Ke Asapkoyan2u

05 Julai 2012

EMPANGAN BAKUN: HARGAI PENGORBANAN RAKYAT BELAGA!


Sekali lagi berbicara mengenai Projek Empangan Bakun dan Pengorbanan Rakyat Belaga khasnya penduduk Hulu Balui yang kini menetap di Skim Penempatan Semula Penduduk Bakun, Sungai Asap Belaga.

Setelah hampir 15 tahun penduduk Hulu Balui mendiami Sg. Asap, sudah ada generasi yang pergi selamanya dan ramai pula yang telah dilahirkan. Melihat kepada perubahan positifnya, pelbagai perubahan dari segi pembangunan telah dikecapi oleh penduduk disini baik dari segi Pendidikan, Kesihatan, Jalan raya dan sebagainya.

Walau bagaimanapun, adakah ianya telah memuaskan hati rakyat penduduk Sungai Asap? Untuk memuaskan hati mereka mungkin ianya agak sukar. Manusia mempunyai kehendak yang berubah-rubah mengikut persekitaran. Taraf hidup penduduk Sg. Asap hari ini mungkin jauh lebih baik daripada taraf hidup di Hulu Balui namun jika dapat kita nak lebih lagi baik daripada apa yang ada sekarang. 

Jika dilihat dari segi Pengorbanan Rakyat Belaga yang membenarkan Projek Empangan Bakun dibina, mereka memang sangat layak diberi satu keistimewaan kerana melalui Projek Bakun ini Negeri, Negara serta penduduk awam di seluruh Negara mendapat menfaatnya.

Apakah keistimewaan itu? Apakah yang patut diberikan kepada mereka?

Kerajaan telahpun membayar pampasan, memberi rumah percuma, menubuhkan tabung pendidikan, serta bantuan-bantuan lain. Namun kerajaan masih lagi perlu mendengar cadangan hasil daripada keluhan rakyat Belaga yang rela berkorban ini.

Permohonan rakyat Sg. Asap yang memohon perluasan Lot tanah baru ceritanya telah diluluskan. Permohonan 50% baki bayaran rumah dengar ceritanya dalam proses untuk dibayar. Selain itu, penduduk Belaga masih lagi mengharapkan kerajaan mempertimbangan permohonan Royalti daripada pendapatan Hidro Bakun. Ini satu permintaan yang logik dan semoga wakil rakyat Belaga dan Hulu Rejang terus perjuangkannya.

AK2U pernah mendengar satu lagi permohonan daripada penduduk Belaga, iaitu memohon Elektrik Percuma!!!! Kalau kita melalui jalan Simpang Bakun Ke Sungai Asap sekarang, proses penyambungan elektrik terus dari pusat transistor/transformer di Simpang Simalajau sedang giat dilakukan.  Kuasa elektrik akan disalurkan terus kepada Penduduk Asap dari Bakun.



Jika melihat kepada permohonan penduduk Belaga yang ingin memohon PERCUMA!! mungkin bagi kita ia memang logik dan layak! Namun bagi Kontraktor ianya agak sukar dan mustahil.

Oleh itu AK2U ingin mencadangkan beberapa cara yang mungkin boleh dipertimbangkan dan mungkin memberi situasi menang-menang kepada Penduduk dan Kontraktor serta Kerajaan.

Bagi membayar balik Pengorbanan Penduduk Belaga, Kerajaan boleh pertimbangkan cadangan iaitu memberi bekalan elektrik secara percuma atau kadar paling minimum kepada penduduk Sg. Asap selama beberapa tempoh contohnya dalam tempoh 15 tahun.  Ini adalah untuk membantu generasi pertama yang menerima kesan langsung daripada projek. Generasi pertama ini masih lagi sangat bergantung dengan hasil tanah pertanian di Hulu Balui dan patut dibantu oleh Kerajaan agar mereka dapat menerima kejutan dan perubahan mendadak di tempat baru.

Selepas tempoh tersebut, penduduk atau Generasi seterusnya harus membayar seperti kadar biasa dan standard yang dikenakan diseluruh negara. Kita percaya generasi seterusnya akan mampu melepasi dan telah menyesuaikan diri dengan keadaan sekitar pada masa akan datang.

Maka dengan cara ini kita percaya kedua-dua pihak mendapat situasi menang-menang.

Apa pendapat anda?? Semoga kita terus sama-sama berjuang untuk kesejahteraan rakyat Belaga....selamat berjuang!!!!


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ulasan anda

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...