Ke Asapkoyan2u

21 Januari 2013

WAHAI PEMILIK TANAH SARAWAK, BORNEO!! SUKATLAH TANAH KALIAN!!

YB Datuk Joseph Entulu Belaun


SELANGAU: Rakyat di negeri ini terutama penduduk di kawasan luar bandar diminta agar jangan terus terpengaruh dengan isu tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) atau hak milik yang terus dibangkitkan oleh pembangkang.

Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Joseph Entulu Belaun berkata ini kerana kerajaan telah menangani isu berkenaan dengan baik bagi memastikan ia tidak berpanjangan dan dimanipulasikan pihak tertentu.

“Kerajaan melaksanakan inisiatif baharu kerja-kerja penyukatan tanah NCR bagi membolehkan surat pemilikan diproses dengan mudah, cepat dan tepat,” katanya pada Sesi Taklimat Inisiatif Tanah NCR di Rumah Janggit Lanting, Sungai Igu, Selangau, Jumaat lalu.

Katanya kerajaan persekutuan turut memperuntukkan sejumlah RM80 juta bagi melaksanakan inisiatif baharu tanah NCR bagi memberikan hak milik kepada pemilik tanah NCR.


“Kerajaan mengambil inisiatif untuk menyukat tanah NCR yang melibatkan kaum Bumiputera di negeri ini. Malah, program ini akan dilaksanakan secara berterusan sehingga 2015.

“Ini semua adalah bukti kesungguhan kerajaan dan ini terbukti menyangkal tuduhan segelintir pihak yang menuduh kerajaan cuba merampas tanah milik rakyat,” ujarnya.

Dalam perkembangan berkaitan, Ahli Parlimen Selangau itu memberitahu bahawa penganjuran sesi taklimat memberi peluang kepada pemilik tanah menyuarakan masalah dan kemusykilan akan definisi NCR serta memahami langkah-langkah pelaksanaan inisiatif baharu tanah NCR.

“Pentingnya penduduk luar bandar hadir ke sesi taklimat ini untuk memahami dan mengetahui lebih lanjut perkembangan terkini pelaksanaan kerja-kerja penyukatan tanah NCR.

“Kami menggesa semua penduduk luar bandar terutama pemilik tanah NCR supaya tidak mudah terpengaruh dengan janji palsu pembangkang kerana mereka tidak ikhlas membantu menyelesaikan isu NCR,” tegasnya.

Penguasa Jabatan Tanah dan Survei (JTS) Bahagian Sibu Peggy Ronin Edin berkata kerja-kerja penyukatan tanah NCR yang sedang dijalankan amat memerlukan kerjasama semua pihak terlibat.

“Ini penting bagi memastikan kerja-kerja penyukatan tanah berjalan lancar tanpa sebarang pertikaian sempadan sebelum diwartakan sebagai Rizab Guna Sama Bumiputera di bawah Seksyen 6 Kanun Tanah Negeri,” jelasnya.

Katanya pewartaan tanah NCR sebagai Rizab Guna Sama Bumiputera merupakan jaminan dan pengiktirafan undang-undang ke atas pemilikan tanah NCR di negeri ini.

Hadir sama Pengawai Daerah Selangau Wan Akil Wan Ahmad Bujang, Temenggung Sir Andrian Ringgau, ketua-ketua kaum serta penduduk setempat.-BORNEOPOST

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ulasan anda

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...