Ke Asapkoyan2u

Memaparkan catatan dengan label Hinaan terhadap dayak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Hinaan terhadap dayak. Papar semua catatan

18 Januari 2013

RAKYAT PATUT TAHU: JENAYAH SEMAKIN MENINGKAT BILA LAWYER BURUK MASUK POLITIK??!!



TERKEJUT SUNGGUH!!! Bila satu kenyataan dikeluarkan bahawa antara punca atau faktor peningkatan berlakunya jenayah di Sarawak adalah disebabkan ramai lawyer atau peguam-peguam menjadikan politik menjadi punca periuk nasi mereka.

Semenjak lawyer-lawyer buruk ini bergiat aktif dalam Politik Negeri ini, pelbagai jenayah seperti demostrasi jalanan, rusuhan, serangan pergaduhan, fitnah, provokasi dan macam-macam lagi terjadi??

Bagaimana Lawyer2 buruk ini menjadikan POLITIK sebagai PERIUK NASI atau LUBANG DUIT Masuk????

1. MENGHASUT- apabila mereka menyertai politik yang menentang kerajaan, mereka bergerak kesana-kesini untuk menghasut atau menabur pelbagai fitnah bahawa kerajaan sangat kejam dan rakyat perlu menentang. 

Bila mereka mampu mengelirukan dan meloyar buruk rakyat maka berlakula kes seperti demostarsi haram atau meroskan harta benda awam.

2. MEMPROVOKASI- Loyar2 ini seringkali membuat provokasi agar berlakunya masalah antar rakyat dan kerajaan. Dengan cara ini maka mereka berpeluang untuk mengambil kes tersebut untuk dibawah ke MAHKAMAH...nah disinilah duit masuk ke kocek mereka!!!

3. MENIPU-  Secara halus mereka ini sangat pintar untuk membuat penipuan. Mereka menipu rakyat dan NGO Asing yang menajaa pergerakan mereka di Malaysia.  Bagaimana mereka menipu!!!!??? Nahhh...kita harus tahu bagaimana mereka mendapatkan sumber dana yang banyak untuk bergerak kesana-sini.

Dengan menyatakan bahawa mereka adalah AKTIVIS MASYARAKAT, AKTIVIS HUTAN, BINATANG, ALAM SEKITAR dan sebagainya......mereka membuat dan menghantar laporan kepada NGO ASING yang menyatakan bukti mereka menyelamatkan alam sekitar. INI jelas terlihat disetiap sepanduk-sepanduk setiap kali berdemo. Contohnya:- "SAVE RIVER", "SELAMATKAN HUTAN", HENTIKAN LYNAS", BERSIH 1.0-3.0" dan lain2..Cuba anda sendiri lihat semula sepanduk2 mereka!!!

Secara halusnya mereka menipu untuk mendapat duit rakyat dan dana Asing. Jika laporan mereka memperjuangkan POLITIK PAKATAN!!! Sah!!....DANA asing tak masuk!!

Setiap KES adalah duit bagi mereka!!! Sebenarnya perjuang Politik  atau perjuang untuk rakyat tidak ADA dan TIDAK JELAS sama sekali.

AK2u nak berikan satu contoh yang senang bagaimana Si Loyar2 buruk hendak cari duit untuk poket sendiri dan ambil duit rakyat!!!

MENGUTIP WANG PROSES BAGI KES MENUNTUT BALIK PAMPASAN ATAU MENUNTUT FAEDAH PAMPASAN HARGA RUMAH DI SUNGAI ASAP, BELAGA.!!!!

Dengan jelas dan terangan ini adalah taktik untuk mengambil duit rakyat!!!! Jika si Loyar2 ini benar2 Ikhlas dan jujur untuk menolong rakyat, kenapa pula nak kutip dulu WANG KOCEK!!! Proses??

Sebelum ini Rakyat Belaga dan Wakil Rakyat Belaga YB Liwan Lagang telah menuntut dengan kerajaan untuk memberi Rumah Percuma dan menuntut agar Pampasan Rumah Di Balui di kembalikan tanpa mengutip satu sen atau membawa kes ini ke Makahmah pun!!!! Maka Rakyat berjaya mendapatkan tuntutan tersebut.

Banyak lagi pendedahan selepas ini akan dinyatakan KENAPA SI LOYAR2 ini beriya iya nak masuk POLITIK!!! 

Hmmmm...Logik juga kan...kalau nak TUNGGU KES LIWAT/ROGOL serta sivil yang lain...mungkin lambat duit masuk!!! FIKIR-FIKIRANLAH!!!

INGAT!!!!! UNDI PAKATAN RAKYAT= MEMBUKA PELUANG KEPADA ORANG LUAR MENGUASAI SARAWAK!!!


16 Januari 2013

SARAWAK AKAN KEGELAPAN 101 HARI SELEPAS!!!

Empangan Bakun
Hulu Rejang- Semakin kencang angin PRU-13 bertiup. Semua Rakyat Malaysia sudah merasakan hembusan angin itu. Tidak terkecauli Rakyat di Hulu Rejang yang berada di pelusuk Negeri Sarawak dan kepulauan Borneo ini.

Hulu Rejang sudah pasti kali ini menjadi target utama semua parti politik yang ingin memegang kerajaan selepas PRU13 kelak. Kawasan Parlimen Hulu Rejang merupakan kawasan Parlimen yang terbesar di Malaysia iaitu seluas Negeri Pahang.

Apa yang menjadi tarikan di Hulu Rejang ini adalah dengan adanya Projek- Projek Mega Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Negeri Sarawak iaitu Empangan Bakun dan Empangan Murum. selain itu kawasan hutan belantaranya yang luas amat kaya dengan kayu balak dan sumber hutan yang lain.

Namun apa yang ingin AK2u kongsikan kali ini adalah ramalan jikamana PAKATAN RAKYAT akan mengambil alih Parlimen Hulu Rejang. Jika diperhatikan semenjak dua menjak ini, Pakatan Rakyat amat bergerak aktif dikawasan HR ini. Biasalahkan nak dekat Pilihan Raya.

Menarik sekali bila Pakatan Rakyat berhujah di khalayak masyarakat HR dengan manifesto Buku JINGGAnya, RADIO FREEnya dan berjanji akan memberi hak dan kuasa balik kepada Rakyat untuk mendapatkan semua semua HAK mereka ke atas hutan-hutan dan tanah-tanah mereka.

WOW!!! sekali dengar memang hebat sekali Kerajaan Pakatan Rakyat ini. Mereka berjanji akan melaksana dan menunaikan semua manifesto tersebut dalam masa 100 hari selepas menang. Kemanisan janji dan angan Pakatan sperti ini memang logik dilaksanakan jika dalam mimpi dan bukan di dunia realiti.

JIKA melihat kepada Manifesto dan JANJI PAKATAN RAKYAT ini, sudah pasti Negeri Sarawak akan bergelap!!!!! Kenapa Sarawak akan Bergelap????

Mana tidaknya mereka terpaksa meruntuhkan balik Empangan Bakun yang telah menjana kuasa elektrik diseluruh Negeri Sarawak bagi mengembalikan hak tanah, hutan, serta sungai kepada masyarakat di HR. Logik ka tidak??? tapi itulah JANJI PR.

Pada masa ini banyak substesen elektrik di seluruh Sarawak sudah ditutup kerana telah menggunakan kuasa elektrik terus dari empangan bakun. Kalau PR menghentikan Empangan Bakun...SAH Sarawak Blackout!!

Tak Sanggup Kembali Hidup lama
Bagi Penduduk di Sungai Asap yang telah dipindahkan oleh pembinaan projek Empangan Bakun, adakah mereka akan setuju kembali ke Hulu Balui dan hidup semula seperti dahulu kala??

Selain itu, Jika PR menang maka semua tanah akan diberikan kepada rakyat. Yeahhhh!!! bunyinya agak baik dan menarik. Namun jika dipikirkan 2 kali ini merupakan manifesto popular dan pembangunan kebelakang.

Sebagai contoh; Ramai pekebun kecil di Sungai Asap kini bergantung penuh dengan jalan Syarikat ladang dan balak ini untuk ke ladang sawit mereka. Jika Syarikat ini di halau, maka pekebun kecil yang tidak mampu untuk membaiki jalan serta jambatan-jambatan yang terputus. Seperti yang berlaku kepada masyarakat Penan di Peliran sekarang, Bila SAMLING tutup operasinya di kawasan tersebut, kini Penan sangat sukar untuk bergeraka.

Oleh itu, Janji-janji seperti ini sudah pasti telah dinilai oleh pengundi HR yang bijak, Pembangaunan yang sedang dirancangan oleh kerajaan sekarang ini sedang dilaksanakan. Pembangunan juga semestikan realistik dan mengambil kira perbincangan dengan masayarakat setempat.

Akhirnya AK2u berpesan...Undilah dengan bijak dan pilihlah kerajaan yang realistik dan bukan atas emosi dan keghairahan semata-mata. Hidup Hulu Rejang.......


10 Disember 2012

LAGI INGAT PR HINA DAYAK!!? MENJELANG PRU13

UTUSAN BORNEO, Edisi Sarawak (sebuah akhbar berbahasa Melayu ) pada 28 Feb. 2012 menyiarkan artikel di muka depan berjudul “Asian Beacon hina kaum Iban – Tulisan Henry Ng merendah-rendahkan martabat, menghina serta memfitnah”.

Majalah Asian Beacon yang ditaja oleh Pakatan Rakyat sebelum ini juga telah menulis pelbagai artikel Anti-Barisan Nasional dan menghina kaum Dayak Iban pada satu artikel ini.

Ia turut disiarkan oleh akhbar The Borneo Post Sarawak.

Keratan akhbar Utusan Borneo Sarawak - 28 Feb. 2012.

Artikel berita itu antara lain memaparkan kekesalan Kesatuan Kebangsaan Dayak Sarawak (SDNU) Cawangan Sibu.

“Apa yang ditulis menggambarkan masyarakat Iban sebagai masyarakat yang keji dan merendah-rendahkan bangsa Iban,” kata pengerusi SDNU Sibu, Chambai Lindong seperti termuat dalam artikel berita tersebut.
Asian Beacon, majalah diterbitkan enam bulan sekali oleh Persaudaraan Asian Beacon Malaysia di Kuala Lumpur, antara lain menyebut:

“Iban menikmati rokok dan minum minuman keras, dan mereka sering mabuk semasa musim perayaan atau majlis-majlis khas seperti perkahwinan.

“Mereka juga cenderung untuk menjadi tidak bermoral. Saya telah melihat lelaki dari rumah panjang lain memasuki sebuah rumah panjang yang berbeza untuk mencari wanita.

“Selepas minum tuak mereka akan mengadakan aktiviti seksual dan itu adalah perkara biasa. Para Ibu yang didapati telah menawarkan anak perempuan mereka untuk seks kepada lelaki dengan harapan untuk berkahwin dengan anak perempuan mereka”. 

Itu merupakan sebahagian tulisan Henry Ng yang telah dipetik menerusi artikel bertajuk ” Of Skulls and Sago Worms”.

Lantaran itu, Facebook Asian Beacon menjadi sasaran mereka yang marah dan kecewa dengan artikel tersebut.

Menjelang PRU13 ini, Pakatan Rakyat semacam akan lupa hinaan-hinaan yang pernah mereka lontarkan kepada kaum Dayak sebelum ini. Mereka cuba mengalihkan cerita agar rakyat Dayak tidak lagi memikirkan hinaan tersebut.

Tetapi adakah Dayak telah terubat dan lupakan hinaan tersebut?? segalanya pasti akan diterjemahkan dalam PRU13 yang menjelang.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...