Ke Asapkoyan2u

16 Januari 2013

SARAWAK AKAN KEGELAPAN 101 HARI SELEPAS!!!

Empangan Bakun
Hulu Rejang- Semakin kencang angin PRU-13 bertiup. Semua Rakyat Malaysia sudah merasakan hembusan angin itu. Tidak terkecauli Rakyat di Hulu Rejang yang berada di pelusuk Negeri Sarawak dan kepulauan Borneo ini.

Hulu Rejang sudah pasti kali ini menjadi target utama semua parti politik yang ingin memegang kerajaan selepas PRU13 kelak. Kawasan Parlimen Hulu Rejang merupakan kawasan Parlimen yang terbesar di Malaysia iaitu seluas Negeri Pahang.

Apa yang menjadi tarikan di Hulu Rejang ini adalah dengan adanya Projek- Projek Mega Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Negeri Sarawak iaitu Empangan Bakun dan Empangan Murum. selain itu kawasan hutan belantaranya yang luas amat kaya dengan kayu balak dan sumber hutan yang lain.

Namun apa yang ingin AK2u kongsikan kali ini adalah ramalan jikamana PAKATAN RAKYAT akan mengambil alih Parlimen Hulu Rejang. Jika diperhatikan semenjak dua menjak ini, Pakatan Rakyat amat bergerak aktif dikawasan HR ini. Biasalahkan nak dekat Pilihan Raya.

Menarik sekali bila Pakatan Rakyat berhujah di khalayak masyarakat HR dengan manifesto Buku JINGGAnya, RADIO FREEnya dan berjanji akan memberi hak dan kuasa balik kepada Rakyat untuk mendapatkan semua semua HAK mereka ke atas hutan-hutan dan tanah-tanah mereka.

WOW!!! sekali dengar memang hebat sekali Kerajaan Pakatan Rakyat ini. Mereka berjanji akan melaksana dan menunaikan semua manifesto tersebut dalam masa 100 hari selepas menang. Kemanisan janji dan angan Pakatan sperti ini memang logik dilaksanakan jika dalam mimpi dan bukan di dunia realiti.

JIKA melihat kepada Manifesto dan JANJI PAKATAN RAKYAT ini, sudah pasti Negeri Sarawak akan bergelap!!!!! Kenapa Sarawak akan Bergelap????

Mana tidaknya mereka terpaksa meruntuhkan balik Empangan Bakun yang telah menjana kuasa elektrik diseluruh Negeri Sarawak bagi mengembalikan hak tanah, hutan, serta sungai kepada masyarakat di HR. Logik ka tidak??? tapi itulah JANJI PR.

Pada masa ini banyak substesen elektrik di seluruh Sarawak sudah ditutup kerana telah menggunakan kuasa elektrik terus dari empangan bakun. Kalau PR menghentikan Empangan Bakun...SAH Sarawak Blackout!!

Tak Sanggup Kembali Hidup lama
Bagi Penduduk di Sungai Asap yang telah dipindahkan oleh pembinaan projek Empangan Bakun, adakah mereka akan setuju kembali ke Hulu Balui dan hidup semula seperti dahulu kala??

Selain itu, Jika PR menang maka semua tanah akan diberikan kepada rakyat. Yeahhhh!!! bunyinya agak baik dan menarik. Namun jika dipikirkan 2 kali ini merupakan manifesto popular dan pembangunan kebelakang.

Sebagai contoh; Ramai pekebun kecil di Sungai Asap kini bergantung penuh dengan jalan Syarikat ladang dan balak ini untuk ke ladang sawit mereka. Jika Syarikat ini di halau, maka pekebun kecil yang tidak mampu untuk membaiki jalan serta jambatan-jambatan yang terputus. Seperti yang berlaku kepada masyarakat Penan di Peliran sekarang, Bila SAMLING tutup operasinya di kawasan tersebut, kini Penan sangat sukar untuk bergeraka.

Oleh itu, Janji-janji seperti ini sudah pasti telah dinilai oleh pengundi HR yang bijak, Pembangaunan yang sedang dirancangan oleh kerajaan sekarang ini sedang dilaksanakan. Pembangunan juga semestikan realistik dan mengambil kira perbincangan dengan masayarakat setempat.

Akhirnya AK2u berpesan...Undilah dengan bijak dan pilihlah kerajaan yang realistik dan bukan atas emosi dan keghairahan semata-mata. Hidup Hulu Rejang.......


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ulasan anda

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...