Ke Asapkoyan2u

21 Januari 2013

ABANG JO: FORMULA UNTUK MEMILIKI MINYAK LEBIH ELOK DARI HANYA MINTA2 ROYALTI MACAM PAKATAN RAKYAT TU!!!!

 



KUCHING: Kerajaan negeri lebih mengutamakan pemilikan berbanding pem¬bayaran royalti dalam industri minyak dan gas.

Menteri Perumahan Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg berkata, royalti bukan keperluan utama kerana kerajaan negeri mem¬punyai formula yang akan memberi lebih banyak faedah kepada Sarawak.
Menurutnya, pada masa ini pimpinan negeri sedang berbincang dengan kerajaan persekutaun berhubung perkara tersebut.

“Kita memang mempunyai formula baharu namun saya tidak boleh umumkan dahulu kerana ini merupakan sebahagian daripada proses rundingan dengan kerajaan persekutuan.


“Pimpinan negeri mempunyai formula untuk mendapatkan pemilikan berbanding menerima royalti daripada industri minyak dan gas,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Dewan Sekolah Kebangsaan (SK) Rakyat Haji Bolhassan dan Penyampaian Kunci Program Bantuan Rumah semalam.

Isu royalti industri minyak dan gas kembali hangat selepas penemuan telaga minyak terbaharu di Baram, Miri.
Ramai pihak mahu royalti dipertingkatkan memandangkan Sarawak banyak mengeluarkan minyak.

Abang Johari yang juga Menteri Pelancongan berkata, peningkatan royalti bukan cara terbaik untuk mendapat keuntungan kerana terdapat banyak rundingan korporat boleh diatur untuk mendapat faedah maksimum dalam industri minyak dan gas.

Menurutnya, Sarawak mempunyai pemilikan dalam Bintulu Port yang secara dasarnya merupakan pelabu¬han persekutuan.

“Meskipun Bintulu Port merupakan pelabuhan persekutuan, namun kerajaan mempunyai formula untuk kepentingan Sarawak.

“Kita memiliki saham yang baik di Bintulu Port. Kalau royalti mungkin tetap,” ujarnya.
Dalam pada itu jelasnya, pemilikan dalam industri minyak dan gas penting untuk menambah ekuiti bagi Sarawak.

Terdahulu ketika berucap, beliau berkata, sejumlah RM13 juta lagi diperlukan untuk membina jalan dari Medan Niaga Satok menuju ke Kampung Gita dalam usaha mengurangkan kesesakan lalu lintas.

“Saya akan memohon dengan kerajaan persekutuan untuk membina jalan terus ke Kampung Gita,” jelasnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ulasan anda

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...