Ke Asapkoyan2u

18 Mac 2013

ANWAR BOHONG LAGI INI KALI KE-2 DI UMA BADENG

DSAI Bohong Lagi
 UMA BADENG, BELAGA- Ceramah Perdana Anwar di Uma Badeng semalam membuka mata dan hati penduduk Uma Badeng betapa kosongnya bicara Si Anwar Ibrahim. Ini Kali ke-2 Anwar melontarkan janji kosong di Rumah Badeng selepas lawatan beliau pada 2008 cakap kosong belaka.

Semua Pengikut PKR yang membawanya ke Uma Badeng pada 2008 tidak kelihatan malah sudah keluar dari PKR. Oleh itu, sambutan oleh penduduk Uma Badeng sangat suram. 

Menurut rancangan PKR sebelum ini, Ceramah Perdana ini sepatutnya diadakan di Rumah Ketua PKR Cabang Uma Badeng Encik Lee. Namun telah ditolak mentahan. Kemudiannya di pindah ke Blok C, Namun ceramah itu juga ditolak. Abun Sui (Calon PKR HR) juga cuba meminta simpati Blok D, Namun ditolak oleh Ketua Blok D.

Orang Luar Uma Badeng
Alangkah memalukan Ceramah Perdana oleh Ketua Pakatan ditolak-tolak seperti ini.Pada mulanya Ceramah ini ditancang juga untuk di adakan di Uma Bakah, Sungai Koyan. Dukacitanya penduduk Uma Bakah telah menolak dan memboikot Program-program PKR.

Ini terbukti semalam apabila tiada seorangpun kelibat penyokong PKR dari Uma Bakah hadir dalam ceramah Anwar semalam walaupun jarak Uma Bakah dan Uma Badeng boleh jalan kaki. 

Ada sumber mengatakan bahawa ada krisis yang akan dibongkarkan oleh seorang pengikut kuat (Pengarah Operasi Program PKR) dari Uma Bakah akan dikeluarkan yang telah menyebabkan Uma Bakah kini tidak menyokong PKR. NANTIKAN YA!!!!!!!!

Balik kepada Cerita Ceramah Anwar di Uma Badeng Semalam. Peserta yang hadir ke ceramah ramai dari luar Uma Badeng dan Asap. Mereka yang datang dari Suai Miri paling ramai memeriahkan suasana sedang ketua Blok atau ketua rumah bilik tempat ceramah tidak kelihatan.

Abun Sui kelihatan semakin terdesak untuk mencari penyokong-penyokongnya, Semua penyokong kuat PKR selama ini semakin beralih Angin nampaknya. 

Namun mungkin kita perlu belajar dari perkara ini dan balik semula kepada cara kita, adat kita dan budaya kita. Kita punyai struktur sosial yang harus di hormati. Politik PKR yang sedang dibawa ini sepertinya tidak memperduli dan menghormati Cara Orang Kita.

Apapun Ceramah Semalam tidak mungkin memabawa kesan kepada pengundi Uma Badeng kerana ini terbukti selepas lawatan Anwar kali pertama dulu....Uma Badeng tetap menyokong Kerajaan Barisan Nasional.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ulasan anda

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...