Ke Asapkoyan2u

08 Oktober 2012

TERKINI!!!: PENAN MURUM TURUN KUCHING HARI INI!!

YB Liwan Lagang Bersama Penan Murum
KUCHING- Kira-kira jam 9.20 pagi ini, wakil-wakil Penan Murum telah selamat mendarat di Lapangan Terbang Kuching. Seperti permintaan mereka pada hari Jumaat lepas di Bintulu, mereka ingin menyampaikan permintaan mereka terus kepada pihak kerajaan di kuching.
YB menyambut ketibaan Penan - KIA.


Sebagai memenuhi permintaan mereka pada hari ini YB Liwan Lagang ADUN Belaga akan berusaha membawa mereka kepada ada pihak atau agensi berkaitan. Oleh itu, mereka telah bersetuju untuk mengakhiri halangan "BLOCKADE" buat sementara waktu di tapak pembinaan projek Empangan Murum.
Wakil-wakil Penan Murum Tiba di KIA.

Penan Murum diwakili oleh 14 orang termasuk Ketua Kampung dijangka akan bermesyuarat dengan pihak berkaitan sepanjang hari ini. Mereka mengharapkan agar segala permintaan mereka di dengar dan di ambil perhatian segera.

Bersama rombongan adalah ketua masyarakat Daerah Belaga, Pegawai Daerah, Pemanca Tony Kulleh, Pemanca Umek Jeno dan DSP Bakar.

Ikuti kisah selanjutnya.......!!!!


Tiada ulasan:

Catat Komen

ulasan anda

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...