Wang Bertaburan!!! |
SUNGAI ASAP- Sepanjang seminggu lepas, pelbagai cerita dan kabar telah di saksikan di Murum dan Pekan Sungai Asap. Setelah Wang pampasan kira-kira RM4.1 Juta di beri kepada penduduk Penan Murum oleh Kerajaan untuk membayar Pampasan kubur suasana di Perkampungan Murum sangat meriah.
Kemeriahan juga turut dirasai oleh penduduk Asap Koyan dan taukey-taukey di Bandar Bintulu. Pihak yang paling mengaut keuntungan adalah pihak kenderaan sewa dari Simpang Aloi. Ada penumpang yang sanggup membayar tambang secara catar untuk pergi ke Pekan Sungai Asap dan Bintulu.
Peniaga-peniaga di Sungai Asap Koyan pula sangat sibuk menjual barangan runcit tanpa henti dan stok-stok baru terpaksa digeledah dan bawa dari luar pekan Asap.
$$$$$$$ |
Namun berita yang kurang enak didengar...ada pula yang berebut wang pampasan mereka di kalangan keluarga mereka sendiri. Namun suara-suara ini lantang keluar bila mana duduk di kedai kopi dan dapat dikawal.
Keadaan ini mengingatkan kembali kita cerita dan suasana Orang Asap Koyan pada lebih 10 tahun lepas semasa menerima pampasan daripada perpindahan Projek Bakun. Keaadan nya sama meriah dan tidak kurangnya riuh rendah.
Setiap hari ada saja kereta baru atau motorsikal baru yang diangkut dari bandar Bintulu.....Perabot dan barangan runcit di Kedai Bintang Meligai di Jambatan Sungai Koyan kehabisan dalam masa seminggu. Namun kini Kedai tersebut sepertinya sunyi sepi tanpa pembeli.
Apapun kita amat berharap agar Penan Murum telah belajar segalanya dari pengalaman Orang Asap Koyan bagimana untuk mengurus Wang pampasan dengan bijak. Kita berharap agar suasana ceria dan gembira ini agak kekal lama.
Gunalah wang dengan bijak!!!! Salam ceria Penan Murum!!!
ok.....klo mreka tak blanjakn duit 2, apakh yg patut mreka lakukn? skiranya ada sesiapa yg mmpu mmbimbing mreka ini dalam brbelanja, sy mnta bntulah mreka dri boros bgini.
BalasPadam