-JIKA
NAJIB TIDAK BERUPAYA MEMUJUK MNLF & MILF, SATU JALAN SAJA IAITU
MENGUTUS ANWAR KERANA NUR MISUARI ADALAH SAHABAT BAIK? HEK ELEK! ANWAR
NAK JADI HERO LA TU! KEKEKE!!!-
Keselamatan
Negara tergugat apabila kehadiran warga asing yang bersenjata dan belum
dikenalpasti identiti dan motif sebenar kehadiran mereka di Lahad Datu,
Sabah. Negeri Sabah pernah dikejutkan dengan rompakan bank oleh 15
orang lanun di Lahad Datu, Sabah pada 25 September 1995. Insiden ini
telah menyebabkan 6 kematian.
Sebelum
ini, kehadiran kumpulan bersenjata warga asing mempunyai motif yang
jelas iaitu dengan tujuan mendapatkan sumber kewangan dengan cara
kekerasan.
Kehadiran
kumpulan berpakaian tentera bersenjata masuk ke Lahad Datu tidak
diketahui sebarang motif yang jelas. Daripada maklumat yang boleh
dipercayai, kumpulan ini merupakan anggota MNLF pada suatu ketika dulu
di bawah pimpinan Nur Misuari.
Mereka
diperalatkan oleh elemen luar dan hal ini tidak boleh dinafikan.
Hubungan rapat di antara Anwar dengan Nur Misuari memang telah lama
wujud dan diketahui umum.
"Jika
Datuk Seri Najib tak sanggup memujuk MNLF dan MILF, kita hanya ada satu
jalan iaitu mengutus Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana Nur Misuari adalah
sahabat kamcing Datuk Seri Anwar Ibrahim"-(Blog Kesultanan Sulu
bertajuk “Perhimpunan MNLF: Bolehkah MNLF dan MILF berkongsi kuasa”)
Ketika
Nur Misuari memimpin MNLF dan berjaya dilantik sebagai Gabenor di
Mindanao, Anwar Ibrahim adalah TPM dan berkawan rapat dengan Joseph
Estrada.
"Saya menentang Kerajaan Malaysia campur tangan dalam hal ehwal Negara Filipina" (Joseph Estrada, Blog Kesultanan Sulu).
Hubungan
lama ketiga-tiga mereka digunakan semula untuk merosakkan keamanan di
Selatan Filipina setelah kejayaan Rundingan Damai MILF-Manila.
Dalam
suasana Malaysia akan mengadakan pilihan raya dalam masa yang terdekat,
pada 4 bulan yang lepas, Anwar telah berjumpa dengan Nur Misuari. Anwar
telah meminta bantuan Nur Misuari supaya membuat sesuatu “crime” dan
yang terkini menghantar kumpulan Suluk berpakaian tentera ke Lahad Datu.
Situasi
ini adalah cara-cara Anwar menarik sokongan dan menghuru-harakan
negara. Dengan nasehat Anwar dan dengan bantuan Misuari, mereka mencuba
menghuru-harakan keadaan.
Dalam
tempoh yang sama juga, DS Najib membuat lawatan dua hari ke Sabah.
Pendaratan kumpulan bersenjata dalam tempoh yang sama dengan lawatan DS
Najib ke Sabah mempunyai niat untuk mengalihkan fokus rakyat dan
seterusnya menghuru-harakan keamanan Malaysia khususnya di Sabah.
Hari
ini, negara Malaysia menjadi tumpuan seluruh dunia. Singapura menuduh
keamanan di Malaysia tergugat. Agen-agen Yahudi pernah memasuki Sabah
melalui Selatan Filipina. Manakala Anwar diketahui umum digunakan oleh
agen-agen Israel seperti IRI, NED dan NDI untuk memporak-perandakan
keamanan negara-negara Islam, demi kuasa (Anwar perlukan kuasa iaitu
menjadi PM).
Anwar
menasihati Nur Misuari supaya menghantar kumpulan tentera ke Lahad
Datu, supaya wujud suasana “ketakutan keselamatan”. Tujuan utama supaya
berlaku tembak-menembak dan kematian di pihak kumpulan tentera Suluk dan
Anwar akan mengambil kesempatan.
Seperti
sebelum ini, Anwar sanggup melakukan apa sahaja untuk mencapai
cita-cita politiknya walaupun sanggup menggadai keselamatan dan
kedaulatan negara.
Elemen
luar ini telah diketahui mempunyai kaitan dengan ketua pembangkang,
Anwar Ibrahim. Ini dapat dikaitkan dengan hubungan Nur Misuari – Anwar
yang telah berlangsung lama ketika Anwar sebagai TPM dan Nur Misuari
sebagai Ketua MNLF. (Suara Keadilan dalam akhbar mereka mengaitkan
hubungan intim antara Anwar dan Misuari)
Adakah
ini permulaan rancangan Anwar Ibrahim untuk melancarkan revolusi ala
Arab-Spring sekiranya pakatan tewas pada PRU 13 nanti?- SUMBER: UnReportedNews blog
AWAS!!!! Dengan taktik kotor politik Pakatan, Sanggup menggadai keamanan dan keharmonian negara demi mencapai kepetingan politik peribadi mereka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
ulasan anda