Ke Asapkoyan2u

Memaparkan catatan dengan label Hak NCR Belaga. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Hak NCR Belaga. Papar semua catatan

21 Januari 2013

APAPUN KAEDAH: RAKYAT BELAGA, HULU REJANG NAK PERTIMBANGAN!


 HULU REJANG: Sepertinya Rakyat Kelantan, Sarawak dan Sabah atau negeri-negeri yang mempunyai sumber minyak gas asli memohon ROYALTI daripada kerajaan yang memerintah, begitula juganya RAKYAT BELAGA, Hulu Rejang ingin memohon Pertimbangan dan jasa bakti budi Kerajaan untuk pertimbangan permohonan ini.

Permohonan-permohonan rakyat Belaga yang telah menerima kesan langsung daripada pembinaan Projek Empangan Bakun sebelum ini memang selalu diperhatikan oleh Kerajaan Pimpinan BARISAN NASIONAL.

Antara isu-isu yang sudah diperhatikan; Isu Pampasan tanaman, tanah, rumah, pemali kubur sudah nampaknya selesai. Manakala Penambahan Dana kepada Tabung Amanah Bakun, Langsai Hutang Bil Air Penduduk Asap Koyan, Jalan tar kawasan rumah panjang, jalan ke lot-lot kebun juga selesai.

Menjelang PRU13 ini, ramailah parti-parti politik yang cuba memberi janji atau manifesto mereka kepada rakyat di Hulu Rejang. Sudah jelas kelihatan Hulu Rejang pada masa ini dan akan datang akan menjadi lubuk penjana ekonomi negeri dan negara.

Empangan Bakun yang berkapasiti 2400MW sudah cukup untuk menjana keuntungan jangka panjang. Namun adakah kenuntungan ini juga menjamin pembangunan berterusan kepada rakyat yang berkorban. Pembangunan yang lebih terjamin dan menyeluruh perlu dirangka dan dijelaskan kepada Rakyat Hulu Rejang.

Hari ini ramai yang masih persoalkan peluang penduduk tempatan dalam Projek Mega ini. Samada Peluang Pekerjaan mahupun ekonomi.

Oleh itu, Rakyat Belaga Hulu Rejang ingin memohon 1-10% Royalti daripada RM150Juta/setahun daripada pendatapan yang diperolehi daripada AIR yang dibayar kepada kerajaan Negeri oleh Kerajaan PERSEKUTUAN.

Ini belum lagi memohon Royalti daripada janakuasa yang dihasilkan oleh Empangan Bakun!!!

Royalti tersebut adalah untuk disalurkan kepada pembangunan Pendidikan Anak Belaga, Ekonomi, Rohani Jati Diri dan lain-lain yang berfaedah serta terjamin kepada Anak Belaga.

Banyak lagi sumber pendapatan kerajaan pada masa akan datang, antaranya; Empangan Murum (80% Siap), Empangan Belepeh, Empangan Linau.... Biarlah pembangunan yang dirancang ini juga memberi hasil dan menfaat kepada Rakyat tempatan.

Salam Perjuangan!!!!!


WAHAI PEMILIK TANAH SARAWAK, BORNEO!! SUKATLAH TANAH KALIAN!!

YB Datuk Joseph Entulu Belaun


SELANGAU: Rakyat di negeri ini terutama penduduk di kawasan luar bandar diminta agar jangan terus terpengaruh dengan isu tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) atau hak milik yang terus dibangkitkan oleh pembangkang.

Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Joseph Entulu Belaun berkata ini kerana kerajaan telah menangani isu berkenaan dengan baik bagi memastikan ia tidak berpanjangan dan dimanipulasikan pihak tertentu.

“Kerajaan melaksanakan inisiatif baharu kerja-kerja penyukatan tanah NCR bagi membolehkan surat pemilikan diproses dengan mudah, cepat dan tepat,” katanya pada Sesi Taklimat Inisiatif Tanah NCR di Rumah Janggit Lanting, Sungai Igu, Selangau, Jumaat lalu.

Katanya kerajaan persekutuan turut memperuntukkan sejumlah RM80 juta bagi melaksanakan inisiatif baharu tanah NCR bagi memberikan hak milik kepada pemilik tanah NCR.

18 Januari 2013

RAKYAT PATUT TAHU: JENAYAH SEMAKIN MENINGKAT BILA LAWYER BURUK MASUK POLITIK??!!



TERKEJUT SUNGGUH!!! Bila satu kenyataan dikeluarkan bahawa antara punca atau faktor peningkatan berlakunya jenayah di Sarawak adalah disebabkan ramai lawyer atau peguam-peguam menjadikan politik menjadi punca periuk nasi mereka.

Semenjak lawyer-lawyer buruk ini bergiat aktif dalam Politik Negeri ini, pelbagai jenayah seperti demostrasi jalanan, rusuhan, serangan pergaduhan, fitnah, provokasi dan macam-macam lagi terjadi??

Bagaimana Lawyer2 buruk ini menjadikan POLITIK sebagai PERIUK NASI atau LUBANG DUIT Masuk????

1. MENGHASUT- apabila mereka menyertai politik yang menentang kerajaan, mereka bergerak kesana-kesini untuk menghasut atau menabur pelbagai fitnah bahawa kerajaan sangat kejam dan rakyat perlu menentang. 

Bila mereka mampu mengelirukan dan meloyar buruk rakyat maka berlakula kes seperti demostarsi haram atau meroskan harta benda awam.

2. MEMPROVOKASI- Loyar2 ini seringkali membuat provokasi agar berlakunya masalah antar rakyat dan kerajaan. Dengan cara ini maka mereka berpeluang untuk mengambil kes tersebut untuk dibawah ke MAHKAMAH...nah disinilah duit masuk ke kocek mereka!!!

3. MENIPU-  Secara halus mereka ini sangat pintar untuk membuat penipuan. Mereka menipu rakyat dan NGO Asing yang menajaa pergerakan mereka di Malaysia.  Bagaimana mereka menipu!!!!??? Nahhh...kita harus tahu bagaimana mereka mendapatkan sumber dana yang banyak untuk bergerak kesana-sini.

Dengan menyatakan bahawa mereka adalah AKTIVIS MASYARAKAT, AKTIVIS HUTAN, BINATANG, ALAM SEKITAR dan sebagainya......mereka membuat dan menghantar laporan kepada NGO ASING yang menyatakan bukti mereka menyelamatkan alam sekitar. INI jelas terlihat disetiap sepanduk-sepanduk setiap kali berdemo. Contohnya:- "SAVE RIVER", "SELAMATKAN HUTAN", HENTIKAN LYNAS", BERSIH 1.0-3.0" dan lain2..Cuba anda sendiri lihat semula sepanduk2 mereka!!!

Secara halusnya mereka menipu untuk mendapat duit rakyat dan dana Asing. Jika laporan mereka memperjuangkan POLITIK PAKATAN!!! Sah!!....DANA asing tak masuk!!

Setiap KES adalah duit bagi mereka!!! Sebenarnya perjuang Politik  atau perjuang untuk rakyat tidak ADA dan TIDAK JELAS sama sekali.

AK2u nak berikan satu contoh yang senang bagaimana Si Loyar2 buruk hendak cari duit untuk poket sendiri dan ambil duit rakyat!!!

MENGUTIP WANG PROSES BAGI KES MENUNTUT BALIK PAMPASAN ATAU MENUNTUT FAEDAH PAMPASAN HARGA RUMAH DI SUNGAI ASAP, BELAGA.!!!!

Dengan jelas dan terangan ini adalah taktik untuk mengambil duit rakyat!!!! Jika si Loyar2 ini benar2 Ikhlas dan jujur untuk menolong rakyat, kenapa pula nak kutip dulu WANG KOCEK!!! Proses??

Sebelum ini Rakyat Belaga dan Wakil Rakyat Belaga YB Liwan Lagang telah menuntut dengan kerajaan untuk memberi Rumah Percuma dan menuntut agar Pampasan Rumah Di Balui di kembalikan tanpa mengutip satu sen atau membawa kes ini ke Makahmah pun!!!! Maka Rakyat berjaya mendapatkan tuntutan tersebut.

Banyak lagi pendedahan selepas ini akan dinyatakan KENAPA SI LOYAR2 ini beriya iya nak masuk POLITIK!!! 

Hmmmm...Logik juga kan...kalau nak TUNGGU KES LIWAT/ROGOL serta sivil yang lain...mungkin lambat duit masuk!!! FIKIR-FIKIRANLAH!!!

INGAT!!!!! UNDI PAKATAN RAKYAT= MEMBUKA PELUANG KEPADA ORANG LUAR MENGUASAI SARAWAK!!!


16 Januari 2013

SARAWAK AKAN KEGELAPAN 101 HARI SELEPAS!!!

Empangan Bakun
Hulu Rejang- Semakin kencang angin PRU-13 bertiup. Semua Rakyat Malaysia sudah merasakan hembusan angin itu. Tidak terkecauli Rakyat di Hulu Rejang yang berada di pelusuk Negeri Sarawak dan kepulauan Borneo ini.

Hulu Rejang sudah pasti kali ini menjadi target utama semua parti politik yang ingin memegang kerajaan selepas PRU13 kelak. Kawasan Parlimen Hulu Rejang merupakan kawasan Parlimen yang terbesar di Malaysia iaitu seluas Negeri Pahang.

Apa yang menjadi tarikan di Hulu Rejang ini adalah dengan adanya Projek- Projek Mega Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Negeri Sarawak iaitu Empangan Bakun dan Empangan Murum. selain itu kawasan hutan belantaranya yang luas amat kaya dengan kayu balak dan sumber hutan yang lain.

Namun apa yang ingin AK2u kongsikan kali ini adalah ramalan jikamana PAKATAN RAKYAT akan mengambil alih Parlimen Hulu Rejang. Jika diperhatikan semenjak dua menjak ini, Pakatan Rakyat amat bergerak aktif dikawasan HR ini. Biasalahkan nak dekat Pilihan Raya.

Menarik sekali bila Pakatan Rakyat berhujah di khalayak masyarakat HR dengan manifesto Buku JINGGAnya, RADIO FREEnya dan berjanji akan memberi hak dan kuasa balik kepada Rakyat untuk mendapatkan semua semua HAK mereka ke atas hutan-hutan dan tanah-tanah mereka.

WOW!!! sekali dengar memang hebat sekali Kerajaan Pakatan Rakyat ini. Mereka berjanji akan melaksana dan menunaikan semua manifesto tersebut dalam masa 100 hari selepas menang. Kemanisan janji dan angan Pakatan sperti ini memang logik dilaksanakan jika dalam mimpi dan bukan di dunia realiti.

JIKA melihat kepada Manifesto dan JANJI PAKATAN RAKYAT ini, sudah pasti Negeri Sarawak akan bergelap!!!!! Kenapa Sarawak akan Bergelap????

Mana tidaknya mereka terpaksa meruntuhkan balik Empangan Bakun yang telah menjana kuasa elektrik diseluruh Negeri Sarawak bagi mengembalikan hak tanah, hutan, serta sungai kepada masyarakat di HR. Logik ka tidak??? tapi itulah JANJI PR.

Pada masa ini banyak substesen elektrik di seluruh Sarawak sudah ditutup kerana telah menggunakan kuasa elektrik terus dari empangan bakun. Kalau PR menghentikan Empangan Bakun...SAH Sarawak Blackout!!

Tak Sanggup Kembali Hidup lama
Bagi Penduduk di Sungai Asap yang telah dipindahkan oleh pembinaan projek Empangan Bakun, adakah mereka akan setuju kembali ke Hulu Balui dan hidup semula seperti dahulu kala??

Selain itu, Jika PR menang maka semua tanah akan diberikan kepada rakyat. Yeahhhh!!! bunyinya agak baik dan menarik. Namun jika dipikirkan 2 kali ini merupakan manifesto popular dan pembangunan kebelakang.

Sebagai contoh; Ramai pekebun kecil di Sungai Asap kini bergantung penuh dengan jalan Syarikat ladang dan balak ini untuk ke ladang sawit mereka. Jika Syarikat ini di halau, maka pekebun kecil yang tidak mampu untuk membaiki jalan serta jambatan-jambatan yang terputus. Seperti yang berlaku kepada masyarakat Penan di Peliran sekarang, Bila SAMLING tutup operasinya di kawasan tersebut, kini Penan sangat sukar untuk bergeraka.

Oleh itu, Janji-janji seperti ini sudah pasti telah dinilai oleh pengundi HR yang bijak, Pembangaunan yang sedang dirancangan oleh kerajaan sekarang ini sedang dilaksanakan. Pembangunan juga semestikan realistik dan mengambil kira perbincangan dengan masayarakat setempat.

Akhirnya AK2u berpesan...Undilah dengan bijak dan pilihlah kerajaan yang realistik dan bukan atas emosi dan keghairahan semata-mata. Hidup Hulu Rejang.......


04 Disember 2012

SEKATAN TERHADAP EKRAN DIBUAT OLEH 2 RUMAH PANJANG KENYAH, UMA SAMBOP DAN UMA NYALANG TAHE!!!

(C) aliran
BELAGA-  Dua  rumah panjang Kenyah Uma Sambob dan Rumah Nyalang Tahe, Long Koyan telah dirikan sekatan terhadap syarikat kelapa sawit, Ekran Plantations Sdn. Bhd., Tujuh kilometer dari simpang ke Skim Penempatan Sungai Asap.


Kenyah mendakwa bahawa hak adat mereka (NCR) yang terletak di Sungai Selakau dan Sungai Unan, Belaga telah dicerobohi oleh Ekran sejak 1998 bagi tujuan membuka sebuah ladang kelapa sawit. Sejak itu, 2 komuniti telah melaporkan bahawa berlaku kerosakan kepada tanaman dan harta mereka kerana aktiviti Ekran dan tiada pampasan dibayar bagi kerosakan dan kerugian tersebut

Menurut Jurucakap mereka, Andrew Lasah Uma Sambob "Salah satu wakil syarikat pula dalam taklimat mereka di hadapan masyarakat yang Uma Sambob dan Rumah Nyalang untuk merasmikan pembukaan ladang, memberitahu kita bahawa jika syarikat gagal untuk membayar pampasan atau membuat pembohongan kepada pemilik tanah, pemilik tanah boleh menuntut kembali tanah mereka serta kelapa sawit yang telah ditanam. "

"Kami telah menunggu selama 14 tahun, namun tidak ada satu sen pun dibayar kepada kami," kata Andrew yang kelihatan kecewa. "Kami sedang menjalankan hak-hak kita untuk menuntut kembali tanah NCR kami daripada Ekran." 

sumber borneoproject.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...