Ke Asapkoyan2u

05 November 2012

EMPANGAN MURUM: HELIKOPTER MEMBAWA RM4.1 JUTA HAMPIR TERHEMPAS DI BATU TUNGUN!!!??

Heli Membawa Wang Penan

 Empangan Murum: Cuaca yang agak kurang baik pada Jumaat yang lepas hampir-hampir membuatkan Wang Pampasan Penan Murum berjumlah kira-kira RM4.1 juta hampir terlanggar Batu Tungun. Mujurlah dengan juruterbang yang berpengalaman maka tiada berlaku apa-apa kecelakaan sepanjang penghantaran wang pampasan Penan Murum.

Pihak kerajaan terpaksa membawa WANG TUNAI atas permintaan masyarakat Penan Murum kerana mereka tidak mahu wang tersebut di masuk ke dalam akaun bank. Dilaporkan bahawa Wang pampasan pada kali ini seperti jumlah di atas telah selamat disampaikan kepada Penan Murum.

$$$$$$
Pampasan ini hanyalah pampasan ke atas kubur-kubur yang telah dan akan tenggelam ataupun yang akan dipindahkan akibat daripada penakungan Empangan Murum. Empangan Murum yang kini 75% siap telah melibat perpindahan lebih 300 keluarga Penan Murum termasuk Kenyah Long Umpa.

Dilaporkan juga pada hujung minggu lepas, pekan asap telah dipenuhi oleh masyarakat Penan Murum untuk membeli belah. Seorang pekerja kedai kopi menyatakan bahawa mereka tidak menang tangan melayan pelanggan pada hari tersebut namun berasa amat gembira dengan rezeki yang melimpah ruah kali ini.

Kita berharap agar wang pampasan ini digunakan dengan penuh bijak dan berjimat cermat oleh rakan kita Penan Murum. Kalau ada buku akaun bank tu..simpanlah sedikit untuk hari mendatang...

Apapun tahniah kepada pihak-pihak yang semakin komited untuk membantu memajukan kaum Penan Belaga!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ulasan anda

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...