KAJANG 22 Jan - Setiausaha DAP, Lim Guan Eng didesak supaya menjelaskan
secara terbuka status Dana Mangsa Perang di Sri Lanka yang berjumlah
lebih RM73,000 yang dikutip pada tahun 2009 oleh parti itu.
Bekas Pengerusi DAP Taman Sri Sungai Pelek, Tan Tuan Tat berkata
sehingga kini Guan Eng masih lagi gagal menjelaskan dana Mangsa Perang
Sri Lanka yang dikutip ketika parti itu mengadakan kutipan derma kepada
orang ramai.
"Saya percaya dia harus mengeluarkan kenyataan untuk menjelaskan kepada
orang ramai terutama kaum Hindu di mana sebenarnya dana ini pergi ke
selepas 2009 sehingga kini.
"Banyak soalan telah diajukan kepada Guan Eng tetapi tetapi dia masih
lagi gagal memberikan kenyataan," katanya ketika ditemui oleh pemberita
hari ini.
Menurutnya, dana yang terkumpul itu merupakan sumbangkan daripada masyrakat Malaysia terutama yang beragama hindu.
"Dana yang dikumpul oleh DAP untuk Mangsa Perang Sri Lanka
kebanyakannya daripada golongan pertengahan, terutama orang awam yang
beragama hindu.
"Sebagai Setiausaha Agung DAP dan juga Ketua Menteri Pulau Pinang, dia
'berhutang' penjelasan kepada awam mengenai perkara Dana Mangsa Perang
Sri Lanka dan dia tidak perlu pergi bersembunyi disebalik timbalannya,"
katanya.
Katanya, Guan Eng harus menjelaskan isu ini dengan segera sekiranya
beliau mahu mendapat kenyakinan orang awam dalam kepimpinan DAP.
"Beliau harus cepat menjelaskan isu ini dengan segera untuk memulihkan
keyakinan awam dalam DAP. Jika tidak berhenti bermimpi untuk ke
Putrajaya dan lebih sesuai jadi pembangkang," kataya.- klpos.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
ulasan anda