh hasutan yang melampau.

Semoga semuanya berjalan lancar....Good Luck For Penan & Kerajaan!!!

25 Oktober 2012

PAKATAN HARAM BUAT AGM DI LEPONG BALLEH!!!

TR Gawan Tuan, Lepong Balleh

KAPIT: Parti Keadilan Rakyat (PKR) Hulu Rajang has been chided for holding its annual general meeting (AGM) at Rumah Gawan Tuan, Lepong Baleh, without the permission of longhouse leaders.

Tuai Rumah Gawan Tuan said he was surprised the party had held the recent AGM at the longhouse without his knowledge.

“My longhouse is not a political longhouse.
We don’t stop people from coming to our longhouse but if they hold such an important meeting like an AGM, then they should have informed me of their agenda to seek permission from myself or the JKKK (village security and development committee).

“Bear in mind, my longhouse isn’t a political longhouse and none of my people were involved in the meeting,” he said.

Gawan added that Hulu Rajang MP Datuk Billy Abit Joo is still the area’s elected representative.
“We support him because he can deliver projects and look after our interests.

There is no change until the current parliament is dissolved.
We support the government of the day,” he stated.

On Monday, PKR Hulu Rajang chairman Frankie Bedindang Manjah told reporters that the division had held its AGM at the longhouse last Sunday.- BORNEOPOST

23 Oktober 2012

ABIN BIRA MENDALANGI PENAN MURUM BUAT HALANGAN JALAN!!?

Abin Bira Di Tahan Polis
BERI KATA DUA: Bakar (kanan) bercakap dengan aktivitis NGO SCANE, Abin Bira semasa melakukan rondaan di lokasi halangan jalan di Sungai Suping, Murum, Belaga pagi semalam.

Aktivis SCANE bekal makanan kepada kaum Penan Murum adakan halangan jalan 

BELAGA: Ketua Polis Daerah Belaga DSP Bakar Sebau mengesahkan perbuatan seorang aktivitis yang membekal makanan kepada kaum Penan Murum yang mengadakan halangan jalan di hadapan Sungai Suping Murum, Belaga sejak 26 September lepas.

Menurut Bakar perbuatan ter-sebut berjaya dikesan oleh pihak-nya apabila mereka terserempak dengan seorang lelaki dengan pembantunya memunggah bahan makanan kepada sekumpulan lebih kurang 10 orang kaum Penan yang masih berada di lokasi halangan pada jam 9.57 pagi semalam.

“Apabila ditanya untuk mendapatkan butir-butir peribadi dan kad pengenalan, lelaki berkenaan telah mengelak dan berkeras dan tidak mahu membenarkan kad penge-nalannya diperiksa,” katanya.

Katanya, lelaki itu bertegas bahawa tempat pemeriksaan tersebut bukan tempat awam tetapi di hutan.
Bagaimanapun, setelah dijelas-kan dengan peruntukan pengertian undang-undang yang membenarkan pegawai polis memeriksa orang awam di tempat bebas, lelaki berkenaan akur dan menunjukkan kad pengenalannya walaupun sekali sekala menutup bahagian hadapan kad pengenalannya.

Berdasarkan kad pengenalannya kata Bakar, lelaki tersebut dikenali sebagai Abin Bira (640913-13-XXXX) berbangsa Kenyah, ber-alamat di Long Menjawah, Belaga serta merupakan seorang ahli pertubuhan bukan kerajaan (NGO) SCANE.

16 Oktober 2012

Awang Tengah: Menghitung Hari Pertimbangan Penan Murum

KUCHING: Tindakan masyarakat Penan yang terlibat dengan sekatan di Empangan Murum dipercayai disebabkan mereka terpedaya dengan hasutan pihak tertentu, kata Menteri Perancangan Sumber dan Alam Sekitar Kedua Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.

Jejaka Penan Murum

Beliau berkata, tiada alasan kukuh untuk masyarakat Penan membantah projek tersebut kerana kerajaan sudah menyediakan penempatan kepada penduduk terjejas.

“Mereka mendakwa tidak dibawa berunding mengenai tapak penempatan, ini sebenarnya tidak betul.
“Kita ada berjumpa mereka dan mengadakan dialog dengan mereka. Kita memilik tapak berdasarkan kehendak mereka,” katanya kepada pemberita di sini semalam.

Awang Tengah yang juga Menteri Kemudahan Awam dan Menteri Pembangunan Perindustrian menjelaskan, pihak berkuasa mengadakan banyak dialog bersama masyarakat Penan sebelum meluluskan tapak penempatan.

“Untuk mengatakan mereka tidak dibawa berunding adalah tidak benar,” ujarnya.
Menurutnya, kadangkala masyarakat dipergunakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tempatan atau antarabangsa.

“Projek Empangan Murum sudah diumumkan beberapa tahun lepas dan kenapa sekarang baharu mereka hendak menyekat?

“Ini jelas menunjukkan mereka dipergunakan NGO yang tidak bertanggungjawab,” jelasnya. -UTUSAN BORNEO.

10 Oktober 2012

PENAN MURUM MEMBERI KATA DUA KEPADA KETUA MENTERI SARAWAK!!!

Tapak Empangan Murum
Mesyuarat yang telah berlansung di Kuching antara Wakil Kaum Penan Murum yang mengadakan BLOCKADE terhadap pembinaan Empangan Murum dan Wakil Kerajaan Negeri telah pun selesai.

Maka eloklah AK2u menceritakan serba sedikit apa yang telah sempat dicatit semasa berlansungnya mesyuarat tersebut.

Mesyuarat telah dimulakan dengan Doa oleh YB Liwan Lagang ADUN N.57 Belaga, kira-kira dalam jam 230 petang. Kemudian kata-kata aluan oleh Dato Ose Murang (Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri) disusuli kata aluan oleh YB Liwan Lagang. Semua wakil-wakil kerajaan diperkenalkan seorang demi seorang. Semua yang hadir adalah kiranya berpangkat dalam jabatan masing-masing.

Maka tibalah Wakil Penan Murum Puan Isah Abang memperkenalkan wakil-wakil kaum Penan Murum yang hadir seramai 14 orang bersama mereka adalah 2 orang pemanca (En. Tonny Kulleh & En. Umek Jeno).

Seterusnya Encik Labang (Wakil Penan) diminta untuk menjelaskan kepada kerajaan kenapa Penan Murum telah membuat Blockade di Empangan Murum???

Lalu Encik Labang terus kepada kata-katanya dengan menyatakan semua suara Kaum Penan Murum;

"Kami Kaum Penan tidak menghalang Projek Empangan Murum di buat, Empangan Murum boleh dibuat tetapi dengan Syarat!!!"

1. Tuntutan dan hak kami dipenuhi...
2. Kami menuntut RM500 ribu sekeluarga
3. Kami memohon agar pemali kubur dibayar....
4. Banyak Batu-Batu (Batu Tunggun/ Batu Pemit) yang amat bermakna dan bersejarah bagi kami kaum Penan harus dibayar jika tenggelam.
5. Kami mau ada Klinik dan sekolah...
6. Kami mau supaya beri kami kemudahan pertanian seperti ikan dalam sangkar...
Batu Tunggun

Labang dengan emosinya terus melontar kata "Apakah maklumbalas perintah selama 3 tahun yang sudah ini???"

"Kami Penan juga rakyat Malaysia, kami ada maruah dan perasaan. Ada orang sakap kami tidak pandai pakai duit, beri banyak pun tidak guna."

"Dimana keprihatinan kerajaan? Janganlah menyiksa Kaum Penan. Jika PERMINTAAN dan PERMOHANAN kami tidak ditunaikan.....HENTIKAN SAJA DAM!!!!!"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...