Ke Asapkoyan2u

16 Januari 2013

SARAWAK UNTUK SARAWAK HULU REJANG UNTUK HULU REJANG!!!

Parti Luar Berebut untuk Masuk Sarawak tanpa peduli Parti Pembangkang tempatan

RAKYAT SARAWAK tidak mungkin sekali membiarkan Negeri ini digadai kepada kuasa lain sebaliknya ini terus melihat pembangunan Negeri ini dipacu oleh Parti Asal Dari Sarawak sendiri. 

Sejak bersama membentuk Negara Bangsa Malaysia lagi, Rakyat Sarawak sendiri tidak pernah memberi ruang kepada orang luar untuk menggagu gugat kempimpinan Negari ini. Sebaliknya bekerjasama erat dengan kerajaan persekutuan dengan kehendak dan selera rakyat negeri ini sendiri.

Negeri Sarawak walaupun dalam Barisan Nasional tidak meminta rakannya UMNO untuk membuka kuasa di Negeri ini kerana anak-anak jati Sarawak masih lagi mampu melakukanya sendiri, maka Parti Kompenen BN seperti UMNO, MCA, dan MCI percaya kepada Rakyat Sarawak.

Jika dibandingkan dengan motif dan strategi PAKATAN RAKYAT pula, tampaknya mereka beriya-iya untuk masuk ke Sarawak ini dengan penuh keghairahan dan gelojoh sekali. PKR, DAP dan PAS masing-masing cuba menyobol kuasanya ke Negeri ini sehingga seringkali bertindih dengan budaya Sarawak.

Contohnya bila PAS nak masuk Lubok Antu, namun tanpa sengan silu menyatakan orang DAYAK masih tinggal atas pokok dan masih BERCAWAT!!!.

PAKATAN RAKYAT (PKR,DAP,PAS) PARTI POLITIK LUAR SARAWAK ini tidak kisah langsung pun dengan kewujudan PARTI Pembankang tempatan yang sedia ada sepertinya SNAP dan lain-lain.

Sekiranya Rakyat Sarawak memberi kuasa kepada parti luar ini untuk memerintah negeri ini, sudah pasti anak-anak jati sarawak akan terpinggir dan hak-hak keistimewaan yang ada sekarang ini akan hilang.  Kenapa kita nak bagi orang lain memerintah kita sedangkan kita mampu mengurusnya sendiri.

Jika benar niat PAKATAN RAKYAT untuk menjaga hak Anak Bumi Kenyalang ini, sudah pasti mereka akan bekerjasama dengan Parti Pembangkangan tempatan atau menubuhkan Parti Pembangkang Tempatan yang dipunyai oleh anak Sarawak sendiri. Namun disinilah Rakyat akan menilai kegelojohan kuasa mereka!!!

INGATLAH ANAK SARAWAK!!!! UNDI PR= MEMBUKA KUASA KEPADA ORANG LUAR SARAWAK MENGUASAI BUMI KENYALANG MILIK KITA INI!!


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ulasan anda

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...