Ke Asapkoyan2u

22 Januari 2013

MISTERI!!! JEJAKA BHUKET YANG TERJATUH KE TASIK BAKUN TIDAK DITEMUI!!!

Tasik Bakun
TASIK BAKUN- Gempar dan mistik, itulah yang boleh dikatakan bila dikenang kehilangan seorang Lelaki kaum Bhuket(Ukit) sehingga hari ini ketika mencari rezeki di tasik Bakun itu.

Tasik Buatan Manusia terbesar di Malaysia yang sama luasnya dengan tanah Singapura itu menjadi tumpuan penduduk Asal disini untuk mencari rezeki seperti menangkap ikan, menebang balak dan lain-lain.

Namun Tasik Bakun ini menjadi Misteri apabila pada awal bulan disember lepas sepasang suami isteri dari kampung Uma Ukit Sungai Asap dipercayai pergi memancing di tasik tersebut. Menurut sumber, Insiden berlaku apabila si isteri yang memandu bot yang berkuasa kuda 15 itu tiba-tiba terpulas lengan enjin sangkutnya.

Dalam keadaan yang tidak bersedia lalu keduanya terjatuh ke dalam air tasik. Perahu yang masih lagi dengan enjin yang hidup itu berjalan dan berpusing-pusing tanpa pemandunya,

Dengan keadaan yang panik Si Suami tai cuba untuk mengejar perahu tersebut. Manakala Si Isteri berenang ke tepi tasik untuk menyelamatkan diri. Tanpa diduga oleh si isterinya, Si Suami lalu hilang dan tenggelam. Nasib baik tidak lama pada masa itu ada orang kampung lain melalui kawasan kejadian. Mereka melihat Si Isteri yang separuh bogel ditebingan tasik dan membawa dia ke jelatong( rumah terapung mereka).

Mendengar cerita daripada si isterinya, semua orang kampung dikerah untuk mencari si Lelaki yang telah tenggelam dan hilang itu. Operasi mencari telah pun dijalan siang dan malam selama 2 minggu berturut. Namun Lelaki itu belum ditemui dan diketahui kemana hilangnya dia.

Operasi pencarian terpaksa dihentikan setelah usaha mereka gagal. Semua Orang kampung Ukit tidak dapat membongkar MISTERI KEHILANGAN LELAKI itu sehingga hari ini.

Oleh itu, berhati-hatilah ketika bersiar atau mencari rezeki ditasik ini. Kepada keluarga mangsa bersabarlah dalam menghadapi dugaan ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ulasan anda

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...