Ke Asapkoyan2u

Memaparkan catatan dengan label Abun Sui. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Abun Sui. Papar semua catatan

18 Mac 2013

ANWAR BOHONG LAGI INI KALI KE-2 DI UMA BADENG

DSAI Bohong Lagi
 UMA BADENG, BELAGA- Ceramah Perdana Anwar di Uma Badeng semalam membuka mata dan hati penduduk Uma Badeng betapa kosongnya bicara Si Anwar Ibrahim. Ini Kali ke-2 Anwar melontarkan janji kosong di Rumah Badeng selepas lawatan beliau pada 2008 cakap kosong belaka.

Semua Pengikut PKR yang membawanya ke Uma Badeng pada 2008 tidak kelihatan malah sudah keluar dari PKR. Oleh itu, sambutan oleh penduduk Uma Badeng sangat suram. 

Menurut rancangan PKR sebelum ini, Ceramah Perdana ini sepatutnya diadakan di Rumah Ketua PKR Cabang Uma Badeng Encik Lee. Namun telah ditolak mentahan. Kemudiannya di pindah ke Blok C, Namun ceramah itu juga ditolak. Abun Sui (Calon PKR HR) juga cuba meminta simpati Blok D, Namun ditolak oleh Ketua Blok D.

Orang Luar Uma Badeng
Alangkah memalukan Ceramah Perdana oleh Ketua Pakatan ditolak-tolak seperti ini.Pada mulanya Ceramah ini ditancang juga untuk di adakan di Uma Bakah, Sungai Koyan. Dukacitanya penduduk Uma Bakah telah menolak dan memboikot Program-program PKR.

Ini terbukti semalam apabila tiada seorangpun kelibat penyokong PKR dari Uma Bakah hadir dalam ceramah Anwar semalam walaupun jarak Uma Bakah dan Uma Badeng boleh jalan kaki. 

Ada sumber mengatakan bahawa ada krisis yang akan dibongkarkan oleh seorang pengikut kuat (Pengarah Operasi Program PKR) dari Uma Bakah akan dikeluarkan yang telah menyebabkan Uma Bakah kini tidak menyokong PKR. NANTIKAN YA!!!!!!!!

Balik kepada Cerita Ceramah Anwar di Uma Badeng Semalam. Peserta yang hadir ke ceramah ramai dari luar Uma Badeng dan Asap. Mereka yang datang dari Suai Miri paling ramai memeriahkan suasana sedang ketua Blok atau ketua rumah bilik tempat ceramah tidak kelihatan.

Abun Sui kelihatan semakin terdesak untuk mencari penyokong-penyokongnya, Semua penyokong kuat PKR selama ini semakin beralih Angin nampaknya. 

Namun mungkin kita perlu belajar dari perkara ini dan balik semula kepada cara kita, adat kita dan budaya kita. Kita punyai struktur sosial yang harus di hormati. Politik PKR yang sedang dibawa ini sepertinya tidak memperduli dan menghormati Cara Orang Kita.

Apapun Ceramah Semalam tidak mungkin memabawa kesan kepada pengundi Uma Badeng kerana ini terbukti selepas lawatan Anwar kali pertama dulu....Uma Badeng tetap menyokong Kerajaan Barisan Nasional.


28 Februari 2013

DALAM BANYAK2 JANJI MANIS #MANIFESTOBUKANJANJI TIADA SATU MANISNYA BAGI PENDUDUK HULU REJANG!!!

Abun Bersama Rafizi- Foto Paul Bian
 Konvensyen Kali-4  25 Februari lalu masih lagi hangat di bualkan. Manifesto yang seolah meniru atau boleh dikata ditokok tambah daripada Manifesto yang ternyata realistik oleh Kerajaan BN sebelumnya. 

Manifesto PR- Foto Abun Sui
Namun tokok tambah sup Manifesto ini memang tepat digelar #MANIFESTOBUKANJANJI kerana sangat jelas rekod Pakatan Rakyat yang tidak dapat menunaikan biar sekalipun janji-janji mereka yang terdahulu.

Ketika membentangkan Manifesto ini.Anwar telah mengarahkan Rafizi Ramli untuk menyampaikannya. Jelas Anwar tidak yakin dengan diri sendiri dan takut akan dibayangi soalan-soalan berkaitan Janji-janji BULAK Pakatan di negeri-negeri pimpinan mereka sekarang.

Bagi Penduduk Sabah & Sarawak pula, Manifesto ini sekedar Manifesto diatas kertas dan sangat UMUM dan boleh dilakarkan oleh semua orang yang bukan pakar ekonomi dan pakar polisi sekalipun.

Seorang Wakil dari Penduduk Hulu Rejang juga meluahkan rasa kekecewaan beliau terhadap manifesto Pakatan ini.

Beliau sebelum ini sangat aktif bersama-sama Calon PKR Hulu Rejang untuk berkempen sebelum ini mengambil keputusan untuk tidak menyertai pasukan itu lagi.

"Saya berasa amat kecewa dengan Manifesto ini kerana saya lihat tiada yang lebih baik untuk kita di Hulu Rejang. Manifesto ini lebih kepada MALAYA seperti kepada penduduk FELDA dan sebagainya." Anyie (Bukan Nama Sebenar)

Beliau menambah." Dari mulanya saya kecewa pada Pilihan Raya Negeri Sarawak yang lepas, Kami dalam pakatan telah sebulat suara untuk mencalonkan wakil kami, Namu bila Ketua PKR Negeri menunjukkan Calon lain intuk bertanding...kami rasa kecewa. Sepertinya tiada DEMOKRASI dalam Parti ini. Dimanakah KEADILAN???".

Satu Perkara yang nampak BODOH dikeluarkan/dikempen oleh PKR Hulu Rejang adalah. JIKA Pakatan Menang, mereka akan menghentikan Operasi Empangan Bakun.

Hentikan Operasi Bakun kalau boleh runtuhkan sekali, Demi mengembalikan Tanah Asal yang sudah diteggelami Air. Inilah perancangan pembangunan yang akan dibawah oleh Pakatan Rakyat???

Kalau beginilah caranya, PAKATAN SENDIRILAH AKAN TENGGELAM DI TASIK BAKUN. BOLEH DIKATAKAN PEMBANGUNAN KE BELAKANG!!!!

FIkirlah cara untuk lebih maju dan membangun Hulu rejang dan penduduknya, bukan membawa mereka hidup ke zaman batu lagi.........
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...