Dengan kapasiti tempat
duduk stadium yang hanya 30,000 dan luas padang stadium yang hanya lebih
kurang 50 ribu kaki persegi, masihkah ada yang percaya bahawa hadirin
di Himpunan Kebangkitan Rakyat mencecah 200,000 orang seperti yang
didakwa Harakah....?
Malah, laporan
media-media pembangkang serta laman sosial penyokong-penyokong mereka
juga ada yang mendakwa lebih lagi, iaitu sehingga 700,000!
Jumlah ini dikira
kononnya berdasarkan stadium yang padat, ditambah dengan peserta diluar
yang merangkumi perimeter sejauh 7km sekeliling stadium. Adakah
sesiapa yang akan percaya dakwaan Pembangkang ini...?
Jika dakwaan mereka
benar, tentulah Kuala Lumpur menyaksikan kesesakan lalulintas yang teruk
serta rungutan para peniaga sepertimana yang berlaku dalam
himpunan-himpunan yang didalangi PR sebelum ini.
Tetapi, ini semua tidak
berlaku. Malah, peserta juga tidak menghadapi masalah atau halangan
untuk ke lokasi perhimpunan kerana tiada sekatan jalanraya secara
besar-besaran....
Hakikatnya, walaupun
keadaan begitu longgar, PR masih tidak mampu mengumpul 1 peratus pun
dari jumlah sasaran 1 juta, apatah lagi 200,000 hingga 700,000. Jumlah
rasmi yang dikeluarkan oleh pihak polis iaitu 30 ribu di tempat duduk
stadium, 10 ribu di padang stadium dan lebih kurang 5 – 7 ribu di luar
stadium adalah lebih munasabah untuk diterima di akal.
Ini kerana, logik PR yang
mengambil kira perimeter sejauh 7km tidak boleh dipakai kerana adalah
mustahil untuk peserta berada di sekeliling stadium. Hanya satu jalan
sahaja yang dipenuhi mereka iaitu di hadapan pintu stadium, itupun hanya
menyaksikan barisan peserta sejauh 1km atau kurang. Keadaan di
jalanraya di kawasan lebih dari 1km dari stadium adalah lengang, aman
dan tenteram.
Hanya kelihatan beberapa
peserta yang mungkin balik awal, atau terlambat datang yang mundar
mandir, berjalan santai dalam beberapa kumpulan.
Mungkin kerana telah
mendapat maklumat lebih awal bahawa keadaan akan mudah dikawal, maka
pihak mengambil keputusan untuk bersikap tidak begitu tegas sepanjang
perhimpunan berlangsung.
Maklumat dan tindakan
pihak polis terbukti tepat apabila peserta juga tidak membuat provokasi
dengan mencabar polis atau bertindak ganas.
Maknanya, polis telah
dapat mengagak jumlah peserta sebelum perhimpunan bermula lagi tetapi PR
masih tidak dapat menganggarkan jumlah tepat peserta walaupun
perhimpunan telah selesai.
Perbezaan besar di dalam
jumlah yang dilaporkan media pro-PR dengan sendirinya membuktikan yang
PR hanya ‘hentam’ sahaja dalam membuat laporan mengenai sambutan
terhadap HKR. Yang sebenarnya, PR cukup maklum yang HKR telah gagal
dan tiada sambutan. Ia dapat dihidu sejak malam sebelumnya lagi di mana
hanya mampu mengumpul seribu orang.
Ada juga peserta yang
berkata bahawa HKR adalah jauh lebih hambar dari BERSIH 3.0. Terdapat
ramai yang pulang awal dan kaum Cina dan India juga sudah tidak ambil
peduli lagi.
Yang terus dibuai mimpi,
percaya bermati-matian bahawa gambar-gambar superimpose serta stadium
kecil dengan ruang di luar yang terhad itu mampu menampung sehingga
200,000 – 700,000 orang adalah benar, hanyalah puak-puak balaci PAS dan
segelintir remaja-remaja haprak dalam PKR. Mereka inilah saja harapan
PR untuk meneruskan langkah menuju pilihanraya.
Mahu tidak mahu PR perlu
terus menjaja gambar superimpose tersebut untuk menyedapkan hati
penyokong mereka. Manakala, media seperti Harakah pula perlu terus
memainkan peranan menjaja pembohongan demi menutup malu.
Lagipun, bukanlah Harakah
namanya jika melaporkan yang benar iaitu bahawa HKR gagal kerana
peserta yang hadir tidak sampai pun 50,000 orang...? Tidak mungkin
Harakah mampu menjelaskan bahawa jika stadium tersebut menampung lebih
sedikit daripada jumlah itu, maka kita pasti menyaksikan tragedi stadium
runtuh dengan kecederaan atau kematian para peserta HKR.
Tetapi, tidak mustahil
juga inilah sebenarnya yang diharapkan pemimpin PR, iaitu tragedi
berlaku bagi membolehkan mereka menyalahkan kerajaan… malangnya, untuk
tujuan ini juga mereka telah gagal....!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
ulasan anda