Ke Asapkoyan2u

10 Oktober 2012

TERGEMPAR!!!: PENAN MURUM TUMBUK MUKA PEGAWAI SPU DALAM MESYUARAT DI KUCHING!!!??

Sebelum mengulas selanjutnya, mohon maaf kepada pembaca serta pengikut AK2u kerana tidak sempat membuat liputan secara langsung perkembangan Rundingan Penan Murum dan pihak kerajaan negeri semalam.
YB & Wakil Penan ambil masa berdoa sebelum ke mesyuarat
Walau bagaimanapun, AK2u ada cerita dan sorotan yang mengenai Rundingan ini buat tatapan semua. Jika dilihat pada tajuk terbitan di atas!!!! tajuknya agak ganas....sebenarnya itulah perkataan yang dirasakan tepat untuk menggambarkan situasi dalam mesyuarat yang berlansung selama kira-kira 4 jam pada 8 oktober lepas.
Di Pejabat YB
AK2u amat kagum dengan keberanian dan kelantangan wakil Penan Murum iaitu seorang wanita muda (ISAH ABANG) yang menjadi jurucakap kepada mereka. Walaupun hanya berbekalkan pendidikan SPM, si Isah mampu membuat pegawai-pegawai besar yang hadir rasa terkedu dan kaku seketika.
ISAH & LABANG
Manakala seorang wakil Penan bernama LABANG PANIH juga amat keras dengan pendirian seolah tiada lagi pintu rundingan buat Projek Empangan Murum. Lontaran demi lontaran permintaan dan permasalahan Penan di nyatakan.

Bila mana keadaan mesyuarat semakin panas!!! AK2u sendiri dapat rasakan betapa hangatnya dalam mesyuarat walaupun dengan adanya penghawa dingin. Wakil Kerajaan Negeri Dato Ose Murang cuba menjelaskan beberapa respon dan tindakan yang telah dan sedang dilaksanakan oleh pihak Kerajaan Negeri, namun semua bagai tidak dapat menyejukkan hati wakil-wakil Penan.

Namun apabila YB Liwan Lagang mengambil alih mesyuarat.....keadaan mesyuarat secara drastik berubah!!! kadar suhu mesyuarat jika boleh dilihat...menurun ke tahap yang boleh kita rasa duduk selesa. Kepintaran serta sikap profesional sebagai wakil rakyat dan pemimpin membuat semua yang hadir boleh mengambil sikap untuk terus membuka meja rundingan serta bertoleransi.

Sebagai Wakil Rakyat Penan, YB telah menjelaskan sejelasnya kepada wakil Kerajaan Negeri tentang tujuan blockade yang telah di buat oleh Penan. Segala kekhuatiran serta rasa tidak puashati Kaum Penan amat jelas dicanangkan oleh beliau.

YB Diminta untuk membuka Mesyuarat Bersama wakil kerajaan dengan Doa
Bagi pihak kerajaan Negeri pula, YB Liwan memohon agar masyarakat Penan Murum cuba mendengar dan mengambil sikap toleransi untuk terus membuka pintu rundingan seluas-luasnya bagi melihat apa yang sedang dan akan di laksanakan oleh pihak Kerajaan untuk kebaikan bersama.

Mesyuarat telah berakhir kira-kira jam 0530 petang......Wakil penan telah memberi tempoh selama 2 minggu untuk tindankan segera ke atas permintaan mereka!!!!!
Sorotan mengenai permintaan Penan Murum serta Tindakan Kerajaan Negeri semasa mesyuarat akan dipaparkan pada terbitan seterunya!!!

Tiada ulasan:

Catat Komen

ulasan anda

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...