Ke Asapkoyan2u

31 Januari 2012

SIRI 1: PENAN BELAGA TERUS TERPINGGIR!!!

GENERASI HARAPAN PENAN
1. PENAN BELAGA
Penduduk Penan Belaga pada hari ini dianggarkan hampir mencecah 10,000 orang di sekitar daerah ini. Hampir 20 kampung Penan yang terdapat didaerah ini iaitu di Kawasan Hulu Linau, Murum, Peliran, Danum, Long Urun, Hulu Balui dan Sungai Asap. 

Kaum Penan Belaga dipercayai mendiam kawasan sekitar Daerah ini sejak beratus tahun lagi bersama kaum-kaum Orang Ulu lain. Namun Sejak Malaysia merdeka cara hidup Penan masih lagi dibelenggu dengan kemiskinan. Berbanding dengan kaum lain di Daerah Belaga, kaum ini boleh dikatakan masih lagi mundur dari segala sudut samada pendidikan dan ekonomi.

Kehidupan secara nomad mungkin tidak lagi berlaku dengan adanya rumah-rumah panjang yang dibina oleh kerajaan dan syarikat pembalak kepada mereka. Walau bagaimanapun, usaha ini masih tidak mampu membawa kaum ini keluar dari kepompong kemiskinan.

2.USAHA KERAJAAN
Pelbagai usaha dan kaedah telah cuba dilaksanakan oleh kerajaan untuk membantu Kaum Penan Belaga terutamanya membantu untuk meningkatkan tahap pendidikan anak Penan, namun usaha-usaha ini masih lagi dikira tidak efektif kerana hasilnya hanya seorang sahaja Penan Belaga yang mampu menamatkan Ijazah pertamanya sehingga hari ini. 

Masalah keciciran pelajar penan ke sekolah sangat tinggi setiap tahun. Perkara ini amat membimbangkan kerana ini dapat mengambarkan masa hadapan bahawa tidak akan ada perubahan yang berlaku terhadap kaum Penan sekiranya Pendidikan terus terabai. 

Kerajaan melalui Pejabat Pelajaran Daerah Kecil Belaga cuba mengambil dan mencadangkan pelbagai usaha seperti insentif pengankutan, Rumah tumpangan untuk ibubapa di sekolah, Bantuan TAB dan Yayasan sarawak, Bantuan Jabatan Kebajikan dan agensi-agensi lain. Namun usaha-usaha ini tampak tidak belum berjaya dan memberi impak perubahan kepada kaum ini.

3.TERUS KETINGGALAN
 Antara punca Kaum Penan terus ketinggalan yang boleh kita nampak hari ini adalah seperti berikut :-

       i.    Kurang Pendidikan
       ii.   Hidup Miskin
       iii.  Usaha majukan Kaum Penan Belaga oleh NGO dan Pihak kerajaan belum berjaya
      iv.   Sikap kaum Penan yang terlalu bergantung dengan kerajaan
       v.  Hidup tersepit oleh syarikat balak atau perladangan sehingga hilang punca pencarian
       vi.  dan lain-lain....

Antara perkara yang paling membimbangkan adalah Kaum Penan Belaga akan hilang mata pencarian pada beberapa tahun mendatang khasnya Penan sekitar kawasan Urun. Kenapa kita boleh menyebut sedemikian? Mengikut perhatian, hari ini tidak ada lagi tanah sekitar kampung Penan Urun untuk mereka bercucuk tanam. Semua tanah sekitar kampung penan dikawasan tersebut sudah dibuka oleh syarikat perladangan kelapa sawit. Jika perkara ini tidak diambil perhatian, sudah pasti masa depan anak-anak Penan kawasan tersebut akan gelap gelita.

"Hari ini...
Jalan ini semakin berliku
Kerana masa depan belum tentu
Menjamin syurga bagi mereka
Yang lemah dan mudah
Perjuangan kita belumselesai
Kerana hanya yang cekal dan tabah
Dapat membina mercu tanda 
Bangsanya yang berjaya......"
 (Nukilan Dr.M)

SIRI 2: PENAN BALAGA TERUS TERPINGGIR!! AKAN BERSAMBUNG.......




2 ulasan:

  1. Semua orang sudah mengakui hal betapa susah untuk menukar kehidupan saudara kita kaum penan. Tapi pernahkah kita fikir pendekatan yang telah disusunatur oleh pertubuhan NGO antarabangsa seperti berikut:

    Go to the people,
    live among them,
    learn from them,
    plan with them,
    work with them.
    Start with what they know,
    build on what they have.


    But with the best leaders,
    when the work is done,
    the task accomplished,
    the people will say,
    "We have done this ourselves."

    Fikirkalah.....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Semua usaha yang cuba di laksanakan oleh NGO mahu pun dari pihak kerajaan tidak menampakkan hasilnya. Buktinya Penan Belaga masih lagi mundur dan daif!

      Padam

ulasan anda

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...