Ke Asapkoyan2u

10 Oktober 2012

PENAN MURUM MEMBERI KATA DUA KEPADA KETUA MENTERI SARAWAK!!!

Tapak Empangan Murum
Mesyuarat yang telah berlansung di Kuching antara Wakil Kaum Penan Murum yang mengadakan BLOCKADE terhadap pembinaan Empangan Murum dan Wakil Kerajaan Negeri telah pun selesai.

Maka eloklah AK2u menceritakan serba sedikit apa yang telah sempat dicatit semasa berlansungnya mesyuarat tersebut.

Mesyuarat telah dimulakan dengan Doa oleh YB Liwan Lagang ADUN N.57 Belaga, kira-kira dalam jam 230 petang. Kemudian kata-kata aluan oleh Dato Ose Murang (Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri) disusuli kata aluan oleh YB Liwan Lagang. Semua wakil-wakil kerajaan diperkenalkan seorang demi seorang. Semua yang hadir adalah kiranya berpangkat dalam jabatan masing-masing.

Maka tibalah Wakil Penan Murum Puan Isah Abang memperkenalkan wakil-wakil kaum Penan Murum yang hadir seramai 14 orang bersama mereka adalah 2 orang pemanca (En. Tonny Kulleh & En. Umek Jeno).

Seterusnya Encik Labang (Wakil Penan) diminta untuk menjelaskan kepada kerajaan kenapa Penan Murum telah membuat Blockade di Empangan Murum???

Lalu Encik Labang terus kepada kata-katanya dengan menyatakan semua suara Kaum Penan Murum;

"Kami Kaum Penan tidak menghalang Projek Empangan Murum di buat, Empangan Murum boleh dibuat tetapi dengan Syarat!!!"

1. Tuntutan dan hak kami dipenuhi...
2. Kami menuntut RM500 ribu sekeluarga
3. Kami memohon agar pemali kubur dibayar....
4. Banyak Batu-Batu (Batu Tunggun/ Batu Pemit) yang amat bermakna dan bersejarah bagi kami kaum Penan harus dibayar jika tenggelam.
5. Kami mau ada Klinik dan sekolah...
6. Kami mau supaya beri kami kemudahan pertanian seperti ikan dalam sangkar...
Batu Tunggun

Labang dengan emosinya terus melontar kata "Apakah maklumbalas perintah selama 3 tahun yang sudah ini???"

"Kami Penan juga rakyat Malaysia, kami ada maruah dan perasaan. Ada orang sakap kami tidak pandai pakai duit, beri banyak pun tidak guna."

"Dimana keprihatinan kerajaan? Janganlah menyiksa Kaum Penan. Jika PERMINTAAN dan PERMOHANAN kami tidak ditunaikan.....HENTIKAN SAJA DAM!!!!!"

Beliau Menambah " Kenapa kerajaan tidak beri kami PENDIDIKAN DULU sebelum membuat apa-apa pembangunan di tempat kami agar kami paham".

"SEKARANG KAMI HANYA MAU DENGAR KEPUTUSAN. JIKA TIADA.....SAYA PUN TIDAK DAPAT KATA APA LAIN LAGI!!!!"

ENCIK LABANG TERUS BERDIRI LALU KELUAR DARI BILIK MESYUARAT!!!!

Kemudian Puan ISAH ABANG pula berdiri lalu perkenalkan dirinya dan menyatakan bahawa dia telah diamanahkan oleh Kaum Penan Murum sebagai JURUCAKAP kepada mereka.

Dengan kata-kata sopan ISAH sekali lagi menceritakan apakah tujuan utama Kaum Penan Murum Blockade. Dia jelaskan bahawa sudah beberapa kali dialog telah dibuat sejak awal lagi. Permohonan kaum Penan Murum adalah konsiten. 

"Kami ingin pembangunan sejak dulu lagi, kami juga ingin sangat maju seperti kaum-kaum lain, Kami khuatir bila fikir-fikir akan berpindah ditempat yang begitu asing bagi kami nanti. Kehidupan kami adalah sangat bergantung dengan Hutan".

Kemudian Isah semakin beremosi dan sangat tinggi suaranya. Isah menambah lagi apa yang telah disampaikan oleh Encik Labang Sebentar tadi....

Diringkaskan antaranya; (Tanah 25 hektar, Air dan Api Percuma, tanaman pertanian untuk kaum penan, dana pendidikan untuk Penan, lantik Pegawai perhubungan Penan setiap kampung, Wujudkan Jawatankuasa Penan seperti MPDC)

ISAH memberi amaran " Kami hadir ke sini adalah untuk berunding, Janganlah mempertikaikan permintaan kami kerana kami tahu bahawa Empangan ini akan mengaut keuntungan dimasa akan datang"

"KAMI AKAN TERUS MENGHALANG PROJEK INI JIKA PERMINTAAN KAMI TIDAK DIABAIKAN". lalu Isah pun duduk.

Setelah mendengar segala permintaan Kaum Penan Murum itu, lalu Dato Ose cuba menjawap dan jelaskan apa yang sedang dilaksanakan oleh kerajaan negeri.

Ikuti Jawapan dan respon Kerajaan Negeri pada terbitan selanjutnya!!!! 

Apa yang pasti bahawa PENAN MURUM masih membuka pintu rundingan dan memberi tempoh selama 2 MINGGU untuk mendengar keputusan lain selain keputusan mesyuarat semalam.

2 ulasan:

ulasan anda

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...