HULU REJANG: Sepertinya Rakyat Kelantan, Sarawak dan Sabah atau negeri-negeri yang mempunyai sumber minyak gas asli memohon ROYALTI daripada kerajaan yang memerintah, begitula juganya RAKYAT BELAGA, Hulu Rejang ingin memohon Pertimbangan dan jasa bakti budi Kerajaan untuk pertimbangan permohonan ini.
Permohonan-permohonan rakyat Belaga yang telah menerima kesan langsung daripada pembinaan Projek Empangan Bakun sebelum ini memang selalu diperhatikan oleh Kerajaan Pimpinan BARISAN NASIONAL.
Antara isu-isu yang sudah diperhatikan; Isu Pampasan tanaman, tanah, rumah, pemali kubur sudah nampaknya selesai. Manakala Penambahan Dana kepada Tabung Amanah Bakun, Langsai Hutang Bil Air Penduduk Asap Koyan, Jalan tar kawasan rumah panjang, jalan ke lot-lot kebun juga selesai.
Menjelang PRU13 ini, ramailah parti-parti politik yang cuba memberi janji atau manifesto mereka kepada rakyat di Hulu Rejang. Sudah jelas kelihatan Hulu Rejang pada masa ini dan akan datang akan menjadi lubuk penjana ekonomi negeri dan negara.
Empangan Bakun yang berkapasiti 2400MW sudah cukup untuk menjana keuntungan jangka panjang. Namun adakah kenuntungan ini juga menjamin pembangunan berterusan kepada rakyat yang berkorban. Pembangunan yang lebih terjamin dan menyeluruh perlu dirangka dan dijelaskan kepada Rakyat Hulu Rejang.
Hari ini ramai yang masih persoalkan peluang penduduk tempatan dalam Projek Mega ini. Samada Peluang Pekerjaan mahupun ekonomi.
Oleh itu, Rakyat Belaga Hulu Rejang ingin memohon 1-10% Royalti daripada RM150Juta/setahun daripada pendatapan yang diperolehi daripada AIR yang dibayar kepada kerajaan Negeri oleh Kerajaan PERSEKUTUAN.
Ini belum lagi memohon Royalti daripada janakuasa yang dihasilkan oleh Empangan Bakun!!!
Royalti tersebut adalah untuk disalurkan kepada pembangunan Pendidikan Anak Belaga, Ekonomi, Rohani Jati Diri dan lain-lain yang berfaedah serta terjamin kepada Anak Belaga.
Banyak lagi sumber pendapatan kerajaan pada masa akan datang, antaranya; Empangan Murum (80% Siap), Empangan Belepeh, Empangan Linau.... Biarlah pembangunan yang dirancang ini juga memberi hasil dan menfaat kepada Rakyat tempatan.
Salam Perjuangan!!!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
ulasan anda