Ke Asapkoyan2u

22 Januari 2013

BERKOMPLOT MENJATUHKAN TAIB MAHMUD!!??

 


Dakwaan pertelagahan pemimpin tidak berasas, tidak akan pengaruhi ahli: Fadillah

KUCHING: Dakwaan sebuah portal berita mengenai pertelingkahan antara pe-mimpin atasan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) adalah satu cubaan untuk menimbulkan pergolakan dalam parti itu.

Ketua Pemuda PBB Datuk Fadillah Yusof berkata, isu yang dimainkan pihak tidak bertanggungjawab itu ber- tujuan melaga-lagakan pemimpin-pemimpin agar parti berkenaan lemah menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

Malah, menurutnya, ia juga merupakan strategi pihak ti-dak bertanggungjawab untuk menimbulkan masalah dan kekeliruan dalam kalangan ahli sesebuah parti.

“Apabila kita bergolak dan ada masalah, sudah pasti se-sebuah parti akan menjadi lemah.
“Namun, yakinlah bahawa PBB merupakan parti yang bersatu hati, bergerak seiring dan seirama,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyampaian Bantuan Awal Persekolahan Tahun 2013 di Sekolah Kebangsaan (SK) Merpati Jepang di sini, semalam.

Fadillah yang juga Ketua Pemuda Barisan Nasional (BN) Negeri berkata demi-kian ketika diminta mengulas mengenai dakwaan sebuah portal berita yang mengatakan berlaku konflik antara pimpinan atasan PBB.
Menurutnya lagi, setiap dakwaan yang dilemparkan pihak tidak bertanggungjawab dalam portal berita itu tidak akan mampu memperdaya ahli parti berkenaan.

“Ini kerana PBB mempu-nyai tradisi iaitu taat dan setia kepada kepimpinan serta setia bergerak sebagai satu badan yang sentiasa memberi fokus perkhidmatan kepada rakyat.

“Itulah matlamat kita dalam PBB dan parti komponen BN lain,” ujarnya sambil menambah, dakwaan tidak berasas berhubung pertelingkahan kepimpinan parti turut melibatkan parti komponen Barisan Nasional (BN) lain.

Dalam pada itu, beliau ti-dak menolak kemungkinan berlaku banyak nama di- kemukakan sebagai calon PRU13 nanti.

“Penyenaraian banyak nama calon untuk pilihan raya sudah pasti akan berlaku termasuklah di peringkat akar umbi.

“Tetapi, ia tidak mencetuskan perbalahan terhadap parti meskipun nama yang dikemukakan seseorang pemimpin atau ahli parti tidak dipilih.

“Kita akan terima dan akur dengan calon yang dipilih kerana yang paling utama ialah kemenangan calon yang bertanding atas tiket BN,” jelasnya.

Menurut Fadillah lagi, Pe-muda BN Negeri juga sudah mula bergerak dan menggiat-kan usaha untuk mendam-pingi golongan belia serta pengundi muda.

“Kita sudah mula bergerak sekarang. Sekarang sudah terdapat 2,000 ahli mendaftar sebagai sukarelawan BN,” kata Fadillah.

Sementara itu, seramai 577 murid sekolah terbabit me-nerima bantuan itu berjumlah RM100 setiap seorang.
-BORNEOPOST

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ulasan anda

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...