Insiden buruk ini di ceritakan oleh Dr Rahman Kadir (Pegawai Perubatan), semasa pertabalan DYMM YDP Agong.
11
April 2012 mencatat satu sejarah di dalam negara dengan berlangsungnya
pertabalan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong XIV, Tuanku Abdul
Halim Mu’adzam Shah.
Seawal jam 6.30 pagi, pasukan perubatan
telah tiba di istana dan set up klinik-klinik di tempat-tempat strategik
dan tersembunyi. Petugas-petugas perubatan yang berpakaian mengikut
protokol istana sudahpun mengambil posisi masing-masing.
Saya
beruntung kerana di tempatkan di dalam Balairong Seri. Ini memberikan
saya peluang keemasan untuk menyaksikan istiadat pertabalan Tuanku
dengan mata kepala saya sendiri, merasai suasana dan atmosfera
pertabalan yang cukup penuh dengan adat istiadat serta protokol yang
bukan semua orang dapat merasainya.
Saya duduk bersama dengan
para dif-dif kehormat di belakang saf-saf kedutaan negara asing. Duduk
di sebelah saya adalah Professor Datuk Dr. Firdaus Abdullah, bekas
Timbalan Naib Canselor, Universiti Malaya, TNC saya semasa saya masih
seorang mahasiswa Universiti Malaya.
Saya menyapa beliau dan
beliau cukup berbangga kerana ‘murid’nya kini adalah merupakan seorang
doktor yang duduk sebaris dengan beliau kini.
Azmin Buat Bising Dan Biadap Semasa Pertabalan.
Malangnya,
suasana istana yang murni dicemari dengan perlakuan beberapa orang yang
sepatutnya menunjukkan satu contoh tauladan yang baik kepada rakyat
Malaysia.
Di belakang saya, suasana cukup bising dengan hilaian
ketawa dan apabila saya menoleh ke belakang, rupa-rupanya, ada beberapa
ahli parlimen pembangkang yang duduk di belakang saya.
Antara
yang saya kenal adalah Azmin Ali, Timbalan Presiden PKR dan isterinya
Shamsidar Taharin, Tian Chua Naib Presiden PKR, Dr Siti Mariah Mahmud
PAS serta beberapa orang lain yang saya tidak kenal nama mereka. Nurul
Izzah Anwar, Khalid Samad dan Loh Gwoh Burne duduk jauh sedikit dari
mereka. YB Kamalanathan Ahli Parlimen BN dari Hulu Selangor duduk di
belakang mereka ini.
Saya amat terkejut dan kecewa apabila
melihat mereka mempersendakan serta mengejek-ejek pemimpin negara seawal
dari kemasukan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. Ada
hilaian ketawa dan bermula dari situ saya mendengar apa yang mereka
perkatakan.
Apabila majlis mengumumkan kemasukan Perdana Menteri
Dato’ Sri Najib Tun Razak ke dalam Balairong, mereka cukup berat hati
hendak bangun berdiri. Sambil ketawa dan mengejek-ejek, saya mendengar
Azmin Ali berkata, “bangun untuk Rosmah, Perdana Menteri Wanita Pertama
Malaysia.” Tian Chua menyampuk sama dan menyebut-nyebut“Menteri Wanita”
dan hilaian tawa berterusan.
Saya sangka ejekan-ejekan ini
hanyalah untuk pemimpin politik sahaja, maklumlah mereka ini
(pembangkang) memanglah seteru politik bagi PM. Saya boleh terima,
kerana memang mereka saban hari pun berceramah mengejek dan menghina PM.
Alangkah
terkejutnya saya ejekan dan gurauan mereka itu berterusan kepada TYT
Negeri Melaka dan seterusnya kepada bentuk fizikal beberapa Sultan dan
Raja yang masuk secara teratur ke dalam balairong Seri.
Menerusi TV plasma yang ditempatkan, mereka dapat melihat setiap Sultan masuk ke dalam Balairong.
Seolah-olah
seperti kanak-kanak di sekolah, mereka mentertawakan penampilan dan
fizikal beberapa Sultan. Saya tidak tergamak hendak menulis di sini
kerana ia sama seperti menghina baginda semua.
Apabila Sultan
Selangor masuk, Azmin yang paling kuat ketawa dan berperangai
kebudak-budakan memanggil Tian Chua dan berkata, “Tangan jangan masuk
poket….nanti dia marah.” Semua mereka ketawa termasuk Dr Siti Mariah
Mahmud sambil Tian Chua terus memasukkan tangannya ke dalam poket
seluarnya seolah-olah memberi isyarat, “i don’t care“.
Kemasukan Sultan Perak juga mencetuskan kata-kata biadap yang seterusnya mencetuskan deraian tawa mereka.
Hanya
kemasukan Sultan Kelantan sahaja yang mereka puji dengan mengatakan,
“Wah! Laju tuanku masuk. Segak dan tampan. Nik Aziz tak boleh kejar”
sambil Khalid Samad senyum dengan bangga.
Saya cukup hairan.
Mereka semua ini adalah sultan-sultan kita. Pegawai-pegawai kedutaan
asing duduk dengan tertib tanpa bersuara dan jika perlu bercakap hanya
berbisik sesama mereka. Begitu menghormati protokol dan adat istiadat.
Tetapi, pemimpin pembangkang ini yang merupakan rakyat Malaysia dan
bercita-cita besar memimpin negara satu hari nanti, bersikap biadap
kepada Raja-raja Melayu. Sebagai Ahli Parlimen dan ADUN yang mengaku
taat setia kepada Raja, sewajarnya perangai seperti ini dihindarkan.
Saya
dapat melihat para hulubalang istana yang berdiri di tepi balairong
bersebelahan mereka cukup terganggu dengan gelagat biadap kumpulan
pemimpin pembangkang ini.Jika negara ini tiada undang-undang, ada
kemungkinan lembing yang mereka pegang dirodok kepada mereka-mereka yang
biadap ini.
Suasana kurang manis ini berterusan sehinggalah
majlis bermula dengan rasminya dengan kemasukan Seri Paduka Baginda
berdua ke Balairong Seri. Mujurlah selepas dari itu, majlis berlangsung
dengan aman dan tenteram.
Tidak semua pemimpin pembangkang yang
berperangai sedemikian. Ahli Parlimen Kepong Dr Tan Seng Giaw
misalannya, kelihatan cukup tertib, berdiam diri dan tidak menyertai
gurauan-gurauan mereka yang lain malah tidak senyum pun mendengar
kata-kata rakan-rakannya. Sikap dan tingkah lakunya di dalam balairong
adalah terpuji.
Nasihat saya kepada Azmin Ali, Tian Chua dan
angkatannya, jika menghadiri majlis rasmi, berperangailah sebagai
manusia yang bertamadun. Janganlah terbawa dengan sikap murahan jalanan
anda ke istana. Lihatlah di sekeling sebelum berkata-kata kerana apa
yang dipertuturkan mencerminkan sikap dan jiwa anda. Sebagai rakyat,
tunjukkanlah kesetiaan dan rasa hormat anda kepada Raja selaku tonggak
negara.
Perkara ini tidak perlu saya nasihatkan pun sepatutnya
kerana ia perkara asas yang sudah pun termaktub di dalam Rukunegara yang
kanak-kanak sekolah pun arif tentangnya.
Semoga Allah SWT panjangkan umur Tuanku dan kekal negara aman dan Islam terus terbela di bawah payungan Tuanku.
Daulat Tuanku.
Dr Rahman Kadir – AIDC>
SUMBER: GOMO BLOG
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
ulasan anda