Ibu singgah di tandas stesen minyak, anak meronta dalam kereta dilarikan pencuri
KUCHING:
“Saya sempat melihat anak saya meronta dan menjerit meminta tolong di
dalam kereta, tapi saya tidak mampu berbuat apa-apa pada masa itu
ke-rana ia berlaku terlalu cepat,” kata seorang ibu menceritakan detik
cemas ke-tika melihat keretanya di-larikan pencuri, awal pagi semalam.
Menurut
mangsa yang dikenali sebagai Christinah, 42, insiden tersebut berlaku
di sebuah stesen minyak di Matang Jaya di sini ketika dia dalam
perjalanan menghantar anak perempuannya yang berusia lapan tahun ke
sekolah dari rumah mereka di Taman Glory, Matang, sekitar jam 6.10 pagi.
Mengulas
lanjut, mangsa yang juga merupakan seorang guru memberitahu, semasa
kejadian, hanya anaknya berada di dalam kereta yang diletakkan di tepi
tandas stesen minyak tersebut, sebelum seorang lelaki tidak dikenali
memasuki kereta jenis Toyota Wish miliknya dan terus memecut laju dari
tempat kejadian.
“Saya singgah di stesen mi-nyak tersebut kerana
mahu ke tandas. Hanya anak saya sahaja berada di dalam kereta pada waktu
itu dan sebaik sahaja saya keluar dari tandas, saya terkejut melihat
kereta saya tiba-tiba bergerak de-ngan pantas dan terus hilang dari
pandangan mata saya.
“Saya tidak tahu apa nak buat pada masa itu,
apa yang saya fikirkan cuma keselamat-an anak saya, saya tidak kisah
pasal kereta lagi,” katanya.
Bagaimanapun, kegelisah-an Christinah
tidak lama apabila dimaklumkan oleh pihak polis bahawa anaknya telah
ditemui di kawasan pasar raya E-Mart, Matang tidak jauh dari stesen
minyak tersebut, kira-kira 30 minit selepas kejadian.
“Menurut anak saya, pencuri tersebut menyuruhnya turun dari kereta kerana anak saya tidak henti-henti menjerit di dalam kereta.
“Saya
tidak tahu bagaimana mahu menggambarkan perasaan saya pada masa itu,
yang pasti saya sangat gembira apabila melihat anak saya selamat dan
saya tidak kisah apa yang berlaku kepada kereta saya,” kata mangsa.
Menurutnya
lagi, anaknya memberitahu dia telah dibantu oleh seorang wanita di
pasar raya tersebut yang sudi meminjamkan telefon bimbit dan membawanya
ke Balai Polis Gita.
Selain itu, katanya, anaknya yang masih
trauma memberitahu kemungkinan pencuri yang melarikan kereta mereka
adalah berbangsa Cina.
“Sebelum kejadian, saya sedar ada dua
lelaki menggunakan sebuah motosikal seakan-akan mengekori kami sehingga
kami singgah di stesen minyak itu dan daripada apa yang diberitahu oleh
anak saya, kami percaya suspek merupakan seorang daripada lelaki
tersebut yang dipercayai berbangsa Cina.
“Anak saya juga
memberitahu bahawa kereta sudah dikunci dari dalam semasa kejadian
tetapi tidak tahu bagaimana pencuri itu boleh membuka pintu dengan mudah
seolah-olah dia ada kunci pendua,” jelasnya.
Turut dilarikan
bersama kereta mangsa ialah sebuah komputer riba, telefon bimbit dan
beberapa dokumen peribadi milik mangsa termasuk kad-kad bank dan
bahan-bahan mengajar.
Laporan polis berhubung kejadian telah dibuat dan siasatan masih dijalankan.-BORNEOPOST
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
ulasan anda