Ke Asapkoyan2u

Memaparkan catatan dengan label Hadi Awang Cawat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Hadi Awang Cawat. Papar semua catatan

10 Disember 2012

LAGI INGAT PR HINA DAYAK!!? MENJELANG PRU13

UTUSAN BORNEO, Edisi Sarawak (sebuah akhbar berbahasa Melayu ) pada 28 Feb. 2012 menyiarkan artikel di muka depan berjudul “Asian Beacon hina kaum Iban – Tulisan Henry Ng merendah-rendahkan martabat, menghina serta memfitnah”.

Majalah Asian Beacon yang ditaja oleh Pakatan Rakyat sebelum ini juga telah menulis pelbagai artikel Anti-Barisan Nasional dan menghina kaum Dayak Iban pada satu artikel ini.

Ia turut disiarkan oleh akhbar The Borneo Post Sarawak.

Keratan akhbar Utusan Borneo Sarawak - 28 Feb. 2012.

Artikel berita itu antara lain memaparkan kekesalan Kesatuan Kebangsaan Dayak Sarawak (SDNU) Cawangan Sibu.

“Apa yang ditulis menggambarkan masyarakat Iban sebagai masyarakat yang keji dan merendah-rendahkan bangsa Iban,” kata pengerusi SDNU Sibu, Chambai Lindong seperti termuat dalam artikel berita tersebut.
Asian Beacon, majalah diterbitkan enam bulan sekali oleh Persaudaraan Asian Beacon Malaysia di Kuala Lumpur, antara lain menyebut:

“Iban menikmati rokok dan minum minuman keras, dan mereka sering mabuk semasa musim perayaan atau majlis-majlis khas seperti perkahwinan.

“Mereka juga cenderung untuk menjadi tidak bermoral. Saya telah melihat lelaki dari rumah panjang lain memasuki sebuah rumah panjang yang berbeza untuk mencari wanita.

“Selepas minum tuak mereka akan mengadakan aktiviti seksual dan itu adalah perkara biasa. Para Ibu yang didapati telah menawarkan anak perempuan mereka untuk seks kepada lelaki dengan harapan untuk berkahwin dengan anak perempuan mereka”. 

Itu merupakan sebahagian tulisan Henry Ng yang telah dipetik menerusi artikel bertajuk ” Of Skulls and Sago Worms”.

Lantaran itu, Facebook Asian Beacon menjadi sasaran mereka yang marah dan kecewa dengan artikel tersebut.

Menjelang PRU13 ini, Pakatan Rakyat semacam akan lupa hinaan-hinaan yang pernah mereka lontarkan kepada kaum Dayak sebelum ini. Mereka cuba mengalihkan cerita agar rakyat Dayak tidak lagi memikirkan hinaan tersebut.

Tetapi adakah Dayak telah terubat dan lupakan hinaan tersebut?? segalanya pasti akan diterjemahkan dalam PRU13 yang menjelang.

04 Disember 2012

SIAPA KETUA PAKATAN PEMBANGANG PR?!

 

KUALA LUMPUR  - Rakyat negara ini diminta tidak memilih pembangkang sebagai peneraju negara kerana tindakan sedemikian boleh mengakibatkan proses pentadbiran kerajaan Pusat menjadi tidak terkawal berikutan berlaku perebutan jawatan Perdana Menteri oleh ketiga-tiga parti komponen dalam pakatan berkenaan kini.

Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan Kedah, Zamil Ibrahim berkata, sekiranya pembangkang memegang tampuk pemerintahan negara pastinya berlaku pelbagai pertikaian yang akan menjejaskan pembangunan negara sekali gus aspirasi menjadi negara maju menjelang 2020 akan terbantut.

“Kepimpinan pakatan rakyat amat mengelirukan rakyat Malaysia, tidak seperti parti politik yang lain di seluruh dunia. Siapakah pemimpin utama dalam parti DAP? Pengerusi atau Setiausaha Agung.

“Siapakah pemimpin utama dalam parti Pas pula? Mursyidul Am atau Presiden parti? Siapa pula pemimpin utama dalam PKR? Ketua Umum atau Presiden parti?” soalnya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Pada Muktamar Tahunan Pas Ke-58 baru-baru ini, Dewan Ulama Pas Pusat menegaskan, Presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang merupakan pemimpin yang paling layak menjadi Perdana Menteri sekiranya pakatan pembangkang memenangi Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.

Berbeza dengan Barisan Nasional (BN), jelas Zamil, kesemua 14 parti komponennya bersatu hati dalam menyatakan, sekiranya kemenangan berpihak kepada BN, Perdana Menteri ialah Datuk Seri Najib, Tun Razak dan hal ini langsung tidak pernah menjadi pertikaian mereka sejak dahulu lagi.

“Saya percaya rakyat Malaysia tidak pernah mendengar bahawa parti-parti komponen dalam BN menyuarakan kehendak mereka untuk meletakkan wakil masing-masing menjadi Perdana Menteri. Ini bermakna BN mempunyai sistem dan permuafakatan yang sangat tersusun berbanding pembangkang,” kata beliau.

Menurutnya, kedudukan kepimpinan dalam pakatan pembangkang sama seperti suasana dalam ‘perkahwinan gay’ yang mana orang ramai tidak tahu siapa ibu dan siapa bapa mereka.

“Persoalan utama adalah bagaimana pakatan rakyat hendak memilih calon Perdana Perdana melalui amalan demokrasi. Hanya Hadi Awang sahaja yang telah dipilih secara demokrasi,” ujarnya.- Utusan Malaysia

sumber: detikperubahan

PR CAWAT: ORANG DAYAK TAK AKAN LUPA PAK HADI DI PRU13!!?

 
ORANG SARAWAK KHASNYA DAYAK, JANGAN MUDAH LUPA dengan kata-kata President PAS bila parti pembangkang kalah di pilihanraya kecil Batang Ai tahun 2010. 
Ini kata-kata beliau…. “Semua pilihanraya kecil sebelum ini keputusannya memihak kepada kita. Cuma di Batang Ai sahaja kita kalah sebab mereka ini tidak reti undi, pakai cawat lagi. Saya bukan nak hina tetapi tempat yang pakai molek, undi PAS.”
  
Ini adalah komen dari seseorang yang dikatakan ahli ulamak dan ketua sebuah parti islam di Malaysia. 
Patutkah orang yang dikatakan “beriman” dan ketua sebuah parti membuat kenyataan seperti ini?
 
Memanggil kaum Dayak “pakai cawat lagi” menunjukkan bahawa beliau tidak sensitif dengan kaum-kaum pribumi di Sarawak.  Bukan sahaja dia secara sinis mengatakan bahawa kaum pribumi di Sarawak bodoh dan tidak berakal kerana tidak mengundi parti pembangkang, kenyataan tersebut juga mengena kepada penyokong-penyokong Pakatan Pembangkang sendiri di Sarawak terutama nya parti SNAP dan Parti Keadilan Rakyat yang sebilang besar nya dari kaum yang dimaksudkan President ini.
 
Persepsi seperti ini menunjukkan bahawa beliau atau parti pembangkang lain tidak layak menerajui negeri Sarawak yang merangkumi berbilang kaum yang selama ini hidup dengan aman damai, walaupun berlainan pendapat politik.
 
Kenyataan ini boleh memecahbelah dan menimbulkan sentimen perkauman dikalangan rakyat disini. 
 
Mungkin beliau ingat orang yang “pakai molek” atau pakai seluar dalam sahaja yang pandai memilih wakil.  Jangan lupa satu hari nanti mungkin dia sendiri perlu pakai cawat “pampers” sebab tak boleh kontrol apa yang keluar…
 
Parti PAS dan Parti Pembangkang lain mesti ditolak sebulat-bulatnya agar keharmonian dan kesejahteraan negeri Sarawak dapat dikekalkan.  Semua kaum pribumi Sarawak sama-sama tolak keangkuhan serta penindasan kaum mereka ini.  Mengundi mereka sama seperti menyokong tindakan mereka memperkecil dan menindas kaum-kaum di Sarawak.
 
Bangsa PriBumi Sarawak,  Ayuh bangun… lawan dan hancurkan perjuangan penderhaka bangsa ini.
 
blog semangatmerah
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...