Ke Asapkoyan2u

31 Oktober 2012

5 HARI LAGI UNTUK PENAN MURUM!?

Lambaian Anak Muda Murum
Hari ini sudah hampir genaplah tempoh yang telah diberikan oleh wakil Penduduk Penan kepada pihak Kerajaan dan pemaju projek Empangan Murum. 

Keadaan kini sudah hampir semakin sejuk dan Penduduk Penan menanti dengan penuh harapan bagi melihat dan mendengar apakah tindakan segera ke atas permintaan mereka selama ini.

Adakah semuanya akan dapat dipenuhi atau memuaskan hati Masyarakat Penan Murum???  Itulah yang kita harap-harapkan. Semoga hasil daripada tindakan mereka menghalang jalan ke projek empangan Murum beberapa minggu yang lepas maka suara dan rintihan mereka didengar dan diambil perhatian.

Menanti Penuh Sabar
Apa yang diperhatikan kini...pihak yang terlibat dalam pelaksanaan projek amat sibuk dan berusaha keras bagi mengejar tempoh masa yang singkat untuk cuba penuhi kehendak Penan Murum.

Perbincangan demi perbincangan dilakukan dengan Penan dan ketua-ketua masyarakat mereka dan Penan Murum masih lagi membuka pintu rundingan yang luas bagi pihak kerajaan untuk terus melihat keperluan penduduk yang terlibat.

Walaubagaimanapun ada juga pihak yang tidak bertanggungjawap cuba terus menghasut Penduduk Penan agar menutup pintu rundingan dan kembali ke jalan untuk terus menghalang Projek Pembinaan Bakun. NGO ini sudah pasti dikenali dari dahulu lagi dan bergiat aktif dalam kerja-kerja begini.

Sebenarnya tidak dinafikan peranan NGO ini namun sikap suka melepaskan "Batuk di tangga" mereka boleh menyebabkan masyarakat akan menjadi mangsa.

Semoga anak-anak muda Penan Murum terus bijak dalam menyampaikan segala keperluan dan permasalahan mereka dan bijak tanpa terpengaruh oleh hasutan yang melampau.

Semoga semuanya berjalan lancar....Good Luck For Penan & Kerajaan!!!

Tiada ulasan:

Catat Komen

ulasan anda

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...